Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Monday, October 01, 2012

Baca Doa Tidur dengan Bangun Tidur tak?

Salam kasih sayang korang!!

Hehehe.. Hari tu, kawan lama saya ada bercerita pasal doa-doa.. Soalannya pasal ucapan Alhamdullillah, adakah kita ucapkan bila kenyang saja? Hmm, maka topik itu berlanjutan ke topik Bismillah, doa makan, doa tidur dan sebagainya.. Jadi tiba-tiba terasa nak update pasal doa-doa dan perkembangan anak bujang :)

Bila mengajar anak, saya tak lah advance macam orang lain.. Jadi saya mulakan dulu dengan nak buat apa-apa baca Bismillah. Oh, dan juga pakai baju seluar mula dengan belah kanan. So far so good, dia masih ingat dan praktikkan. Kemudian ajar dia pasal Alhamdullillah.. tapi yang ni, memang cuma praktik lepas makan or minum saja.. hehehe, takpe lah, dia kecil lagi.. perlahan-lahan kayuh maknya!!

Sekarang Alhamdullillah, dia dah boleh bacakan doa tidur untuk kami bertiga.. Kalau tak dulu memang kena baca sama-sama.. Ok, ini lah doa tidur yang dia dah boleh baca sekarang.. (ye saya mula yang pendek-pendek dulu)..


Bismikalla humma ahya wa amut


Hmm, sebagai ibunya, walaupun pendek, saya tetap berbangga dengan dia :) Lepas ni tiap-tiap malam nak dia je bacakan la ^_^

Kalau untuk kita yang dah besar ni, lebih mantap kalau kita tambahkan dengan ayat kursi, 3-Qul, oh dan pesan orang-orang tua, mengucap sekali sebelum tidur.. Mana la nak tau kot apa-apa kan.. Ayat kursi ni sebagai pelindung / pendinding diri..

Ada yang kata apa hebatnnya budak 5 thn baru pandai baca doa tidur? The thing is, baby saya ni year end babies :) Jadi walaupun ikut tahun dia nak masuk 5 thn, tapi dia baru nak masuk 4.. Dan, dia belum masuk mana-mana sekolah lagi.. Tiada peer pressure di situ :P Takpe, take your time sayang..

Lepas ni nak ajar dia doa bangun tidur pula.. Setakat ni pesan dia suruh baca Alhamdullillah saja.. Ok, ini doa untuk bangun daru tidur ye:

Alhamdulillahil-ladzii ahyaana bad'dama amaatanaa wa ilaihin-nusyuur

Ok nanti kita lihat perkembangan selanjutnya ya.. setakat ni doa makan pun dah ok. Cuma kadang-kadang dia combined doa tidur dan makan, dan akan jadi bismikallah hummaa bariklana.... terus kena sergah! nasib la nak, mak kamu garang kan..

Thursday, September 20, 2012

Child creativity / Kreativi Anak

I am not a creative person, ask my classmate.. I love arts, but when it comes to grading my arts, I never scored A for it.

Anyhow, I became more interested in arts when having a 3 years old kids.. What can I say, kids love to play with pencils, colours, blocks.. anything that they can create something with.. Hence, it's part of our playtime activity now.

Well, my son loves to create buildings with his LEGO or MEGABLOCK toys! As for me, those tiny parts can really test my patience! But for his sake, I just play along with him :) Bagus sebenarnya! He actually became more alert, careful, and he actually named his creation and ask me to take pictures of them! Bila tanya what's that, he'll say that's a big tall house like the one we live in, or a big house with land like his Oma's.. Siap dengan ini bilik mama, ini dapur and sorts! hehehe..

I have no idea what this is.. but he explained each one to me.. don't ask :)


And being bored at home one day, he edited his ultraman monster into this:

Dia kata accessory ultraman biar ada power lebih.. hahahah..

And I also let him help me with cooking! The simple one la kan.. Like when I'm making soups, goreng mi ke.. but not at any deep frying la, karang terkena minyak satu kerja pulak kan..

Even when learning his ABC, I realized that he doesn't really like to use the flash cards.. So we bought a drawing block, and write together the letters on it! Dia pun boleh belajar kenal huruf dan menulis dalam masa yang sama kan?

The only thing that I still cannot solve is his pelat-ness.. heheheh.. tapi might be silap sendiri sebab selalu cakap dengan dia laju2.. sekarang tengah cuba bercakap sepatah-sepatah untuk dia dapat menangkap setiap perkataan dengan terang.. insyaAllah..



Friday, August 26, 2011

Penjagaan bayi semasa berpantang - Part 2

Post kali ini untuk mummy and baby ok. Dan ada juga info dari orang-orang tua macam nenek-nenek sedara aku, makcik-makcik aku, pakcik-pakcik aku lah.

  • Semasa aku berpantang tu, ada masanya yang hubby aku balik dalam keadaan kepenatan yang amat. Anak pula apa yang tak kena dia akan menangis. Biasa lah baby kan belum pandai cakap. It's their way of telling us he wants something, or something is wrong. Jadi, dalam keadaan-keadaan macam ni, hubby aku akan lari tidur kat bilik atas, while aku akan maintain di guest room dengan anak. Kalau kat rumah sendiri, boleh juga kalau baby meragam, kita lari ke hall untuk comfortkan ke kan. Hubby pun, kalau terjaga, kena lah faham dan cuba lah tidur semua instead of being super cranky. Mummy tu nak handle baby issue, tak kuasa dah nak handle daddy issue. Kalau tak boleh nak accept terjaga malam, the other way you can try is..... sleep in separate room for few months lah. At least bagi can kat baby untuk adjust time dia, dan untuk parents memahami rentak dia.. So daddy sleep in master room, mummy and baby tidur lah kat bilik lain. Kalau mummy tu dah habis "pantang 100 hari" tu, kalau daddy terasa nak "bermanja", mummy masuk lah bilik daddy kejap.. hehehe.
  • Penggunaan cot pun sesuai untuk baby. Ajar dari baby untuk sleep in different bed. Lagi pun, baby akan tahu dan rasa cot tu tempat dia, so other than sleeping on mummy/daddy at daytime, dia tahu he has another comfort zone :)
  • Kalau baby lelaki, kebarangkalian kena angin pasang tu ada. So, kalau nampak telur baby besar sebelah ke hape ke, boleh cuba petua ni.. Ambik daun sirih tu, layurkan kat api / lilin, kemudian perap kat telur baby tu. Kalau boleh, biarkan je daun tu kat dalam pampers tu for 1 hour ke.. Kalau baby tak selesa, buat masa nak tukar pampers lah.
  • Dari kecil pun sesuai untuk bagi baby merasa banyak tangan, supaya tak takut / pilih orang. Tapi aku dulu, selective jugak lah. hehehe.. Dan biasakan baby dengan suasana bising (pasang tv ke ayat Quran ke). Bukan apa, nanti tak lah dia kekok ke takleh tidur ke kalau suasana bising sebab dah biasa.
  • Apa yang ibu cakap tu adalah satu doa untuk anak, so kena banyak bersabar ye. Marah macam mana pun kita, cuba untuk cakap bertuah betul lah, atau apa-apa lah yang elok-elok ye. Masa pantang ni mak pun senang stress. So takut terlepas perkataan yang kurang elok ok.
  • Don't ever miss the baby check up sessions with Paed. Ini adalah penting untuk monitor perkembangan baby ok.
  • Siapa kata time pantang mummy ni tidur je? So NOT... Banyak yang kena buat kat rumah ok. Jadi, untuk kaum ayah ni, dah tau bini tu bersusah payah keluarkan zuriat kamu, bersimpati lah sikit. Tak salah kalau kamu tolong basuhkan baju, jemurkan, vacuum dan apa yang patut ye.
  • Urut badan ni ada kata 3 hari, ada kat 7 hari. dan last 3 days sebelum cukup 44 hari. Aku urut time 7 hari pertama, hari ke 20, dan 3 hari terakhir tu. Rasanya kalau 3 hari je, tak cukup la yang. Sebab badan masih penat dan longgar2 urat tu.
  • Mummy kalau makan benda angin, takut baby pun angin.. So mummy boleh makan anything (ikut doctor), cuma orang tua-tua pesan.. kangkung, bayam - angin banyak. Air teh, kopi pun boleh trigger angin. So sayur tu makan la sayur sawi ke, kekacang ke.. Kalau kobis tu, aku dengar VJJ takut 'basah' je.. Aku memang bukan hantu sayur.. so aku stick ke kacang panjang, kacang buncis and sawi je.. ekekeke.Nenas, cuka orang tua-tua kata tajam pulak. So aku stop for 6 months. Air batu, air sejuk pun tak boleh jugak. ada yang stop for 6 months, ada yang stop for a year. Depends ok.. Lain dari tu, banyakkan minum air halia madu ke, barli ke.. (tetiba teringat, hubby buatkan aku Ribena suam.. terus merajuk sebab Ribena haruslah sejuk baru nyaman kan)
  • Aku tak lah berpantang ketat, taklah berpilis bagai.. :) tapi aku rasa, inilah yang aku ingat.. Kalau ada lain, aku tambah lagi.. Masa sesuai, korang boleh cuba ye 
Ok, take care kengkawan.. Muax.

Thursday, August 25, 2011

Penjagaan bayi semasa berpantang - Part 1

Hati tergerak untuk meletakkan satu post berkenaan tentang penjagaan bayi semasa dalam tempoh kita berpantang. Tapi apa yang ditulis di sini hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri. Kalau ada yang sesuai, boleh lah korang nak cuba. Walaupun berpantang di rumah parents, penjagaan anak diuruskan 100% oleh aku dan suami, dan ibu  membantu dari segi penyediaan makanan, uruskan baju-baju kami, ambil dan hantar makcik urut, adhoc kalau kena ke kedai beli barang untuk cucunya, dan last but not least, be a grandma :) main with cucu lah bila aku tengah urut, mandi macam tu.

Rasanya aku akan cuba susunkan berdasarkan jadual sehari lah ye. Takut ada yang tertinggal :)
  • Sarapan: Bangun je pagi, mak dah sediakan sarapan (milo panas cicah with biskut atau roti).
  • Mandikan baby : Minggu pertama, makcik urut atau suami yang mandikan, aku tengok je. Kami mandikan baby atas meja, sebab makcik urut tak kasi aku cangkung2 lagi. Jadinya, aku / mak akan berulang ke water heater, isi air dalam jug dan fill air suam tu ke dalam baby tub. Mandi pun sekejap je lah, baby kan. Selepas mandi, mak aku akan buang air dalam tub dan simpan barang2 mandi tu (TQ Mama) dan aku akan siapkan baby.
  • Siapkan baby: Selepas dah lap-lap badan anak aku tu, aku akan tuamkan keliling perut dan pusat baby. Kemudian aku tuam telur dia (according tu mak bidan tu, kalau boy, kena lah bertuam lama sikit dari girl.. so aku menuam anak aku sampai dia 5 bulan kot?), dan last tuam tapak kaki dia. Sambil tu baca la apa yang patut, Bismillah ke, Selawat ke. Aku tuam guna apa? Ok, kalau takmo beli yang kat kedai tu, buat sendiri. Guna la good morning towel tu, masukkan lah jintan sikit, lada hitam sikit. Kemudian ikat ala-ala uncang guna rubberband atau apa2 pengikat. Panaskan kat seterika baju tu, dan test kat tangan kita sendiri. Ala-ala suam camtu, tuam lah baby. Jadinya, semasa menuam ni, seterika tu on la. Each spot, aku panaskan uncang tu sekali. Ataupun, kalau takmo lada hitam segala, buat je uncang berisi garam kasar.. Lepas tuam-tuam, aku sapu minyak telon, dan pakaikan pampers dan baju dia. Kemudian terpulang lah nak sapu bedak atau lotion. Doctor tak kasi sangat bedak sebab ada ingredient yang quite keras untuk baby. So aku guna cornstarch powder instead of baby talc. Talc ni kot yang cancerous tu. Selepas dah wangi baby tu, bagi la dia minum susu.. Lepas mandi, baby lapar kot?
  • Sesi mengurut: Bila mak bidan sampai, dia akan suruh aku bertangas dengan akar kayu dulu (pasal tu tak mandi lagi). Agak2 30 minit dah bertangas, aku mandi. Kemudian baru lah sesi mengurut. Mak bidan akan stop kejap2 bila anak aku menangis. Lapar 2 jam sekali anak aku. Bertangas ni elok, release stress, kecutkan rahim, macam-macam lah. Lepas dah berurut bagai, aku akan berbenkung lah dan makan tengah hari.
  • Lunch: Menu lunch aku adalah nasi putih (tak sukat ok), pegaga, ikan tenggiri bakar with lada hitam, sambal ikan (kering yang macam serunding). Semua feveret aku.. hihi. Sampai suami pun makan lauk pantang walaupun ada lauk best. Kadang-kadang ada la sup segala.. Minum pun tak bersukat, sebab dah bertangas, badan dehydrate. Selain air suam, aku minum air barli with halia. Kadang-kadang, air longan kering (tambah susu kot).
  • Petang: Free time. Aku akan duduk di hall tengah dan melipat baju aku 3 beranak. Takkan nak soh mak aku lagi kot. Ini pun, atas meja, duduk atas kerusi sambil berlunjur atas kerusi depan.. Konon dah dipesan jangan bersila, tapi sebenarnya takut benang terbukak. Hahaha. Kemudian aku akan tengok tv ke tidur ke.. 
  • Mandi baby: Agak-agak dah 4.30 ke 5 ke, aku akan mandikan baby sekali lagi. Best sebenarnya sebab time mandi ni  time bonding session jugak.
  • 6pm - 12pm: Ayah dia akan take over jaga dia, while aku akan rest and what not.
  • Mid night - 6am: Kami bergilir-gilir bangun buat susu untuk anak. Tapi aku akan amik turn kul 4am, sebab kasi can hubby nak tidur nyenyak sikit. 
  • Pagi: Bermula lah semula rutin di atas :)
Oh, rutin makan tu, masuk minggu ketiga aku dan makan dah lauk2 lain.. Seafood semua lah. :) Rutin mandi baby tu, rasanya 3rd week tu aku dah mula mandikan kat toilet, dok ala-ala bersimpuh kat stool kecik tu.

    Friday, April 15, 2011

    Baby List

    A dear friend asked me an advice on baby shopping list. I think she's about 5 or 6 months pregnant now.. kot  ^_^. Every person has a different ways of preparing the list. But maybe you can use mine as a guidance - di mana yang sesuai :)


    So here goes:

    Baby clothes: 
    • It's ok if you want to buy new born clothing, but not too many of it. Your newborn might outgrow it within the 1st week! Macam Ashraf, baju newborn sempat pakai beberapa hari sahaja sebab dia kan 3.6kg yang chubby. 
    • Some might advice you to buy all 0-6months, but as a new mom, surely you don't want your bundle of joy jadi Mc Donald :) So what I did, I bought some in 0-3 months size, untuk dia pakai dalam sebulan dua. Then the 0-6 or 3-6months will be useful and just nice later on.
    • Banyakkan beli baju lubang-lubang tu and baju short sleve and shorts. Our place can be quite panas nowadays. Kalau kita pun tak tahan, lagi lah yang halus mulus tu. Takut kalau bungkus sangat, nanti dapat heat rash.
    • Baju tangan panjang pun harus ada untuk malam2. Baby tak boleh terlalu panas or terlalu sejuk.
    • On baby clothes colour scheme, I didn't know it was boy or girl until dia keluar. So we bought the safe colour, red, green, white, chocolate, but we did buy some in pink and blue - baby blue.
    • Masa bila nak beli? We started hunting for baju since i was 4-5 months preggie. Sebulan beli la 2-3 helai. :)
    • Pergi la Jusco, harga berpatutan dan banyak choice di situ. Kami juga beli napkin yang colour or design cantik-cantik tu. Konon untuk bedung la. Useful, after dia dah taknak bedung, kain tu jadi hankie dia - until now :) Kain ni juga berguna untuk lap mulut dia, cover muntah dia, and all sorts of function la. 
    • Baby towel perlu ada lebih. Sebab anak lelaki takut terpancut :)
    • Baby napkin makan tu pun perlu masa minum susu
    • Baby blanket. Untuk bedung, untuk time keluar dan banyak kegunaan lain.
    Baby Cot:
    •  Ramai yang kata baby cot tu tak perlu. But for me, better train your baby dari awal. Kami beli baby cot yang lebar dia 3.5feet, maka besar dan boleh pakai lama. Boleh guna dari baby sampai 7 tahun (katanya). Invest lah yang berkualiti sikit sebab nak guna lama
    • Bila dah guna baby cot, harus ada netting tu. Netting tu beli kedai biasa2 boleh, yang putih labuh tu biasanya dalam RM90. Ini untuk elakkan nyamuk.
    • Mattress saya guna safe sound. Sebab dia ada lubang-lubang untuk air flow. Mengurangkan kes lemas semasa tidur. Dan ia adalah anti dust mite
    • Mattress sheet tu, beli lah a few. Sebab baby ni takut kerap muak susu :)
    Botol Susu, sterilizer dan sewaktu dengannya:
    • Untuk botol susu, beli la yang BPA free. Setakat ni nampaknya botol yang tahan lama botol Avent. Botol dia perlu ditukar setahun macam tu, puting dia every 3-6 months. Kalau botol biasa, botol kena tukar 3 bulan sekali, puting pun 3 bulan sekali. Pastikan botol cukup. For me, dalam 6 botol tu kami dapat (ada yang free hehehe)
    • Flow botol ambil la new born. Dia ada flow 1,2,3,4.
    • Sterilizer pula, kami gunakan yang microware avent tu. Tapi saya cadangkan gunalah yang electric. Sebab bila travel senang. Daripada nak susah-susah rebus botol untuk orang malas macam saya, baik saya sterilize 2 minit tu :) puting dia pun tak mengeras rasanya.
    • Breast pump, kalau takde nak budget mahal-mahal, beli avent manual pump pun ok. Beli yang boleh dapat set bottle free
     Baby bottom balm, minyak telon, baby wipes:
    • Bagi saya, saya gunakan baby bottom balm jenama Angel Baby Bottom Balm. Ashraf memang tak pernah kena rashes, kalau kena pun sebab time tu alergik susu.
    • Minyak telon pula, rasanya minyak yu yee cap limau tu bagus. Cuma tak perlu sapu banyak, panas.
    • Grapewater tu untuk kembung perut. Tapi saya beli, ashraf tak lah minum sangat.
    • Baby wipes adalah harus :) 
    • Oh, baby oil pun beli la. Boleh sapu kat satu badan dia. Kulit baby ni kan sensitif.
    • Bedak pun beli juga. Elok untuk kasi badan dia tak gatal time berpeluh
    Baby bathtub, mat, sabun:
    • Ni pun perlu. Baby bath tub, tak perlu yang mahal. Sweetcherry pun ok :)
    • Mat ni anakku ada jual, untuk nak siapkan dia lepas mandi.
    • Sabun guna la yang all in one no more tears :)
    Pampers:
    • Untuk awal2, beli paket biasa dulu, test yang sesuai untuk anak. Macam kami, mula-mula guna fitti, lama tu cuba huggies, lama tu cuba drypers untuk siang, dan mamypoko untuk malam. 
    • Anggaran tukar pampers, masa baby ni baru, 2-3jam sekali tukar. Sebab dia kencing berak kan kerap. Dan untuk keselesaan dia juga. Mamy poko ni tahan la 6 jam, pasal tu guna malam. Tapi kalau baru2 tu, still kena bangun tukar 2-3 jam sekali.
    Buaian:
    • Hehehe, saya tak ajar anak saya buai. Tapi saya belikan dia anakku punya letak atas lantai tu. Lupa nama. Tapi beli juga yang Fisher Price vibrator tu. Untuk depan family room.
    Stroller:
    • Stroller ni pun bergantung kepada budget. Macam bagi saya, mothercare punya pun dah ok. Tapi si suami nak Bugaboo Bee sebab kami memang gunakan kerap dan nak simpan turun temurun. Harga tak yah cakap lah.. 
    Susu:
    • Susu sebagusnya susu ibu lah. Tapi untuk yang tak bernasib baik macam saya, harus opt kepada formula milk. Saya gunakan S26 gold untuk 3 bulan pertama. Bila anak kurang sesuai lepas tu sebab 'panas', saya tukar ke Snow sampai dia setahun. Lepas setahun saya tukar ke Anmum. Tapi masa guna snow, tak pernah dia bontot merah or rashes or alergik susu. Bagus susu tu. Sekarang dah 2 tahun, saya fgun Dugro, tapi selepas semakgula.com, saya kena fikir lagi susu mana nak pakai.
    Nanti ada lagi saya tambah ye. Dan petua-petua orang tua masa awal-awal jaga baby. Oh lupa, banyak yang pesan, basuh dulu semua barang-barang baby ni. Tips orang malas, basuh je guna washing machine. Masukkan dalam net tu, and guna baby detergent :) Jangan campur dengan kita punya baju kan.

    Ok, nanti ada lagi saya update ok.

    Thursday, February 17, 2011

    Air sejuk boleh kuruskan badan?

    Pernah tak dengar orang cakap yang air sejuk boleh menguruskan badan? Yang biasa didengar, tak elok minum air sejuk kan? Aku pun pada mulanya, macam tak percaya. Tapi banyak artikel dan research yang dah ada dalam internet ni.

    Tapi kita bukannya disuruh minum air sejuk atau air batu tu. Kalau kita buat, kalori yang dia bakar pun sikit. Lagipun, orang tua selalu pesan, tak elok untuk urat-urat dalam badan kita kan?

    Artikel yang aku jumpa dalam  internet menyatakan, mandi dengan air sejuk boleh membakar kalori dalam badan. Sebaik-baiknya mandi dengan air sejuk terus, tapi kalau tak tahan sejuk, mandi dengan air water heater tu, 10 minit terakhir baru mandi air sejuk.

    Bila kita mandi dengan air sejuk, sistem badan kita akan terkejut dan terus berada di dalam hipotermia state. Bila ini berlaku, sistem badan kita akan terus bekerja untuk mengawal suhu badan kita supaya kita tak lah sejuk kan. Jadi bila badan bekerja, kalori pun dibakar la ^_^ dan dikatakan, bila kita dalam hipotermia state ni, proses ni akan berlansung almost 3 jam. Tak tau lah kenyataan ni logik ke tak, tapi bila aku kaji semula mungkin ada logiknya.

    Masa zaman aku sekolah rendah dan menengah, rumah aku tak ada water heater. Sekolah pun sesi pagi, jadi kena lah siap awal kan. Bas sekolah sampai 6.45am maka bangun mandi dalam lebih kurang pukul 6pagi. Mandi pun air sejuk yang pastinya ter kat mata dulu, lepas tu kaki, agak-agak dan sedia baru curah satu badan. Badan pun segar untuk ke sekolah kan bila mandi air sejuk ni. Badan aku pun, takde lah berat berlebihan masa tu, fit je.

    Lepas SPM, rumah dipasang water heater. Jadi harus lah setiap kali mandi, water heater on kan. Takde lagi mandi air sejuk kecuali tengah hari yang panas buta tu. Hmm, yang pertamanya, badan kurang segar ke kelas. Yang keduanya, badan memang naik sikit. Ye lah, exercise pun tak kan. Makan walaupun sama je, tapi badan naik.

    Jadi ada logiknya kenyataan air sejuk ni boleh kuruskan badan (pada pendapat aku lah).
    Dan selalu dapat email sunnah Nabi kita, mandi air sejuk sebelum subuh masuk kan :)

    Apa pandangan korang?

    Tuesday, June 22, 2010

    Petua untuk.... hapuskan laluan semut di dapur

    Dulu semasa saya menetap seketika di PJ, dapur saya banyak semut api. Entah kenapa semut suka betul buat highway dari tingkap ke sinki. Padahal, tak ada pun manisan apa2 untuk mereka di situ. Hmm.

    Saya mencuba beberapa petua seperti di bawah ni:
    • Gunakan serai wangi (tablet pun pernah, air pun pernah) tapi tidak berjaya. Immune sungguh semut-semut itu.
    • Spray ridsect walaupun tau ianya untuk nyamuk dan lipas.. Cuba tak salah kan.. tapi sebab tu dapur, saya spray ke atas kain dan lap di highway semut tu. OK, semut semua mati. Tapi kena rajin amalkan ni. Kalau orang macam saya, susah laa nak buat tiap-tiap minggu. hehehe.
    • Anda tau apa itu sabun cuci pinggan paste axion? Haa, saya guna axion yang kuning tu. Saya sapukan (tebal sikit) di 3 bahagian iaitu tempat mulanya highway semut, tengah-tengah highway semut, dan hujung highway semut. Sepanjang laluan tu, saya sapu nipis saja. Voila! Semut-semut tu terasa laluan mereka macam ada halangan besar kot, sticky dan berbau lemon kan. Jadinya, mereka tak gunakan laluan itu lagi. Kalau ada satu dua yang mencuba, nanti dia akan terlekat sikit. Dan akhirnya terjelepuk di laluan sendiri :) 
    Apa kata anda cuba petua-petua ini, dah feedback mana yang paling menjadi. Kalau saya, sudah tentu yang nombor 3 :)

    Thursday, March 18, 2010

    Petua untuk.... panjangkan bulu mata baby

    Petua ini saya jumpa dalam majalah, tapi tak ingat pulak dalam majalah mana. Itu pun dah lama dulu sebelum pregnant lagi. Bila Ashraf lahir, memang bulu mata dia pendek macam bulu mata mak dia. Tengah saya ralit tengok anak saya yang baru beberapa hari umur dia, teringat petua ni. Lagi pulak, mak bidan urut pun ada cakap pasal petua ni.

    Ok, cara nak panjangkan dan lebatkan bulu mata baby anda adalah:
    • Ambil sedikit air susu ibu dan calitkan / sapukan pada mata baby. Kiranya sapukan pada tempat bulu mata tu lah ye. Calitkan dari hujung dalam ke hujung luar (bahasa senang dari hujung mata dekat dengan bahagian hidung tu ke luar)
    • Amalkan petua ni sekerap mungkin. Tak silap saya, saya buat ni dalam 4-5 hari. Hasilnya, sekarang memang bulu mata Ashraf panjang. Sampai ada yang ingat dia ni girl sebelum ayah dia botakkan dia.
    • Jangan lupa pula pastikan sapuan tu rata untuk mata kiri dan mata kanan ya. Takut pula lebat sebelah nanti :)

    Cubalah petua ni mana tau menjadi kan. Tapi untuk orang tua ni tak tahu lah menjadi ke tak. Have yet to try. Tapi nak guna susu siapa pulak :P

    Wednesday, March 17, 2010

    Petua untuk.... mengatasi situasi anak tantrum

    Pertama sekali, petua ini cuma berdasarkan kepada pengalaman dan situasi saya. Kalau kawan-kawan ada tips lain yang berguna, bolehlah share bersama ya :)

    • Bila anak sedang tantrum, jangan amalkan tabiat memberi apa yang anak mahukan setiap masa. Sekali sekala takpe. Kalau setiap masa, nanti anak akan terbiasa dan tahu itu cara untuk dia mendapatkan sesuatu yang dia inginkan
    • Saya suka amalkan cara membiarkan saja dia tantrum sendirian. Dulu selalu pujuk tapi lama-lama jadi cepat angin satu badan kan, jadi cara paling sesuai biarkan saja dia memberontak. Untuk kali pertama, saya masukkan dia ke dalam babycot, bagi dia toys dalam tu dan saya akan baring atas katil buat-buat tidur. Lama-lama dia tengok kita tak layan, dia akan senyap dan mengalih perhatian kepada toys keliling dia
    • Bila tidak berdekatan dengan babycot, saya akan letak atau baringkan dia (dengan perlahan je kawan-kawan especially masa dia suka nak lentikkan badan) atas lantai dan biarkan dia di situ. Lepas tu cuba la pergi jauh sikit dari dia. Kejap lagi, mesti dia akan bangun dan berjalan ke arah kita sambil menangis dan membebel dalam bahasa dia dan peluk kita kuat-kuat. Selalunya masa ni saya akan pep talk kat dia, why he cannot do the thing he did earlier.
    • Saya tak kejam ye kawan-kawan. Ada masanya saya layankan juga apa dia nak, bergantung kepada keadaan dan apa yang dia point masa tu.
    • Anak kecil ni senang untuk kita distract dia. Kalau kita taknak dia buat A, kita distract dia dengan B. Tak semestinya kena bagi jugak kan. Contoh: Dia nak sangat puting dia tu. Kita nak cuba hentikan dia dari melekat je dengan benda tu kan. Masa dia dok nangis-nangis nak puting tu, cuba distract dia dengan burung-burung kat luar ke, cartoons ke, nyanyi ke.
    • Yang ni dia yang ajar saya ^_^. Bila saya nak sesuatu dari dia (contoh botol air dia), dia akan point sesuatu yang dia nak sebagai barter trade. hihihi.. Jadi, saya terbalikkan semula taktik tu kat dia.
    Walaupun anak saya baru 17 bulan, tapi dia faham bila kita buat sesuatu. Contohnya, dia tau kalau dia berkelakuan baik, dia akan dapat apa dia nak. Kalau dia nak ikut cara dia je, confirm lah dia tak dapat and kadangkala kena ignore. Setakat ni, alhamdullillah.

    Untuk ignore tu, memang kita kena keraskan hati. Sampai mak saya kata saya tiada perasaan pun ada. Tapi, kalau nak melentur, biar dari rebungnya kan. Kalau dia dah mula nak guling dalam kedai baru nak pukul, tak guna.

    Setakat ni, saya mengaku kadang-kadang taktik ni berjaya, kadang-kadang tak. Pandai-pandailah tangani situasi tu ya.