Showing posts with label Families. Show all posts
Showing posts with label Families. Show all posts

Sunday, May 03, 2015

Menulis guna apps, cuti hari pekerja, 2015

Hahaha. Lambat betul la kan. Orang lain dah berzaman buat. Sebenarnya tau dah lama pasal blogger apps ni, tapi cuba elakkan sebab kononnya nak proper dah laptop sahaja. Waklu!

So happy labour day to all.

Famili belah mak aku ada buat famili day kat PD. Tapi aku sekeluarga x pergi, sebab mak aku patutnya ada operate katarak 30 April tapi cancel.

So nak jadikan cerita, siang 30 april tu famili belah encik suhaimi buat adhoc whatsapp discussion nak buat bbq kat janda baik. Memang awesome la bila last minute kan. Berkejar aku ke pasar beli ayam, sebab suami iols yang awesome tu nak buat burger bakar dgn ayam black pepper. Kena pula hari tu adam aku pergi cutikan dari taska. Hahaha.

Makanya, jumaat 1 may 2015 pukul 630am kami dah bergerak keluar dari SP, ke genting sempah. Phew, kalau lambat sikit, confirm kami antara yang stuck dalam traffic.

Suka tengok anak bujang iolls happy mandi sungai. Dia yang pertama terjun dan yang terakhir naik. Nak pulak ada abang kandar dgn kak sabrina nak melayan. Dan juga cikyan, tokteh dia.. eh, yang kenit pun sama tau. Dah masuk dalam air, dah gigil bibir tu, taknak naik. Memang x lepas la bapak dia sebab dia ingat bapak dia nak tido dalam air kot?

Haa, meh i jamu uolls dengan gambar2 aje ye.. happy holidays :-*

Friday, July 01, 2011

Wedding & Perubahan K.Sgor

June and July is indeed the months of weddings. Sepupu lelaki aku dah selamat bernikah dengan orang dari Sg Besar sometimes 2 weeks ago. Dan kami attend majlis sebelah perempuan, dengan menggunakan GPS. :) Nak join semua tidur di sana, tak boleh sebab Jumaat kami kerja. So Sabtu dalam pukul 10 kami bertolak.

Untuk ke Sg Besar, kami lalu ikut Guthrie hway. Kemudian memang akan lalu ke Kuala Selangor. Wow, a lot has changed since 2000. Dah ada Tesco dan McDonald di sana ok :) Teringat zaman-zaman after SPM, aku dan beberapa kawan amik short course kat Inpe.ns Kuala Selangor. I stayed there for 4 months. Dan itulah pertama kali aku duduk asing dengan family :) Tetiba kagum dengan perubahan kat sana.

Dan esok, majlis sebelah sepupu aku pulak. Theme is silver grey (kami lah). Pengantin tak tahu kaler apa. Nanti aku post gambar ok. So my mom is gonna pick me up at 8.30am. Harus lah ada sesi menyibukkan diri pagi tu :) My hubby and lil boy will be joining us tengahari. Reason: Cemana aku nak menolong kalau si kenit tu ada sama time orang kecoh2 kan. Ada baiknya dia datang later :)

Friday, April 08, 2011

An overdue entry - Dad

I haven't written anything yet on Arwah. I really wanted to post something on him, but I keep on delaying the post. Part of me didn't know what to write on, part of me wanted to keep it all as a private memory. Then again, the reason this blog exist in the first place is to keep all my memories - good, bad, happy, sad, anything related to my life. So i decided to write it down, who knows one day my kid(s) will read it kan?

He was the type that really took care on his food intake, altho kekadang dia belasah je makan. Mana taknya, he had diabetic since he was 35 y.o. Started with pills, then sometime in 2000 +, he started with his insulin. Masa awal2 diabetic, badan dia fit jugak. Lama-lama, makin kurus. Selepas saya kawin, and dapat ashraf, one day dia terjatuh kat toilet. Doc kata vertigo. Then later on, he had high blood. He was in tak percaya mode since he had low blood. Lama-lama, kidney pula kena attack. Finally, he had to undergo dialysis treatment on alternate days (3 times a week).

We had lunch together on Sunday, kat Muhibah*Seafood. Monday tu pulak, my mom call suruh pujuk dia gi hospital sebab dia semput. Masa masuk hospital, dia terus dibawa ke ICU. Condition: tak sedar. Doc said that his heart was only 20% functioning. I didn't put my hopes high. Bukan mendoakan yang buruk, tapi memang saya ni jenis yang prepare for worst. Nak pulak saya jenis yang tak suka express emotion depan orang ramai. At least I'm prepared for the worst. Alhamdullillah, besok tu dia sedar. Borak segala, but sometimes dia weak. Doc tebuk lungs kanan and keluarkan 800ml air, lungs kiri pulak 900ml air. Masa lung kanan ditebuk, hari selasa, dia ok.

I should have guess, tapi biasa lah, selalunya orang terdekat memang tak perasan kan. Khamis petang tu, badan dia sejuk macam air batu. Mama dok sibuk suruh mengucap, but I just stood there - numb. Cuma dapat urut dia dan sapu minyak panas je. Sebab arwah kata dia hypo (kurang gula). True enough, his sugar level was 3.3. sangat rendah. Malam tu, i stayed with him at hospital. Little that I know, that night is my last night with him. I regretted the decision i made - to go to work on Friday morning. Sebab? Lunch break Jumaat lama. He said, pergi la. but make sure tengah hari datang. Mom called me at 12, cakap Papa lemah sangat. I said I'm on my way. Then tak lama, Mom called again, cakap papa tadi heart dia stop for 15 minutes, tapi dah revive dah. Waiting for him to get stable. Me, driving like a F1 driver, dalam jalan yang sesak orang nak pergi solat jumaat.


I reached the ICU at 12.45. His condition masih macam tu. Doc tak kasi sesiapa masuk. Nurse, dok keluar masuk. Then nurse berlari keluar, sibuk panggil orang farmasi. I knew something was wrong. Doc keluar, cakap dia kena heart attack sekali lagi, and they are trying their best. Me? I prayed hard for him. After 15 minutes or so, Doc keluar, and asked me to call the wife - my mom. I just stood still, knowing that the chance is very slim. True enough, doc said they had try their best, but there's nothing more they can do. He left us - forever. Baru je hari sebelum tu, borak2 dengan arwah, dia tanya "Nor tau tak, doc kata papa ada 6 months to live?" and of course i know everything the doctor said, but me being me answered back, "Alaa, tu cakap doctor je. Derang predict je. InsyaAllah, if papa lawan, doctor predict tu tak betul". Yes, the prediction was so wrong. But, it became shorter. Instead of 6 months, he only had a couple of extra days to be with us - his family.

Dah sebulan dah Arwah papa tak ada bersama kami, but only recently, I really felt that I missed him so much. Betul-betul terasa kehilangan dia. Especially when it comes to handle everything myself. Being the eldest, I have a lot to think about. And having a 21 y.o lil brother, at that age, he is still 15 y.o. Discussing with mom, doesn't meet any end point. Sebab? At this time, pemikiran mereka belum tentu rasional. And I started thinking, "Alangkah bagusnya kalau Arwah ada. Sebab walaupun dia tu garang macam musang (orang tgg kata ayoh mu musang. ekekek) tapi dia adalah glue yang boleh handle semua sekali". And banyak benda yang saya tak sependapat dengan dia dulu, I finally understood the rational of his argument.

Last but not least, Al-Fatihah to Arwah Papa. Semoga sentiasa ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman, dan tenang di sana. Love you always

Friday, April 09, 2010

Post Celebration of Dad's Birthday

Remember on Dad's birthday post?

We finally decided to celebrate his birthday at Muhibah Seafood. Senang. All of us were there, including the most busy upcoming chef in the state - my lil brother ^_^

We ordered deep fried kerapu in soy sauce, buttered prawn, black pepper beef, lemon chicken and sayur paku pakis. Food review will be as always, excellent!

Sangat sayang bila kami tak sempat snap snap pictures since our little boss meragam :(

Wednesday, September 30, 2009

Salam Aidilfitri 2009

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua keluarga, kawan-kawan, readers dan silent readers (macam banyak je yang baca kan. perasan lah ko ecah oii). Maaf ye kalau ada terkasar bahasa secara lisan atau tulisan, kalau ada yang terasa dengan perbuatan, kalau ada makan-makan yang tak menjemput atau dijemput, gile main terjah je. dan maaf zahir batin di atas semua perkara ye.

Salam aidilfitri ikhlas dari kami sekeluarga, Aishah, Suhaimi dan Ashraf Danial :)




Monday, June 08, 2009

Hari Isnin.. Ashraf.. Bercuti

Tiga title yang berbeza.. Hmm, rasa macam banyak benda nak buat right now.. Tapi apakan daya, aku pun tengah kegawatan ekonomi.. Dok tengah tunggu kot kot duit jatuh dari langit.. hehehe..

..Hari Isnin..
Hari ni kan Isnin kan.. Aku pun budget kuar awal pagi ni.. Ye lah, hari ni first day aku bekerja setelah hampir 3 minggu MC kan.. hehehehe.. macam berpantang lah pulak kan... Sekali ambik ko, jalan tak sibuk lansung.. Then it hit me!!! Cuti skolah.. hahaha.. Ciss... Tau aku bangun lambat lagi sikit.. huahahahah

..Ashraf..
Semalam dia dah 8 bulan.. Milestone dia di sini ok. Yang best, dia excited bila dapat hadiah.. yes, we bought him a baby high chair.. Suka dia dapat lepak sesama bila time makan, dia leh nampak kite direct dah kan.. No more looking up Mama!!! hehehe.. ni gambar dia sekeping buat tatapan..

..Bercuti..
Walaupun aku baru je masuk keje kan, aku sebenarnya tengah meronta-ronta nak bercuti!!! Nak tengok laut.. Nak tido hotel!!! Nak tenangkan fikiran.. Rasa serabut je now.. Nape ek?? Gawat kot?? Ntah laa kan.. Nak ajak Mr Suami, dia sure takmo gi PD sebab dekat kan.. Sure dia akan cakap penat kalau balik hari.. Haish!!! Nanti kalo dia ada golf ke apa ke, nak lari lah bawak Ashraf gi beach..

OK, itu saja for now...



X.O.X.O

Monday, April 06, 2009

Of many issues

It's been a while since I've updated this blog.. Blame myself for it.. hahaha.. A lot of things happen in my life now.. Not just that, even my country received a new Prime Minister now.. DS Najib, the man who will transform our country.. Whatever plans he has, I hope he will succeed.. I had enough of all this politics scene.. Sometimes, seeing the MPs debate dalam TV, macam zoo negara pun ada.. alahai..... As for my own life...

Ashraf was admitted to D*E*M*C from 23rd to 25th March 09 due to high fever.. Being a mother, I was worried sick, thinking all the possible what-if situation.. Part of me was feeling guilty for having to send him to daycare centre (altho it's a good one).. I'm so sorry my darling, but mama has to work to pay my bills.. My little hero was supposed to have the drip, but the doc couldn't find his veins.. Chubby baby I have.. :) Sampai both my son and his doc berpeluh.. So the final say was for him to have a 3 days antibiotic injection at his muscle (Kesian anak mama peha luka2 dah).. Well, for the details of his stay at the hospital, I'll write it in my other blog ok.. Anyhow, after he was discharged, he's been coughing teruk sangat.. I guess it must be the weather.. :( Doctor kata banyak kahak kat paru2 dia.. and he's having a flu too.. As of today, he;s getting better..

Dalam anak bujang tengah tak sihat ni, my company is having the year end stock take.. yes, our financial year is from apr to march.. i need to attend to a lot of issues regarding stocks.. I know I'm in ITD, but as a SAP support team, we have to always support the user.. OH, SANGAT BOSAN OK.. but i felt pity to my dear officemate, she's pregnant but still have to attend to the user request yang mengarut2 tu.. Alahai, cian baby dalam perut dia.. hehehe..

Oh, my father was also admitted when Ashraf was having his high fever.. but in a different hospital though.. Doctor said he has pneumonia.. Kesian papa, just got back from Chiang Mai and Bangkok, masuk Malaysia balik kena tahan kat wad.. aduhaiii...

I wish my hubby will get a big sum of salary raise this year, extra bonus, or maybe naik pangkat?? But knowing his company, I can just wish... Oh, bila agaknya saya boleh concentrate untuk duduk rumah sepenuh masa????

Tuesday, February 17, 2009

At Randoms

I haven't been posting any new post since forever *at least that's how i feel*

Since I have two darlings now, I hardly spend my time on other things.. Kenapa, tak percaya ke? Magnificently, I don't feel less happy or boring or incomplete not being able to do other favourite things on weekends.. Lama tau tak shopping, tak hang out with friends, tak lepak mamak malam2, tak tengok movie kat g*s*c.. Semua laa.. Both me and hubster just love hanging at home, playing with Ashraf, and doing nothing.. I guess it's true what other people said.. When you have kids, your life changes, more meaningful and entah ek, for me, I feel truely happy and bless with what I have now.. Tak terasa nak mintak apa2 yang lain buat masa sekarang.. Sesungguhnya aku bersyukur :)

On my lil angel development as of today:
  • Suka mengiring, but not in front of us.. We have to curi2 tengok, baru dia buat.
  • Bila ditiarapkan, dia macam buat push ups.. hehehe.. geli hati betul.
  • On weekdays, he doesn't demand this, but on weekends and public holiday, macam tau2 je: Usually he'll wake us up at 6.30am, or when bunyi burung dah bising kat luar. He just love to hear and watch the birds early in the morning.. Weekend, 7 am dah terpacak luar rumah tunjuk burung.. adoi laa.
  • Dia dah pandai nangis mengamuk, nangis memanggil, nangis manje.. hihihi
  • Semalam dia pegang botol sendiri, from start to end. Actually this is the 3rd time dah rasanya.. :)
  • Sangat suka senyum, nampak sesapa pun laa.. Babysitter dia kata, dia pandai bwk diri, and asik senyum and ketawa je.. pandai mengagah..
  • Sangat observant. Suka memerhati.. Tapi pelik lah, suka sangat tgk logo baju uniform kerja mama dia..
  • Bila duduk, dah pandai pose.. kelakar2.. nanti i post piccies..

On my part, I don't know why, I gained weight now.. 2 bulan bekerja, naik 4 kg.. Alamak, I think I have to opt for HL again.. And my working life might be bzbee next month onwards..

On us, nothing much.. We practically try to live life to the fullest and seize the moment :)

Oh, Ashraf is no longer at his babysitter's house.. dah pindah ke nursery babysitter dia due to some unexpected incident.. but somehow, I'm happy to see him happy :)

Wednesday, January 14, 2009

Macam-Macam

Vitamin apa nak kena makan untuk kuatkan imune badan? Hmm, selalu kena viral fever.. Tahun lepas siap kena admitted lagi sebab viral fever ni.. Ideas anyone? MC lagi untuk 2 hari, semalam dan hari ni..

MR Kecik pun batuk and nose block now.. Owh, btw, he is 100 days old today.. Ashraf, mama sayang Ashraf.. Read Here..

Happy Belated Wedding anniversary to dear hubby.. Read here to know what we did that day :)

Friday, January 09, 2009

Buah Hati


I don't know why, but I miss my little darling so much.. Alahai, cemana ni? Nasib baik dah almost 5.30pm.. Bapak budak tak pulak aku rasa miss cani.. huhuhu.

Esok hari Sabtu, I have no plans yet.. Thinking of visiting my nenek and aunty @ ampang, but tak tau laa mr hubby nak tak.. As for now, the plan is yet to be confirmed..

Comel tak buah hati aku ni? As the mother, of course I can say that my son is the cutest little human being alive.. Anak aku, suka hati laa kan?? hihihi

Wednesday, December 31, 2008

tugging on mommy's heart

Si ayah terasa jealous bila si ibu menyarungkan anaknya dengan jumper ini untuk majlis aqiqah/cukur jambul si anak.. hehehe.. dah tu, sape soh si ibu yang gi cari baju cantik untuk si anak nak pakai?? :P

Dan ini adalah gambar si ibu dan si anak dalam kapal terbang airbus ais asia.. first time mr kecik naik flight :)

I Miss Them

I miss both of 'em *especially mr kecik*:

buah hati mama


with his paksu


miss lil darling and big darling


I just love this piccie :)
My heart and soul

Cute tak my lil darling.. sangat cheeky sekarang ok.. dan sangat manje.. as of now, masih tak favor mama or papa dia.. dua2 dia manje.. ekekekek.. anak mama laa..

Monday, November 10, 2008

Gambar bertiga



As promised to Ninna, ni gambar aku, mr suami and baby (dalam peyut) time raya.. hihihi.. sorry laa na, lambat updet.

Wednesday, October 15, 2008

Officially :)

Officially introducing to you all,

Ashraf Danial bin Muhammad Suhaimi
:)


Dah register kat JPN dah on 13th Oct 2008

Thursday, October 09, 2008

The lil one is out :)

Finally, my lil one is out!!
Welcome to this big world dear precious :)

A healthy baby boy - 3.6kg, on the 7th Oct 2008

Nama dia akan di annouce nanti ok

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aaaaaa... Seronoknye.. Tak sabar nak raya.. Ekekekeke.. *Mengalahkan budak kecik*

Emm, altho ni first time aku akan beraya kat KL, aku teruja gak laa sket.. konon nak rasa raya kat bandar kan?? ekekeke.. tu laa, kena ikut mr suami *nape laa dia takde kampung ek, tapi bagus gak kan sebab takyah redah jam*.. lagi pun, dear daddy kena undergo 2nd laser for both eyes due to failure on the first operation.. So, no travel jauh2.. Dok umah diam2.. Bak kata nenek aku, "Dok ontok ontok".. ekekke

Emm ape lagi.. Ohooo, baju nak beraya dah pun dibasuh dulu.. Ye laa, time try2 tu ntah sape lagi dah sarung ke kan.. ekekeke.. tak sabar nak gosok.. Ninna, insyaAllah, kalo raya ni aku ada amik gambar, aku post laa gambar aku, mr suami and baby dalam peyut ni ok..

Sian baby, mak dia excited nak raya (more on the food side ok) sampai baju2 dia semua tak basuh lagi.. ekekeke.. ok, will do so asap ok.. *rilek laa, company kan cuti seminggu*...

Owh, wishes to all..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TO ALL
MAAF ZAHIR DAN BATIN YE KALO ADA SALAH SILAP

:)

Tuesday, September 09, 2008

Get Well Soon Dad!!

Today is an important day to Dad..

He's getting a cataract laser operation.. Mom was there the whole time.. Alhamdullillah, everything went well.. Oh, he went to OPTIMAX to do it.. The doc said that mata papa dah hmmm, agak teruk.. dia tak jaga mata dia.. urat2 semua dah banyak burst kot.. so kena buat cepat.. Papa decided to do on right eye today, and he'll do the left one on this coming thurday..

He was supposed to fast since last night (only plain water).. but at iftar, dia dah belasah macam2.. kuih lopes je baper keping, mama komplen.. hihihi.. So as expected, sugar level dia 14.. Lepas doc masuk ubat, naik 15.. seb baik leh buat jugak ops tu..

So Dad, get well soon ok.. Don't worry too much. Get enuff rest and act like a king since you have the chance to do so :)

Kenangan 31 August

Hihihi, hari ni banyak keje kat ofis ni.. Tapi kepala macam dah jam nak fikir banyak2.. So tetiba selak2 kalendar, nampak date 31.08.2008.. So teringat laa peristiwa tahun lepas ;)

Tarikh ni kire keramat jugak lah kan :)

OK, pada tarikh ni..
  • We celebrated our 8 years together bercintan cintun *ape dah kawin takleh bercintan cintun ke?*
  • We celebrated our 1 year tarikh pertunangan.. :)
Tapi now, dah kawin pun.. lagi best :)

So, we celebrated simply as simple as possible on that day :).. En Mie bawak preggie mama to eyes of Malaysia - last day dah pun.. Preggie lady ni ajak dia dah lama, tapi knowing him - afraid of height.. so sabar je laa.. tapi sayang hubby tercinta, dia usahakan jugak naik tinggi2 tu sebab permintaan ibu and baby kan :) sweetness lah suamiku ni..

Gambar - nanti ek.. lupa nak transfer to PC..

Katil dan Barang2

Perkara2 yang nak update tapi terlupa:
  • Katil kami untuk kat bilik bawah dah sampai dalam dua minggu lepas.. En Mie dan mama beriya tak kasi me naik tangga turun tangga so mama got us a super-single divan with a super-single pull out.. Tempat baru kami sepanjang tempoh berpantang ialah: bilik bawah kat depan.. alaa, bilik tunang dulu..
  • Babycot for baby precious pun dah sampai last week.. Nice.. It's HUGE!! takpe lah, senang nanti2.. dia leh pakai lama :)
  • Barang2 baby dah mula anta and simpan kat Shah Alam.. Tinggal nak deco je..
  • Rancangnya nak pasang TV and Astro kat bilik depan tu.. Biar laa TV kecik 14" pun, harus ada astro sendiri supaya tak berebut channel dengan Mr Boss kat umah..
Gambar Divan kami dan babycot akan kucuba upload soon :)..

Monday, September 08, 2008

Berpuasa dan Berbuka

Dah 8 hari umat Islam berpuasa.. Alhamdullillah, aku masih larat bangun pagi2 untuk sediakan makan untuk Mr Mie.. kalo sorang2 nih, bangun makan fibre je nih.. *memang pemalas bangun betul kan*

Ohoo, sekarang ni sempena bulan puasa, kami dah training ulang alik shah alam.. Kiranya, hari bekerja (monday till friday) kami akan tidur di Shah Alam.. Marvellous ok.. sebab dapat buka ramai2 :) Sahur pun ok laa, meriah jugak.. Sabtu Ahad akan berbuka di PJ.. dan tidur PJ.. tapi kan, kekadang bila kat PJ tu aman and manja extra sket.. sebab berdua pun kan.. hihii.. kat umah mak, segan lah pulak..

Rancangan Sabtu ni, nak ajak mama pegi PK*NS.. Nak cari baju raya.. Ohoo, puasa tahun ni adalah puasa yang paling tak excellent buat aku.. :( kekadang terlalu tak larat bila baby mula eekk ooott kat dalam.. ye lah, dia bila lapar dia memang seronok bergerak.. hihii.. takpe lah baby, nanti kite ganti mana yang tinggal ok.. and remind me that i have to byr fidyah :)

Ohoo, Wisma PKPS ada buffet ramadhan.. oleh pak engku.. RM48 per head.. antara yang murah laa tu :) Rasanya 17hb ni nak minta dear hubby belanja situ lah, sekali ngan semua famili laa.. total semua - 7 pax..