Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Sunday, May 03, 2015

Menulis guna apps, cuti hari pekerja, 2015

Hahaha. Lambat betul la kan. Orang lain dah berzaman buat. Sebenarnya tau dah lama pasal blogger apps ni, tapi cuba elakkan sebab kononnya nak proper dah laptop sahaja. Waklu!

So happy labour day to all.

Famili belah mak aku ada buat famili day kat PD. Tapi aku sekeluarga x pergi, sebab mak aku patutnya ada operate katarak 30 April tapi cancel.

So nak jadikan cerita, siang 30 april tu famili belah encik suhaimi buat adhoc whatsapp discussion nak buat bbq kat janda baik. Memang awesome la bila last minute kan. Berkejar aku ke pasar beli ayam, sebab suami iols yang awesome tu nak buat burger bakar dgn ayam black pepper. Kena pula hari tu adam aku pergi cutikan dari taska. Hahaha.

Makanya, jumaat 1 may 2015 pukul 630am kami dah bergerak keluar dari SP, ke genting sempah. Phew, kalau lambat sikit, confirm kami antara yang stuck dalam traffic.

Suka tengok anak bujang iolls happy mandi sungai. Dia yang pertama terjun dan yang terakhir naik. Nak pulak ada abang kandar dgn kak sabrina nak melayan. Dan juga cikyan, tokteh dia.. eh, yang kenit pun sama tau. Dah masuk dalam air, dah gigil bibir tu, taknak naik. Memang x lepas la bapak dia sebab dia ingat bapak dia nak tido dalam air kot?

Haa, meh i jamu uolls dengan gambar2 aje ye.. happy holidays :-*

Tuesday, October 23, 2012

Ayam Kalio

Akibat terlalu bosan makan masakan kurma / sambal, semalam bermula lah sesi mencari resepi di mr google. Selepas mengodek-godek 2-3 resepi, finally decided to cook this for dinner. Resepi ni dapat dari resepi.net je. So, since semalam kena ambil incik suhaimi di ofis, maka sebelum bergerak ambil dia, meh la sediakan barang-barang dulu.. opsss, serai lak habis.. takpe, seb baik ada kedai mamak kat bawah ni ada jual fresh sayur.

so, ini la resepi dia.. mudah, senang, dah tak berkecah la dapur.. i like!



halia dalam 1 cm macam tu
serai 2 batang
bawang merah 4 biji (i used bawang besar yang medium sized)
bawang putih 3 ulas (i like to use smoked garlic)
cili kisar dalam 3 sudu (me? of cos lah cili boh puteri tu je, mood rajin tiada ok)
kunyit dalam 1 tsp, nak kasi warna cantik je (tak kisah la hidup ke serbuk)
asam keping 1 cukup
daun limau (semalam tak ada, so tak letak)
ayam ikut suka
santan 1 cukup kot (saya guna MS je 1 kotak kecik tu)
cili padi kalau nak lagi pedas

So step dia:
  1. halia, bawang merah, bawang putih, kunyit  blend sekali (i blend serai sekali terus)
  2. Tumis bahan yang dah blend tu dengan cili boh sampai wangi. Then masukkan ayam, santan dan tutup periuk sampai ayam masak. (kalau  guna kuali, tak tutup pun takpe, tapi kalau tutup cepat sikit masak, jimat gas) hahaha.
  3. Masukkan asam keping, garam, cili padi. Nak wangi boh la daun limau 2-3 cukup. Then pandai-pandai lah adjust rasa okay!
  4. Siap untuk dihidang.
Ayam kalio ni resepi orang minang. Maybe sebab tu saya suka kot. Maaf la gambar ayam tinggal seketul. Semua kelaparan sampai habis semua baru ingat. Sedap memang sedap, kalau tak takde lah incik suhaimi belasah sampai 3 ketul ayam kan? hehehe. Ok la, tapi kalau makan selalu cepat muak kot, macam masak lemak la..

We recycled this for lunch today, dan minum petang meh cicah roti dengan kuah dia :)

Wednesday, September 19, 2012

Mee Goreng Kicap

Bangun je pagi tadi, masing-masing (me and Ashraf) kelaparan.. Ashraf memang tak suka sangat makan nasi, unless it's with fishball or chicken soup. Saya pula rasa nak masak something yang kami boleh repeat dua tiga round sepanjang hari.. Jadi inilah hasil produktiviti kami pagi tadi :)


Mee Goreng Kicap

Bahan-bahan:

1 biji Bawang besar, beberapa ulas bawang rose (bila ada bawang rose, suka campurkan..sedap).
2 ulas bawang putih (dah tu bawang besar lagi bawang rose lagi kan)
1 sudu besar cili boh
kicap tamin (ikut suka, tapi kalau nak warna gelap, banyak la..) if only ada kicap mee pekat kan?
daging/ayam
sayur (kalau suka)

Cara-caranya:
Bawang-bawang tu bolehlah dihiris atau diblend ikut suka.. Tumiskan bawang-bawang tu kemudian masukkan cili boh.. Agak-agak dah garing, masukkan kicap. Gaul-gaul kasi sebati, then masukkan daging / ayam. Agak-agak ayam / daging dah masak, masukkan lah mee kuning tu. Gaulkan sebati.. Disebabkan saya sangat hantu telur, so saya pecahkan juga sebiji telur, biar kejap kemudian kacaukan telur tu.. Kenapa biar sekejap? sebab nak kasi masak sikit ler.. kalau terus kacau, takut ada yang tergaul tu tak masak kan..

Kalau suka, masukkan la sayur sawi ke sekali dalam mee tu.. juga cili merah yang dihiris.. Tapi sebab ini menu untuk si kecil yang berusia 4 tahun, saya tak masukkan semua tu sebab masa makan nanti, saya jugak yang kena makan.. hehehe.. Memandangkan kicap tu pun banyak, tak perlu lagi ditambah garam ye.. Kurangkan garam dan gula, hidup ceria dan sihat :)

Cuba lah, sure anak-anak suka..

Tuesday, November 22, 2011

Nasi Ayam 1

Yesterday was my 1st attempt to cook chicken rice regardless of tak cukup bahan-bahan. Dan aku cedok recipe dari hanieliza fotopages, tiffinbiru, dan juga resepi mama. So, resepi terpaksa ku olah ikut kesesuaian aku dan ini adalah resepi nasi ayam tak cukup bahan :) but still, dari 3 pot aku masak, nasi tinggal 1 bekas kecik untuk sorang makan, ayam habis, tinggal balance sup je untuk hari ni. Here goes:

ayam
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 bunga lawang
2 bunga cengkih
5 ulas bawang putih - ketuk
2 inci halia - hiris dan ketuk

Masukkan bahan-bahan ni dalam periuk bersama ayam dan air (make sure ayam tu terendam). Bila air dah mendidih, keluarkan ayam dan sejukkan.
Lumur ayam bersama kicap cair + kicap manis + garam sikit. Letak tepi.
Nasi + marjerin sikit + garam + air rebusan ayam, tanak macam biasa.
Goreng / bakar ayam tadi (aku goreng je, belum cuba bakar)lepas dan put aside for a while.. Ayam tu agak2 bau sedap tu angkat lah, sebab kita nak kasi kicap tu melekat cantik je ^_^
Bila nak makan, hidang lah semua.

Sos cili halia tu, satukan 5 cili merah, 3 bawang putih, 1 inci halia, garam, gula, limau kasturi 1 biji (boleh guna jus limau juga) dalam blender dan blend sekali. Siap!

Kalau ada daun sup, daun bawang, boleh lah tabur dalam sup. hiasan selalu timun and tomato also daun salad ^_^


Thursday, July 21, 2011

Kentang Oregano


Resepi ni aku jumpa dalam internet. Tapi tak ingat dari blog mana. Kepada tuan resepi, kudos to you. Sedap :) Aku hidangkan bersama-sama dengan lasagna.



Kentang Oregano
Kentang - potong wedges (i used wedges frozen je) - goreng
1 bawang besar - hiris bulat
1/2 capsicum hijau - hiris panjang
1tsp lada hitam
1tsp oregano
1tbsp butter (i used 1 1/2)
Garam
1/2 cwn kacang gajus goreng (optional)

Steps:
Cairkan butter dalam non-stick pan. Masukkan lada hitam dan oregano. Masukkan bawang dan capsicum. Agak-agak dah layu bawang tu, masukkan kentang yang dah goreng tadi dan gajus. Perasakan dengan garam dan hidang :)

Note: Kalau pakai kentang wedges frozen tu, dia dah masin sikit. So kena budget lah garam tu kurang sikit, or takyah letak lansung

Ok Zam, boleh cuba dah :)

Dan aku hidangkan dengan ni:

Friday, November 12, 2010

Bila dia tak nak makan

Aku mengalami satu masalah dengan Ashraf di mana dia tak nak makan. Lagi-lagi apa yang aku masak. Apekah masakan ibu dia ni tak sedap? Tak pulak, sebab sedap licin je kami makan. Sampai almost aku bertukar menjadi tarzan lah kat rumah tu. Cukup tertekan bila kat nursery nak pulak dia makan kan.

Sekali semalam nurseri kata, ashraf kalau makan nasi, dua sudu je dan simpan dalam mulut. So kami buat bubur semalam dan licin dua pinggan. Lega rasa bila dia nak makan. So, kami memang berada dalam satu fasa baru. musim baru. edisi baru: Ashraf kembali ke bubur ayam, no more nasi and sup what so ever.

Aku pun alang2 pagi tadi hantar dia lambat, singgah la kami ke Mc D, dan aku order sausage egg mc mfn dan dia bubur ayam small size. Hasil nya: Bubur dia LICIN. Dan dirembatnya hashbrown aku. Dia kata nak nugget. Janji food goreng yang kecik2 semua dipanggil nugget ok. dan sebelum balik, aku beli satu lagi hashbrown untuk dia makan kat school, tapi dalam kereta dah tinggal setengah. berselera sungguh dia.

Dan aku, rasa relief yang amat bila tengok dia berselera macam tu. Biar lah, janji dia nak makan. So menu kami untuk esok: Bubur ayam. Nak buat yang ala2 Mc D lah. Yang terasa kuah ayam lebih dari bubur. Mari buat stock ayam ye.

Dari penuh tinggal separuh. And off he goes to the playground

LICIN. Ok sayur2 yang memang dia tak makan, aku lah makan kan.

Friday, June 11, 2010

Spagetthi Aglio Olio

 That was what we had for dinner. This is the second attempt of making this dish since I was so tired last night. Hehehe. My first attempt was on last Monday when me and little hero at home together for lunch, and he just loves pasta and mee. Gambar ini adalah gambar dari first attempt. Last night, we had this with the Ayamas Drummet. Pun sedap.


  • Tumis 3 ulas bawang putih dalam olive oil. ( i used onion masa first time pun sedap gak).
  • Agak2 dah brownish, masukkan udang kalau suka.
  • Masukkan capsicum / red chili flakes (we like capsicum) dan mushroom butang yang dah slice
  • Masukkan spices (oregano, parsley flakes). Kalau dapat fresh parsley lagi best
  • Masukkan spagetthi yang dah al dente. (masa nak al dente tu, masukkan olive oil and garam sikit so that ada rasa sikit and tak melekat)
  • Kacau kacau and siap
  • Hidangkan dengan drummet ayam (feveret en suami, mesti ada drummet)
Betul tak saya cakap? Ini resepi untuk orang dah penat and lapar and kalau barang basah dah habis. Hehehe

Friday, March 13, 2009

Pasta


Best pulak makan pasta2 ni ek.. Walaupun tak semestinya spagetthi, tapi suka lah.. Semalam sesi membalas dendam.. hihihi.. Cafe bawah office ni ada buat macaroni goreng.. tapi ada telur and sangat putih ok.. nak kata macaroni cheese, tak nampak pun cheese dia?? hehehehe.. So sebab macam termengidam, *sila jangan berfikir saya sedang mengidam sebab itu ok*, balik keje lepas amik anak tercinta, kami ke sacc*mall.. giant dalam tu kan satu floor dengan parking, so senang nak tolak stroller dia.. sekali tu, macam2 jenis pasta ada.. hahaha.. gile.. ada ke leh rambang mata nak yang mana satu.. shell pun lawa jugak.. spiral pun lawa jugak.. adoi laaa... hehehehe.. So misi berpasta malam semalam berjaya..

Oh, malam ni, malam esok dan siang lusa adalah sesi makan nasi minyak.. fuhhh..

Friday, February 22, 2008

Padprik Udang

Aku tak ingat bile, aku sangat sedih sampai nangis2 ok.. Susah bile ada banyak sangat kejadian menimpa serentak.. Demi memujuk hariku, aku masak padprik udang.. Gambar dia dalam hp lagi satu, dan dah pun pulangkan kat mama.. So next time I do it, I post here ok.. Resepi aku simple je, tak taulah betul ke tak.. tapi sesuai dengan tekak aku, ok lah tu kan.. muahaha..

- Udang/Sotong
- Cili padi dalam 6 biji
- Cili merah 1 biji
- Sos Tiram (dalam 2 tsp kot?)
- Sos Cili (kena banyak laa, agak2 dalam 5 tsp)
- Sos Tomato (masa ni aku takde sos tomato so aku potong buah tomato sebiji)
- Bwg Besar, Bwg Putih, Serai, Halia (semua ni aku belasah je hiris. Serai ikut suka nak titik ke hiris ke)
- kacang panjang

So cara dia:
Bahan yang hiris tu tumis dulu.. dah agak2 naik bau tu, masukkan laa sos tiram, sos tomato dan sos cili.. pastu masukkan cili padi.. dah tu baru masukkan udang.. tuang air sikit kasi ada kuah2.. letak laa garam cukup rasa.. pastu aku masukkan cili merah and daun limau purut and serai yang dah dititik/hiris.. haa, rasa laa ikut tekak sendiri, mana yang kurang tu, adjust laa.. Ada orang suke taruk gula, aku tak suka sangat. pastu masukkan laa kacang panjang sket.. biar ada hijau2 sket kan..

Rasa dia not bad.. hmm, rasanya aku takde terlupa apa2 ingredient nih..

Owh nak jadi nasik goreng pun boleh, lepas buat nih, masukkan laa nasik putih and gaul rata.. Jadi laa nasik goreng padprik ;)

try laa kat umah ye..

Tuesday, October 09, 2007

Cupcakes vs Chocolate Cake..

So it is true..

Kak Roziyah's cupcakes are scrumptious!! Yumm yumm..
Since I took a half day leave this morning, Aisha paid for me first.. Owh, Kak Rozi gave it in the morning lah kot.. hik hik hik.. Thanx dearie!!

Cupcakes ni pun tak mahal lah.. For 50 pieces (note: aku rasa lah), it's only RM14!! Even my mom said it's cheap!!

Kak Rozi, lepas raya nak order lagi ek ;)

******************************************************************

Sayang request for my choc cake.. Hmm, before raya.. So I might be baking this Thursday lah gamaknye nih.. Might as well make it two kan?? Kuih raya kat rumah lak dah macam banyak gilers la pulak.. ;) Takpe takpe, raya kan setahun sekali jer.. ye tak??