Tuesday, June 22, 2010

Petua untuk.... hapuskan laluan semut di dapur

Dulu semasa saya menetap seketika di PJ, dapur saya banyak semut api. Entah kenapa semut suka betul buat highway dari tingkap ke sinki. Padahal, tak ada pun manisan apa2 untuk mereka di situ. Hmm.

Saya mencuba beberapa petua seperti di bawah ni:
  • Gunakan serai wangi (tablet pun pernah, air pun pernah) tapi tidak berjaya. Immune sungguh semut-semut itu.
  • Spray ridsect walaupun tau ianya untuk nyamuk dan lipas.. Cuba tak salah kan.. tapi sebab tu dapur, saya spray ke atas kain dan lap di highway semut tu. OK, semut semua mati. Tapi kena rajin amalkan ni. Kalau orang macam saya, susah laa nak buat tiap-tiap minggu. hehehe.
  • Anda tau apa itu sabun cuci pinggan paste axion? Haa, saya guna axion yang kuning tu. Saya sapukan (tebal sikit) di 3 bahagian iaitu tempat mulanya highway semut, tengah-tengah highway semut, dan hujung highway semut. Sepanjang laluan tu, saya sapu nipis saja. Voila! Semut-semut tu terasa laluan mereka macam ada halangan besar kot, sticky dan berbau lemon kan. Jadinya, mereka tak gunakan laluan itu lagi. Kalau ada satu dua yang mencuba, nanti dia akan terlekat sikit. Dan akhirnya terjelepuk di laluan sendiri :) 
Apa kata anda cuba petua-petua ini, dah feedback mana yang paling menjadi. Kalau saya, sudah tentu yang nombor 3 :)

3 comments:

hyldaa said...

Tino! I know this is a bit late, but I used this after a series of struggles with the annoying ants! : http://tweetphoto.com/28501174

Works wonders. So far dah xde semut hurung makanan dan chocolate yg ditinggalkan atas my dressing table. huhuhu.

Btw how are u? hope all is good! :)

aieesha.salleh said...

hehehe. I am all good dear :)
So when is the big day? Takmo nebes2 k

mamasue said...

i love this petua!hahaha...blh la mamasue try nt...tp usually rumah mamasue semut tak buat highway,dia lintang pukang je...mamasue perangkap semut yg 4 segi tu,klu semut mkn ubat dlm tu,pastu nt dia share kt kwn2 dia,nt kwn2 and dia2 pun mati...kikiki...tp utk petua ni,mamasue akan try letak sabun cuci pinggan tu rata2 byk2...