On Work

Monday, November 09, 2009

Only 1 hour left before I punch out my card. It should be a yippie dubiduu when I received the email on working half day for today.. Tapi kan, we have to come back at 10pm tonight.. boohooo.. hehehhe.. system katanya release to us at 10pm before kitorang go live to user esok pagi..

OK lah, balik nanti nak FB sekejap, then tido dulu... malam ni perlukan kesegaran optimum.. minumlah livita ye kawan kawan untuk kesegaran berpanjangan.. eh, baik minum pearl kacip fatimah.. lagi active gitu!!..

tapi kan, malam ni harap2 kejap je, sebab kalau lama kan, esok nanti kul 8am dah kena masuk office jugak..

aduhai...

At home with Ashraf

Friday, October 23, 2009

Ashraf muntah 9 kali since 10pm last night. Semua keluar macam air and ada phlegm juga. Tapi pagi ni punya, muntah susu. As a mother, of course I am really worried now.

Mula mula ingat dia muntah sebab apa yang dia makan since 4 muntah yang pertama tu, ada sayur, ada kaler oren kuning semua lah and kahak. Lepas tu kahak sahaja. pagi ni susu sahaja pulak. So terfikir mungkin juga dia muntah ni sebab ada allergy makanan ataupun susu formula. Ye lah, dia baru tukar susu dalam 2 minggu lepas. Tapi kenapa baru sekarang yang jadi macam ni ye? Oh, perasaan adalah amat tidak tenteram pasa masa ini.. Kesian dia, lapar nak susu, dapat susu, and 1 hour later, bluwek..

Sekarang dia tengah tidur dengan amannya. Takpe lah, janji perut dia selesa.

Kalau saya nak tukar susu, susu apa yang korang nak cadangkan? Hari tu ada survey mamil gold tapi macam mak aih harga dia mencucuk ke langit. tapi kalau itu yang d best, harus saya usahakan.

"Hati ibu mana yang tenteram bila anak dia tak selesa"

Update at 4.30pm:
Tadi pagi call neseri cakap Ashraf tak datang sebab cirit, and kakak tu kata Amar and Maria pun cirit sama few days before.. 1st cirit is Kaisara. So kitorang terus jumpa paed. Tanya dia Ashraf ni sebab susu ke allergy ke ape jadi camni.. So doc kata mebi jugak sebab cirit2 tu.. sebab akak neseri pun terima nasib sama semalam. sian dia.. So untuk seminggu, anak bujangku minum susu mamex gold lactose free. dan petang ni no more cirit, just dia muntah sekali lagi.. ayoyo..

Under Construction

Thursday, October 22, 2009

This page is currently under layout construction :)

Vaccine for Cervical Cancer

Masa pergi checkup Ashraf hari tu, ada terbaca leaflet pasal cervical cancer atau kanser rahim. Ada dah vaksin dia dalam negara kita ni. Sebagai seorang wanita (ecece, wanita tu.. tak tahan mak dengar..ekeke), terasa macam vaksin ni penting untuk diri sendiri dan ladies out there. Zaman sekarang ni, doesn't mean kalau keturunan kita tak ada cancer, kita selamat kan? Semua orang pun senang kena cancer.. Nauzubillah..

Nak tanya lah kalau kalau ada doctor kat luar sana yang boleh bagi pendapat, vaksin ni berkesan ke? dan selamat ke untuk kita ambil? Ke vaksin ni masih dalam stage percubaan lagi? Ada sesiapa boleh jawab?

Baskin Robbins


I am craving for Baskin Robbins ice cream now.. OMG, hujan hujan dan sejuk sejuk macam ni, terasa best kalau dapat makan ice cream dia.. kalau yang balut dalam waffle tu lagi yummeh kan :)

Weekend ini birthday MIL saya. What should i buy for her as her birthday gift? Ideas anyone?

Ibu tak berhati perut

Wednesday, October 21, 2009

Adalah sangat sedih bila membaca berita ini. Apa punya manusia yang tak berhati perut merogol, meliwat dan mendera anak kecil yang baru berumur 3 tahun. Apa punya ibu lah yang sanggup buat report kononnya pembantu rumah dia yang dera dan lari dari rumah..

Oh ibu budak tu, kamu tu yang melahirkan anak tu 3 tahun lepas. Tak ingat ke perit jerih beranak? Tak ingat ke saat saat mengandungkan dia? Saat saat dia menemankan kamu time kamu sunyi sunyi? Tak ada perasaan sayang sikit pun ke yang sampai sanggup cover cerita? Yang tak bernyawa sekarang ni anak kamu, bukan lelaki Sudan tu!!! Tak ada sekelumit rasa rindu atau sedih atau sesal ke?

Entah ek, mungkin zaman sekarang ni dah lain kot. Sesungguhnya saya pun tak faham apa lah manusia manusia tak berhati perut ni buat atas dunia ni..

sinus?? polib??

Friday, October 02, 2009

apekah itu polib? can anybody answer that for me please? aku search lah internet kan, yang banyak guna perkataan polib ni dari forum Indonesia. Hmm.

Semalam pergi ke klinik, sebab sinus teruk sangat sampai bila bersin kepala semua sakit. Sekali doktor check, dia kata ada polib dalam hidung kiri. ape mende alah? angguk je lah. tak terfikir nak tanya doktor apa tu. sigh. teruk ke ek? komen sesapa?

apa apa pun, dah dapatkan refer letter ke sjmc. So kena cari sapa ent yang best kat sana pulak. hmm. ideas or advice?
 
◄Design by Pocket