Friday, June 01, 2018

Ramadan Kareem 2018


Assalamualaikum all..

Hari ni adalah hari Ramadan ke 16. Alhamdulillah dah 16 hari kita berpuasa kan. Pejam celik dah setengah bulan.

Tahun ni masih macam biasa, mostly i cooked at home. Kalau nak makan di luar, we will have a light meal then later keluar gi kedai makan. So far we only go to PARAM just to buy some kuih, or ayam percik (which i always wanted to do, but i feel it's so renyah then we decided to just pay RM6 for it).

My favourite food this year which i will always buy without fail whenever i go to param is Takoyaki. Gila kan babe. 5 ketul takoyaki tu just for me alone! Another one is tepung pelita. Tapi tak seteruk last year la membeli tepung pelita kan.

I bet my sugar is sky high kot puasa ni. Asyik cari air manis. Entah bila nak insaf kan? Soon babe, soon.

Ok, this year the mid term exam for Ashraf is during this fasting month. and today is his last paper (Science and TMK). Ya Allah!!!! Dia punya dreaded nak belajar. Mentang-mentang puasa. I'm turning into "mak ko ijau" every single day for the past 2 weeks!! Nangis!! Tapi memang belajar untuk redha with his result outcome. Dia dah la puasa, exam lagi, belum masuk kelas robotik, dan whatever kerja kursus kena buat which carries 40% for his mid term. I almost give up. Nasib baik today last paper.

Kerja kursus.... Apa kes budak baru darjah 4 dah ada kerja kursus nak kena buat? Sampai dua subjek ada kerja kursus. RBT kena buat jambatan. Cousework 4 orang. But workload tak sama rata. And being Ashraf, of course he questioned on the pembahagian tugas. I just told him that for now, since it is just school project, and you are still young, just do it because it will affect your marks as well. Tapi bila kau masuk uni, kalau ada kawan coursework kau buat perangai haram macam tu, sila jumpa lecterur kau dan report. Senang2 goyang kaki ye, lepas tu kau nak score 4.0? Podacit!

Ok la RBT dapat tahu sebulan sebelum midterm. Ample time to discuss, plan and make it happen. TMK?? Exam bermula hari Khamis, dapat tau kena buat scrap book hari isnin ke selasa. Dan kena hantar hari Isnin (during exam). Bayangkan nak suruh mamat tu study Pemahaman Penulisan BM dan buat buku skrap?? Ko ghase??? Last2 I just text in their class wa group, tanya bila due date actually sebab tetiba ada 2 date anak bagitau. Alhamdulillah, finally the teacher said to submit on Monday after exam week. So, dia masih belum merdeka hip hip horay la. Balik petang ni dia kena buat buku skrap TMK dia.. Sebab esok sabtu dan ahad mama dah ada plan nak cari baju raya derang.

Know what? Dia kalau ada kerja ke projek ke.. I never help him. I just provide him with all the things he needs. Gave him some idea whenever he's blur. But i don't do it for him. Cantik tak cantik belakang kira. Sometimes bila presentation, balik tu dia ada masa rasa down cakap dia punya tak cantik macam kawan punya. But he found out kawan tu ada mak ayah abang kakak tolong buatkan. Hmm.. So i just tell him, regardless how nice or how bad his project turn out to be.. I am the proudest mom on earth. Dia tak faham. Tapi kena cakap. I told him that he made that himself. He should be proud of himself too. Tough parenting, no? Ada aku kesah?

Oh, semalam saja2 suruh dia sit for the Permata UKM exam tu. being a typical mom, aku ingat dia tak boleh buat. Sekali dapat sijil penyertaan kau! Memang speechless. Hehe. Nak dapat sijil penyertaan tu ada minimum score. Nak tau dapat ke peringkat seterusnya UKM2 tu, kena tunggu bulan 8 ni baru result keluar. Cross finger. Hahahaha

Ok la, panjang pulak bebelan kak Ecah arini. Sesekali posting kan, tu meroyan.

Signing out.


No comments: