Kisah Ramadan.. Yang mungkin aku tak boleh nak luahkan di whatsapp group.. Atau di FB.. demi menjaga kemashalatan sesama kawan. Cewah ayat power lah konon!
Aku memang sokong apabila solat terawih ni mak ayah bawa sekali anak-anak mereka untuk membiasakan mereka dengan suasana masjid, surau, terawih itu sendiri.
Tapi bila kau duduk dalam komuniti kondo, surau tu kat common area kan. Terawih pun buat 8 rakaat. Selepas tu ada tadarus. So lepas terawih tu, mak mak ayah ayah mula bertadarus. Alhamdulillah. Tapi ya ampun... setiap malam tepat jam 9.30 malam, budak2 semua macam terlepas zon kawalan. Hahaha. Dan berlarutan sampai 10 lebih setiap malam. Main kejar-kejar, panjat meja, lari-lari dekat pool, terjerit-jerit sebab super excited.
Setakat ni, aku biaq pi je. Rilek la setahun sekali. Tapi bila geng mereka dah makin ramai, kena pula semalam aku sakit kepala gila babe, dan memang mencari bantal untuk disorongkan kat kepala aku yang berat berkilo-kilo ni... Sakitnya hati aku Tuhan je yang tahu!
Kalau aku tembak dalam wa group kan, ada pihak2 yang reply, adat la hidup berjiran. Kena la give and take. Tapi.... Aku je ke yang kena ikut adat? Apa salahnya lepas terawih tu mak mak ayah ayah pesan kat anak tu, makan moreh duduk elok2 lepas tu balik rumah terus atau datang duduk balik kat surau tepi mak ayah nya. But again, this is just my personal ramblings, due to my headache. Oh anak aku pun terjebak sekali aritu, soh balik dia kata tak puas main. Silap besar kau tengah periksa, so kau memang cross limit dengan hulkbuster ni. minggu depan ni aku bagi la dia turun hari-hari pun. Hang dah free from books for 2 weeks kan.
Kak Ecah signing out with love
No comments:
Post a Comment