Thursday, February 17, 2011

Air sejuk boleh kuruskan badan?

Pernah tak dengar orang cakap yang air sejuk boleh menguruskan badan? Yang biasa didengar, tak elok minum air sejuk kan? Aku pun pada mulanya, macam tak percaya. Tapi banyak artikel dan research yang dah ada dalam internet ni.

Tapi kita bukannya disuruh minum air sejuk atau air batu tu. Kalau kita buat, kalori yang dia bakar pun sikit. Lagipun, orang tua selalu pesan, tak elok untuk urat-urat dalam badan kita kan?

Artikel yang aku jumpa dalam  internet menyatakan, mandi dengan air sejuk boleh membakar kalori dalam badan. Sebaik-baiknya mandi dengan air sejuk terus, tapi kalau tak tahan sejuk, mandi dengan air water heater tu, 10 minit terakhir baru mandi air sejuk.

Bila kita mandi dengan air sejuk, sistem badan kita akan terkejut dan terus berada di dalam hipotermia state. Bila ini berlaku, sistem badan kita akan terus bekerja untuk mengawal suhu badan kita supaya kita tak lah sejuk kan. Jadi bila badan bekerja, kalori pun dibakar la ^_^ dan dikatakan, bila kita dalam hipotermia state ni, proses ni akan berlansung almost 3 jam. Tak tau lah kenyataan ni logik ke tak, tapi bila aku kaji semula mungkin ada logiknya.

Masa zaman aku sekolah rendah dan menengah, rumah aku tak ada water heater. Sekolah pun sesi pagi, jadi kena lah siap awal kan. Bas sekolah sampai 6.45am maka bangun mandi dalam lebih kurang pukul 6pagi. Mandi pun air sejuk yang pastinya ter kat mata dulu, lepas tu kaki, agak-agak dan sedia baru curah satu badan. Badan pun segar untuk ke sekolah kan bila mandi air sejuk ni. Badan aku pun, takde lah berat berlebihan masa tu, fit je.

Lepas SPM, rumah dipasang water heater. Jadi harus lah setiap kali mandi, water heater on kan. Takde lagi mandi air sejuk kecuali tengah hari yang panas buta tu. Hmm, yang pertamanya, badan kurang segar ke kelas. Yang keduanya, badan memang naik sikit. Ye lah, exercise pun tak kan. Makan walaupun sama je, tapi badan naik.

Jadi ada logiknya kenyataan air sejuk ni boleh kuruskan badan (pada pendapat aku lah).
Dan selalu dapat email sunnah Nabi kita, mandi air sejuk sebelum subuh masuk kan :)

Apa pandangan korang?

4 comments:

Lin Ghazale said...

Seorang hamba Allah bagitau aku, mandi air sejuk mmg bole kurus badan. Rasulullah pon buat katanya. Cuba kau google dari segi islam ni plak.

Rose said...

Hehe I think the benefits yang kau listkan tuh mmg menarik especially:
1) Rasa segar
2) Burn extra calories

Tapi seperti biasa, no pain no gain laa kan ;)

aieesha.salleh said...

Lyn: Hmm tu la. aku belum google, nanti aku search ek. Tapi email banyak lah yang aku dapat. Selalu yang title "Amalan2 Rasulullah" - yang cite cara makan, cara minum dsbg :)

Rose: Yup, no pain no gain. But when there a 2 y.o. in the house, chasing him around pun dah fenat :)

intan rose said...

sunah nabi muhammad s.a.w