Rasanya aku akan cuba susunkan berdasarkan jadual sehari lah ye. Takut ada yang tertinggal :)
- Sarapan: Bangun je pagi, mak dah sediakan sarapan (milo panas cicah with biskut atau roti).
- Mandikan baby : Minggu pertama, makcik urut atau suami yang mandikan, aku tengok je. Kami mandikan baby atas meja, sebab makcik urut tak kasi aku cangkung2 lagi. Jadinya, aku / mak akan berulang ke water heater, isi air dalam jug dan fill air suam tu ke dalam baby tub. Mandi pun sekejap je lah, baby kan. Selepas mandi, mak aku akan buang air dalam tub dan simpan barang2 mandi tu (TQ Mama) dan aku akan siapkan baby.
- Siapkan baby: Selepas dah lap-lap badan anak aku tu, aku akan tuamkan keliling perut dan pusat baby. Kemudian aku tuam telur dia (according tu mak bidan tu, kalau boy, kena lah bertuam lama sikit dari girl.. so aku menuam anak aku sampai dia 5 bulan kot?), dan last tuam tapak kaki dia. Sambil tu baca la apa yang patut, Bismillah ke, Selawat ke. Aku tuam guna apa? Ok, kalau takmo beli yang kat kedai tu, buat sendiri. Guna la good morning towel tu, masukkan lah jintan sikit, lada hitam sikit. Kemudian ikat ala-ala uncang guna rubberband atau apa2 pengikat. Panaskan kat seterika baju tu, dan test kat tangan kita sendiri. Ala-ala suam camtu, tuam lah baby. Jadinya, semasa menuam ni, seterika tu on la. Each spot, aku panaskan uncang tu sekali. Ataupun, kalau takmo lada hitam segala, buat je uncang berisi garam kasar.. Lepas tuam-tuam, aku sapu minyak telon, dan pakaikan pampers dan baju dia. Kemudian terpulang lah nak sapu bedak atau lotion. Doctor tak kasi sangat bedak sebab ada ingredient yang quite keras untuk baby. So aku guna cornstarch powder instead of baby talc. Talc ni kot yang cancerous tu. Selepas dah wangi baby tu, bagi la dia minum susu.. Lepas mandi, baby lapar kot?
- Sesi mengurut: Bila mak bidan sampai, dia akan suruh aku bertangas dengan akar kayu dulu (pasal tu tak mandi lagi). Agak2 30 minit dah bertangas, aku mandi. Kemudian baru lah sesi mengurut. Mak bidan akan stop kejap2 bila anak aku menangis. Lapar 2 jam sekali anak aku. Bertangas ni elok, release stress, kecutkan rahim, macam-macam lah. Lepas dah berurut bagai, aku akan berbenkung lah dan makan tengah hari.
- Lunch: Menu lunch aku adalah nasi putih (tak sukat ok), pegaga, ikan tenggiri bakar with lada hitam, sambal ikan (kering yang macam serunding). Semua feveret aku.. hihi. Sampai suami pun makan lauk pantang walaupun ada lauk best. Kadang-kadang ada la sup segala.. Minum pun tak bersukat, sebab dah bertangas, badan dehydrate. Selain air suam, aku minum air barli with halia. Kadang-kadang, air longan kering (tambah susu kot).
- Petang: Free time. Aku akan duduk di hall tengah dan melipat baju aku 3 beranak. Takkan nak soh mak aku lagi kot. Ini pun, atas meja, duduk atas kerusi sambil berlunjur atas kerusi depan.. Konon dah dipesan jangan bersila, tapi sebenarnya takut benang terbukak. Hahaha. Kemudian aku akan tengok tv ke tidur ke..
- Mandi baby: Agak-agak dah 4.30 ke 5 ke, aku akan mandikan baby sekali lagi. Best sebenarnya sebab time mandi ni time bonding session jugak.
- 6pm - 12pm: Ayah dia akan take over jaga dia, while aku akan rest and what not.
- Mid night - 6am: Kami bergilir-gilir bangun buat susu untuk anak. Tapi aku akan amik turn kul 4am, sebab kasi can hubby nak tidur nyenyak sikit.
- Pagi: Bermula lah semula rutin di atas :)
1 comment:
Satu perkongsian yang menarik..;)
Post a Comment