Friday, April 15, 2011

Baby List

A dear friend asked me an advice on baby shopping list. I think she's about 5 or 6 months pregnant now.. kot  ^_^. Every person has a different ways of preparing the list. But maybe you can use mine as a guidance - di mana yang sesuai :)


So here goes:

Baby clothes: 
  • It's ok if you want to buy new born clothing, but not too many of it. Your newborn might outgrow it within the 1st week! Macam Ashraf, baju newborn sempat pakai beberapa hari sahaja sebab dia kan 3.6kg yang chubby. 
  • Some might advice you to buy all 0-6months, but as a new mom, surely you don't want your bundle of joy jadi Mc Donald :) So what I did, I bought some in 0-3 months size, untuk dia pakai dalam sebulan dua. Then the 0-6 or 3-6months will be useful and just nice later on.
  • Banyakkan beli baju lubang-lubang tu and baju short sleve and shorts. Our place can be quite panas nowadays. Kalau kita pun tak tahan, lagi lah yang halus mulus tu. Takut kalau bungkus sangat, nanti dapat heat rash.
  • Baju tangan panjang pun harus ada untuk malam2. Baby tak boleh terlalu panas or terlalu sejuk.
  • On baby clothes colour scheme, I didn't know it was boy or girl until dia keluar. So we bought the safe colour, red, green, white, chocolate, but we did buy some in pink and blue - baby blue.
  • Masa bila nak beli? We started hunting for baju since i was 4-5 months preggie. Sebulan beli la 2-3 helai. :)
  • Pergi la Jusco, harga berpatutan dan banyak choice di situ. Kami juga beli napkin yang colour or design cantik-cantik tu. Konon untuk bedung la. Useful, after dia dah taknak bedung, kain tu jadi hankie dia - until now :) Kain ni juga berguna untuk lap mulut dia, cover muntah dia, and all sorts of function la. 
  • Baby towel perlu ada lebih. Sebab anak lelaki takut terpancut :)
  • Baby napkin makan tu pun perlu masa minum susu
  • Baby blanket. Untuk bedung, untuk time keluar dan banyak kegunaan lain.
Baby Cot:
  •  Ramai yang kata baby cot tu tak perlu. But for me, better train your baby dari awal. Kami beli baby cot yang lebar dia 3.5feet, maka besar dan boleh pakai lama. Boleh guna dari baby sampai 7 tahun (katanya). Invest lah yang berkualiti sikit sebab nak guna lama
  • Bila dah guna baby cot, harus ada netting tu. Netting tu beli kedai biasa2 boleh, yang putih labuh tu biasanya dalam RM90. Ini untuk elakkan nyamuk.
  • Mattress saya guna safe sound. Sebab dia ada lubang-lubang untuk air flow. Mengurangkan kes lemas semasa tidur. Dan ia adalah anti dust mite
  • Mattress sheet tu, beli lah a few. Sebab baby ni takut kerap muak susu :)
Botol Susu, sterilizer dan sewaktu dengannya:
  • Untuk botol susu, beli la yang BPA free. Setakat ni nampaknya botol yang tahan lama botol Avent. Botol dia perlu ditukar setahun macam tu, puting dia every 3-6 months. Kalau botol biasa, botol kena tukar 3 bulan sekali, puting pun 3 bulan sekali. Pastikan botol cukup. For me, dalam 6 botol tu kami dapat (ada yang free hehehe)
  • Flow botol ambil la new born. Dia ada flow 1,2,3,4.
  • Sterilizer pula, kami gunakan yang microware avent tu. Tapi saya cadangkan gunalah yang electric. Sebab bila travel senang. Daripada nak susah-susah rebus botol untuk orang malas macam saya, baik saya sterilize 2 minit tu :) puting dia pun tak mengeras rasanya.
  • Breast pump, kalau takde nak budget mahal-mahal, beli avent manual pump pun ok. Beli yang boleh dapat set bottle free
 Baby bottom balm, minyak telon, baby wipes:
  • Bagi saya, saya gunakan baby bottom balm jenama Angel Baby Bottom Balm. Ashraf memang tak pernah kena rashes, kalau kena pun sebab time tu alergik susu.
  • Minyak telon pula, rasanya minyak yu yee cap limau tu bagus. Cuma tak perlu sapu banyak, panas.
  • Grapewater tu untuk kembung perut. Tapi saya beli, ashraf tak lah minum sangat.
  • Baby wipes adalah harus :) 
  • Oh, baby oil pun beli la. Boleh sapu kat satu badan dia. Kulit baby ni kan sensitif.
  • Bedak pun beli juga. Elok untuk kasi badan dia tak gatal time berpeluh
Baby bathtub, mat, sabun:
  • Ni pun perlu. Baby bath tub, tak perlu yang mahal. Sweetcherry pun ok :)
  • Mat ni anakku ada jual, untuk nak siapkan dia lepas mandi.
  • Sabun guna la yang all in one no more tears :)
Pampers:
  • Untuk awal2, beli paket biasa dulu, test yang sesuai untuk anak. Macam kami, mula-mula guna fitti, lama tu cuba huggies, lama tu cuba drypers untuk siang, dan mamypoko untuk malam. 
  • Anggaran tukar pampers, masa baby ni baru, 2-3jam sekali tukar. Sebab dia kencing berak kan kerap. Dan untuk keselesaan dia juga. Mamy poko ni tahan la 6 jam, pasal tu guna malam. Tapi kalau baru2 tu, still kena bangun tukar 2-3 jam sekali.
Buaian:
  • Hehehe, saya tak ajar anak saya buai. Tapi saya belikan dia anakku punya letak atas lantai tu. Lupa nama. Tapi beli juga yang Fisher Price vibrator tu. Untuk depan family room.
Stroller:
  • Stroller ni pun bergantung kepada budget. Macam bagi saya, mothercare punya pun dah ok. Tapi si suami nak Bugaboo Bee sebab kami memang gunakan kerap dan nak simpan turun temurun. Harga tak yah cakap lah.. 
Susu:
  • Susu sebagusnya susu ibu lah. Tapi untuk yang tak bernasib baik macam saya, harus opt kepada formula milk. Saya gunakan S26 gold untuk 3 bulan pertama. Bila anak kurang sesuai lepas tu sebab 'panas', saya tukar ke Snow sampai dia setahun. Lepas setahun saya tukar ke Anmum. Tapi masa guna snow, tak pernah dia bontot merah or rashes or alergik susu. Bagus susu tu. Sekarang dah 2 tahun, saya fgun Dugro, tapi selepas semakgula.com, saya kena fikir lagi susu mana nak pakai.
Nanti ada lagi saya tambah ye. Dan petua-petua orang tua masa awal-awal jaga baby. Oh lupa, banyak yang pesan, basuh dulu semua barang-barang baby ni. Tips orang malas, basuh je guna washing machine. Masukkan dalam net tu, and guna baby detergent :) Jangan campur dengan kita punya baju kan.

Ok, nanti ada lagi saya update ok.

1 comment:

Shalyz said...

Thanks a bunch, dear... sangat berguna tips u nie... hehehe