- Kami terpaksa serahkan baby swift lebih awal iaitu minggu lepas lagi, memandangkan salesman tu kata, kalau lambat harga boleh turun. Ohoo, kami kalau boleh taknak lah kena tambah lagi kat bank.
- Semasa ketiadaan baby swift, kami meminjam sementara kereta sorento yang ada kat rumah shah alam. Kereta ni kereta kompeni arwah ayah, jadi guna dulu sebelum nak pulangkan ke kompeni tu.
- Tapi kereta sedan kami masih belum nampak bayangnya lagi. Kami faham, proses loan pun dekat 3-4 hari bekerja, order kereta guna VSO, lepas tu tengok achievement kereta kat line, kemudian proses PDI yang beberapa kali oleh beberapa pihak. Tunggu K1 approval, yadaa yadaa baru boleh register kenderaan kat JPJ. Hmm, panjang jugak proses. Tapi ini proses standard ye, bukan kompeni kereta ni lembab sangat pun.
- Kebetulan sorento pula ada lah buat hal sikit beberapa kali. Tengah memandu tu, kalau laju sikit, tiba-tiba enjin mati dan kami terpaksa ke tepi. Tapi setakat ni alhamdullillah, en. suami bawa dalam 60-80kmj sahaja.
- Kebetulan juga, satu hari tu nak balik kerja, kat highway, terserempak dengan baby swift atas jalan?? siapa bawak tu?? Hmm, SA hari tu yang bawak. Aik, belum ke used car lagi ke? Terus esok tu check bank segala. Ni lah susah kalau trade in guna SA, kalau trade in direct kat used car, terus dapat check. Hmm, lesson learnt.
- En suami pun telah ber-inquiry dengan SA tersebut. Katanya tunggu tauke used car tu nak settle kat bank. Jangan lama sangat, kang dua loan kami nak cover. Lagi pulak, apasal mereka ni dok stretching ye? hmm, kemusykilan lagi.
- Pagi ni pula, baru dalam 400meter berlepas dari guard house, sorento mati enjin. Kami tak berani nak ambil risk atas jalan raya time hujan dan jam pagi-pagi bila orang nak pergi kerja. Jadinya, kami konon nak masuk lambat. Turn out, kereta kena tow, dan kami tiada kereta. Terus EL.
- Mama datang dari ampang, nasib baik dia gi rumah pakteh. Saya dan Ashraf ikut balik ke shah alam, dan gunakan kereta naza ria pula sementara nak tunggu sedan tu. Nasib baik ada satu xtra.
Mari kita doa bersama-sama demi kesejahteraan pembeli :)
3 comments:
harap2 dapat disettlekan secepat mungkin .. InsyaAllah semua akan ok ..
wahai encik salesman - jangan menaikkan darah pn aishah sehingga beliau meletuskan laharan2 yg bisa menanahkan pangkal hempedu+duodenum anda - ianya siyes menakutkan - anda akan trauma selama 38 tahun, 5 bulan, 13 hari! so .. jangan .. jangaaaaaannn .. jangaaaaaaaannnnnnnnn .. uhuhu~
ok mepek :p
hehehe. itulah yang aku maksudkan ninna. Weh, hapdet lah weh
apa salesman camtu...tp kan,ada kwn aku cite,dia ckp mmg salesman mmg camtu,even kete baru pun,dia akan belasah dulu.kira mcm diorg la rasmi kan dulu.byk cantekkk kan.
tp,klu takde kete ni mmg susah la.nak ke mana2 mmg susah.insyaAllah,tak lama lg dpt la kete tu.mmg bagus la klu slalu folow up.klu tak,diorg ni take advantage la...
Post a Comment