Ya Allah, terasa kehidupanku bagaikan sesak di kala ini. Setahun ini, aku pasif. Semuanya tak menjadi. Sehingga begitu drastik, beberapa kali juga aku mula memohon pekerjaan yang kena dengan syarat permohonan. Tapi x berjaya. Mungkin bila kelulusan bidang IT, kena pula sudah hampir 6 tahun tidak bekerja, maka dianggap tidak updated. 😢
Terkejar-kejar menjadi supir anak, bila aku tukarkan dia dari sekolah 1 sesi kepada sek keb & kafa 2 sesi, sebenarnya aku ikut lelah, semput dengan rutin seharian.
Sakit otak memikirkan semuanya. Tapi setiap kali juga aku lawan.
Ya Allah, berikanlah aku satu semangat baru, lapangkanlah hatiku, luaskanlah rezekiku demi keluargaku, jauhkanlah kesakitan dari tubuh badanku.
Alhamdulillah, adik kesayangan mendapat pekerjaan baru. Biarlah janji dia bahagia, & dengarnya boss siap sediakan tempat tinggal. Jimat kos sewa bilik/rumah. Sekejam-kejam dan setegas-tegas aku dengannya, semua untuk kebaikan dirinya. Aku harap satu hari nanti, saat dia lebih matang, dia akan memahami. Selesai satu bahagian.
Aku berharap semuanya akan fall into its place mengikut waktunya. Ikut urutannya. Sesungguhnya DIA lebih tahu...
p/s: hanya mampu berharap, tawakal selepas semua usaha dah dilakukan
No comments:
Post a Comment