Showing posts with label Ashraf. Show all posts
Showing posts with label Ashraf. Show all posts

Sunday, September 10, 2017

Breakfast with AD 20170830


Both of them enjoying their breaskfast of... Maggi goreng 😂😂

Moment too good not to be captured

Monday, October 01, 2012

Baca Doa Tidur dengan Bangun Tidur tak?

Salam kasih sayang korang!!

Hehehe.. Hari tu, kawan lama saya ada bercerita pasal doa-doa.. Soalannya pasal ucapan Alhamdullillah, adakah kita ucapkan bila kenyang saja? Hmm, maka topik itu berlanjutan ke topik Bismillah, doa makan, doa tidur dan sebagainya.. Jadi tiba-tiba terasa nak update pasal doa-doa dan perkembangan anak bujang :)

Bila mengajar anak, saya tak lah advance macam orang lain.. Jadi saya mulakan dulu dengan nak buat apa-apa baca Bismillah. Oh, dan juga pakai baju seluar mula dengan belah kanan. So far so good, dia masih ingat dan praktikkan. Kemudian ajar dia pasal Alhamdullillah.. tapi yang ni, memang cuma praktik lepas makan or minum saja.. hehehe, takpe lah, dia kecil lagi.. perlahan-lahan kayuh maknya!!

Sekarang Alhamdullillah, dia dah boleh bacakan doa tidur untuk kami bertiga.. Kalau tak dulu memang kena baca sama-sama.. Ok, ini lah doa tidur yang dia dah boleh baca sekarang.. (ye saya mula yang pendek-pendek dulu)..


Bismikalla humma ahya wa amut


Hmm, sebagai ibunya, walaupun pendek, saya tetap berbangga dengan dia :) Lepas ni tiap-tiap malam nak dia je bacakan la ^_^

Kalau untuk kita yang dah besar ni, lebih mantap kalau kita tambahkan dengan ayat kursi, 3-Qul, oh dan pesan orang-orang tua, mengucap sekali sebelum tidur.. Mana la nak tau kot apa-apa kan.. Ayat kursi ni sebagai pelindung / pendinding diri..

Ada yang kata apa hebatnnya budak 5 thn baru pandai baca doa tidur? The thing is, baby saya ni year end babies :) Jadi walaupun ikut tahun dia nak masuk 5 thn, tapi dia baru nak masuk 4.. Dan, dia belum masuk mana-mana sekolah lagi.. Tiada peer pressure di situ :P Takpe, take your time sayang..

Lepas ni nak ajar dia doa bangun tidur pula.. Setakat ni pesan dia suruh baca Alhamdullillah saja.. Ok, ini doa untuk bangun daru tidur ye:

Alhamdulillahil-ladzii ahyaana bad'dama amaatanaa wa ilaihin-nusyuur

Ok nanti kita lihat perkembangan selanjutnya ya.. setakat ni doa makan pun dah ok. Cuma kadang-kadang dia combined doa tidur dan makan, dan akan jadi bismikallah hummaa bariklana.... terus kena sergah! nasib la nak, mak kamu garang kan..

Monday, August 08, 2011

missing the moments

sesungguhnya aku amat merindui saat-saat Ashraf masih chubby. tatkala dia membesar sihat dan kuat, dia semakin tinggi dan kurus. Alhamdullillah, tak ada lagi yang kata "anak kau besar", "kau tak takut dia obese ke?". dan setiap kali itulah aku akan memberi jawapan klise seperti "tengoklah mak bapak dia". Hmm. bila tengok gambar lama dia, terbayang lemak-lemak baby dia yang dah semakin menghilang. apakah ini tanda untuk dapatkan baby baru? oh tidak.. ini cuma satu saat, yang aku rindu.. memegang anak yang chubby :)

With Izz Muhammad Iman, Wafaa's precious boy during family day few years back

Friday, July 22, 2011

Bila ashraf mula memasak :P

Semalam buat pertama kalinya, aku membenarkan ashraf "menolong" di dapur - with his father's knowledge.

Ceritanya bermula apabila dia nampak aku mengupas bawang, mushroom etc (nak buat spageti). Kemudian, dia nampak aku dok keluarkan spageti nak boil. Sibuk nak tolong keluarkan dan segala. Kemudian bermula sesi di dapur, yang mana mak masukkan bahan-bahan, dia sama sibuk. Aku pun terus bagi mushroom suruh dia masukkan. Siap pesan, "Ashraf jaga tangan tau, periuk panas ni". Terangguk-angguk kepala sambil mulut kata ok.. hehehe. Kelakar rasanya.

Petang tu, bangun je dari tidur, dia menangis nak mushroom soup. Haa, sudah. Sekali aku tengah keluar tin, nak prepare barang, dia dah tarik stool letak luar. Kemudian dia amik periuk kecik yang ringan (tahu pulak periuk mana nak masak sup dia). Lepas potong2, dok gaduh nak masukkan bahan-bahan semua. So aku berdiri tepi, pas dia bawang, dia masukkan. pas lah mushroom semua, dia masukkan. aku cuma masukkan sup pekat tu je. ekekek. Kira memang dia lah yang masak. Dan dia lah yang makan. So proud of him :) aku cuma supervise dan instruct. Harapnya sampai besar lah dia macam ni - doa mama ni ashraf. bukan apa, rasanya kalau yang simple2 ni, nanti bila besar kalau aku ada hal atau tak sihat, dia boleh tolong. Ayah dia pulak, terus cakap weekend ni buat cake chocolate ke cupcakes ke muffin ke, and ajak ashraf buat sama-sama. Hmm green light dari papa dia dah dapat. Suka aku.

Happy jugak kalau ayah dia agree apa aku buat. Dia siap kata, basic survival takyah nak jaga-jaga sangat takut panas etc. Nanti biar besar dia pandai semua. Ye lah, kekadang mak-mak (esp zaman aku kecik) tak kasik anak lelaki buat keje-keje umah. sebab itu keje pompuan, ataupun takut mereka tak reti. Mak-mak moden zaman aku jadi mak ni, belasah je tak kira lelaki pompuan. Benda tu basic things kan. Kalau anak pompuan nanti pun, aku nak ajar tukar mentol, repair barang rosak, tukar tayar (soh tengok time orang tukar tayar dan teori lah). Aku taknak nanti yang pompuan kata, tukar tayar ni keje lelaki. Oh tidak, perempuan pun harus tahu tukar tayar ok.

Ok, topik dah terbabas. Apa-apa pun, i had great time with anak yesterday, preparing our meal :) TQ Ashraf.

Sunday, April 10, 2011

Perbualan kami dan anak

Anak tengah tengok ben10 alien force kat cartoon network. Dah pukul 7petang dah ni.

Kami: Ashraf, jom kita tutup ben ben10 lepas tu kita mandi dulu jom
Anak: Ashraf nak ngok ben ben10 papa. Pi papa, Ashraf nak ngok B (Ashraf nak tengok ben10 papa. Tepi papa, ashraf nak tengok tv)
Kami: Ala Ashraf, jom lah mandi. Nanti lepas mandi tengok lah balik.
Anak: Malam ni tayah andi (Malam ni takyah mandi)

Boleh macam tu?? Satu lagi:

Dalam kereta kat subang, berhampiran nursery
Kami: Ashraf, papa dah bawak baju school. Papa hantar Ashraf nursery ye
Ashraf: Eh janganlah. (buat muka kesian)

hahahahaha

Friday, November 12, 2010

Bila dia tak nak makan

Aku mengalami satu masalah dengan Ashraf di mana dia tak nak makan. Lagi-lagi apa yang aku masak. Apekah masakan ibu dia ni tak sedap? Tak pulak, sebab sedap licin je kami makan. Sampai almost aku bertukar menjadi tarzan lah kat rumah tu. Cukup tertekan bila kat nursery nak pulak dia makan kan.

Sekali semalam nurseri kata, ashraf kalau makan nasi, dua sudu je dan simpan dalam mulut. So kami buat bubur semalam dan licin dua pinggan. Lega rasa bila dia nak makan. So, kami memang berada dalam satu fasa baru. musim baru. edisi baru: Ashraf kembali ke bubur ayam, no more nasi and sup what so ever.

Aku pun alang2 pagi tadi hantar dia lambat, singgah la kami ke Mc D, dan aku order sausage egg mc mfn dan dia bubur ayam small size. Hasil nya: Bubur dia LICIN. Dan dirembatnya hashbrown aku. Dia kata nak nugget. Janji food goreng yang kecik2 semua dipanggil nugget ok. dan sebelum balik, aku beli satu lagi hashbrown untuk dia makan kat school, tapi dalam kereta dah tinggal setengah. berselera sungguh dia.

Dan aku, rasa relief yang amat bila tengok dia berselera macam tu. Biar lah, janji dia nak makan. So menu kami untuk esok: Bubur ayam. Nak buat yang ala2 Mc D lah. Yang terasa kuah ayam lebih dari bubur. Mari buat stock ayam ye.

Dari penuh tinggal separuh. And off he goes to the playground

LICIN. Ok sayur2 yang memang dia tak makan, aku lah makan kan.

Thursday, October 21, 2010

His Pictures on 7th October 2010

Pictures taken on the very day he is Two. Enjoice:

 From L to R (top to bottom):
  • With his birthday gift given by Mamatok
  • Him with Mamatok and his gift ^_^
  • Papa excitedly trying hard to unwrap the gift
  • Mamatok tried to unwrap 1st so carefully sampai tekun anak bujang memerhati :)


From Lto R:
  • At his birthday party (we celebrate at his nursery) - gambar sesat ni
  • Seems like Papa yang excited nak bukak gift dia.. Tak pernah dapat gift remote control car ke papa?
  • His Gift
  • Excitedly showing to mamatok ^_^


X.O.X.O

Friday, October 15, 2010

Angka Dua

This is the long overdue post. Ashraf hits the mark Two on 7th October 2010. ^_^

My little hero is now Two!! Wow, I am now a mother of a 2 years old boy. :) Am feeling sooo superlicious proud of my son. Dan seperti biasa, banyak perkembangan yang dia tunjukkan kepada kami. So milestone kami adalah:

Ashraf:
  • Dia memang habit sejak dulu, akan letak semula barang yang dia amik kat tempat asal. Good boy!
  • Dah pandai pakai kasut dan buka sendiri, but mostly being manja nak mama jugak :)
  • My wonderful little helper. Baju kotor akan ke bakul, boleh minta tolong pass barang dengan simple instruction (Tolong bagi seluar kat Papa, off he goes to Papa with the pants). Juga boleh membantu sikit2 di dapur ^_^ (kalau tak kasi, mau menjerit nanti)
  • Suka sangat minum vitagen, yogurt dan ribena.. Akan pandai minta kat mama with suara manja saying "Jom.. jom.. Na"
  • Swimming sudah menjadi rutin kami. Dan dia akan swim sendiri dalam adult pool (with his floats of course!)
  • Sudah pandai mengadu. Ada sekali tu, he asked me to call his dad and told him "Mama, Bab".. Opss.
  • Susu masih tak reduce. Hmm. Dia lepas makan pun still nak susu. Takpe, mama don't mind as long as you feel happy
  • Dah pandai bagitau nak Yak before he actually do business no 2. Shud i start potty training?
  • Macam mana budak besar ni tau masa ye? Tepat 8.30pm, akan di amik nyer remote astro and sebut mouse.
  • Dia dah pandai nak pilih duduk depan ke belakang dalam kereta. Usually, he will say no bila suruh masuk car seat. Hmm sayang, safety first please :) 
  • His officially tak perlukan Pacifier lagi!! Yee haa to all :)
  • Banyak lagi lah cerita dia. Yang pasti, dia betul2 menceriakan aku. Never thought i could be this attached to someone
Wordworld dia pulak:
  • Papa - Papa dia lah
  • Mama - ME ^_^
  • Ki - Atuk (my dad)
  • Ma - Oma dia (my mom)
  • MaTok - MamaTok dia (my MIL)
  • Mosh - Mickey Mouse
  • Atosh - Oh Toodles (mickey mouse juga)
  • Cucu - Susu 
  • Akan - Makan
  • Nna - Ribena
  • Gen - Vitagen
  • Gort - Yogurt
  • Aming - Swimming
  • Anni - Handy Manny
  • Yak - Business no 2
  • Epon - Handphone
  • Tuck - Truck
  • Bas - Bas
  • Car - Car
  • Tor - Motorsikal
  • elitoptet - Helicopter
  • Aeroplane - Aane
  • Bam - Abang
  • Kakak - kakak
  • Nti - Aunty
  • Yu yu - Love you
  • E yu - See you
  • banyak lagi lah, hehehe
On me as a mother:
  • Kena belajar untuk kreatif masak supaya ashraf nak makan. Macam mana ye nak kasi dia makan buah? Kat rumah taknak sungguh
  • Kena be more patience ^_^
  • Masih dalam stage belajar untuk menjadi a good mother :)

Friday, August 13, 2010

Ashraf's tantrum at school

Opps he did it again.

Sudah dua hari dia meragam depan nursery. How? Yesterday, he didn't want to come out from the car. Or should I say from his car seat! And I was alone yesterday since husband was on leave (masih terbatuk-batuk). After pujuk-pujuk him to come out and he decided it's ok to come out, i felt relieved. Tapi sekejap sahaja sebab lepas tu dia takmo masuk rumah nursery pulak. Mula lah he lentok-lentok lembik-lembik badan. Hoh, cabaran. Then he took my car key and hold me like crazy. So i ended up late to work sebab kena teman dia tengok playhouse disney di situ.

This morning, he did the same. Lucky his dad was around this time. Still.. Papa dia kena pujuk him, bawak play slide and all. Then bila dia nampak me trying to keluar pagar, he quickly ran to me sambil shouting "mama, mama". Oh no... Sure parah ni. He hugged me tightly and not letting me go. Gila parah ni. I took a deep breath, hugged him tightly and let Aunty Ani the babysitter took him away bawak masuk rumah. Sudah pasti lah dia meraung-raung dan melalak-lalak ok.

I know that tantrum 2 in coming soon in 2 months time. I have to be more patient now sebab kalau ini pun i takleh sabar, macam mana nak handle tantrum 2 ye?

Thursday, April 08, 2010

Him at 18 months

He is now 1 year 6 months old (semalam actually). Another 6 months, he will be 2 years old. My baby is now a toddler (dah 6 bulan toddler pun). I'm just being overly sensitive and excited with his development and progress :)
Being an active toddler, he really knows how to make his parents run around the house chasing after him. His development so far:
  • He now constantly knows what he wants, and must have it when he wants it. Contohnya, tengah-tengah malam time tidur tu, bila dia lapar, dia akan nangis pejam mata sambil tunjuk tempat susu dia. Haa, this has make my night much more easier since I don't have to buat susu then end up dia taknak minum kan. Contoh lain, dia tahu car dia ada 2 (dalam rumah satu, kat laman luar satu), so if he wants the one outside and you bagi yang indoor punya, dia akan berlari ke pintu sambil tepuk dahi (oh, why mama you don't get it what i want?). Tapi still under control cos you have to know how to trick him kan. Lesson he's learning now, you cannot always get what you want.
  • Gigi yang fully out masih ada 6. Yang halfway out ada 2. dan sekarang ada 5 batang kot baru nak keluar. (pasal tu kot selalu demam ek)
  • Been admitted twice to hospital (selang seminggu). First was due to broncapnemonia and the last was due to Acute Bronchiolitis. 
  • Everyday before going to school, he will jumpa Tok Ki and salam first. Then Olma. Then us both. When we drop him off at nursery, he will salam, kiss and high five us. Oh, and flying kiss us too. Best part, he will wait kat pintu grill tu dan tunggu kami sampai kami bergerak pergi. He will continuosly wave at us until hilang dari pandangan. So sweet.
  • Dia sekarang dah tau, lepas main dia akan simpan dalam bakul, lepas minum susu akan letak atas meja. Something he learns at his nursery.
  • Active as ever. Tapi dengar kata. Alhamdullillah. Sejuk perut mama :)
  • Laugh at me when I marah him. Ohooo, bahaya
  • When I cried, he pass me a few sheets of tissue. And pat me at my peha. Wow, romantic :)
  • When I sneeze and ask him, "Ashraf pass mama tissue please", he will look for the tissue box and again take out a few sheets for me. Boleh harap anak mama ni :)
  • Talks a lot!!! In his own language of course!! Rasanya tengah nak belajar cakap kot.
  • Loves to merry go round lari keliling meja. Meja bulat I tak risau. Meja 4 segi berbucu tu yang boleh buat i heart attack
  • Banyak lagi lah. More than words lah mama dia nak express pun :)
Just remember little one, mama and papa loves you so very much!!! Be a good boy ya :)

Love,
Mama

Tuesday, March 09, 2010

He is 17 Months Now

He hits the mark 17 on last Sunday. My oh my, in 7 months time he will hit the big 2. How fast time flies but don't care!! He will always be my baby.. My intan payung pengarang jantung :)

Updates on his progress will be posted in my other blog. Nanti dah update, will link it here

Ashraf,

I want you to know that both of us love you so much. You will always be our precious baby. We pray that you will grow up to be orang yang berguna kepada masyarakat, mama, papa and menjadi seorang yang alim dan beriman. Mama and papa will always wish the best for you. Mama and papa will try our best to be the best parents for you. Love you with all our hearts!!




Sunday, January 17, 2010

Our Sunday Activities

Him now - minum yougurt mesti nak duduk kat tangga

Since I have been sakit sakit badan since last week, I decided to go for a traditional urut session. Ini yang kasi betul urat murat punya ye. I called my mom's cleaner, dia ni pandai urut orang. So set appointment for urut session at home on sunday morning - 9 am.

Ohoo, mak sungguh ceria dan semangat, pukul 8 am dah bangun. Mandikan Ashraf (papa dia yang buat), siapkan ashraf and mandi ala kadar sebab nak urut kan. Kakak tu sampai kul 9.30am. So urut punya urut, our session finished at 12.30pm. Waaa, last massage I had was before masuk keje after pantang. So you just imagine how teruk my urat is. Gila semua dah keras sampai meletup-letup bunyi dia. Nangis wooo. 1st time urut nangis. sebab sangat sakit. Even kakak tu kata I'm not supposed to wait until this bad untuk urut badan. Waaa, peranakan pun dah turun sangat. Gila lah, kakak tu kena adjust 3 kali before sengkak balik rahim. ini pun nak ketap bibir wooo. lepas tu baru lah lega. fuhhh...

So standard orang lepas urut kan, penat. Tido sampai pukul 2pm. Lepas tu sesi bersiap kerana hari ini ada gathering dengan kawan-kawan skolah menengah. Gathering geng kami sahaja ye.

Yang attend: Ninna comel, Fiza (altho just touch down from Singapore malam tadi) and Ee the hottie preggie mama. Oh, Ee is 6.5 months preggie yet maintain kecik comel je. perut je naik. hehehe.. tak sabar nak tengok Ee junior keluar. So we snap snap pictures, gossip around and lepak and makan sampai tukar kedai ok. Ee balik awak sebab nak buat 3D scan. After Ee balik, we changed spot from Secret Recipe to Uncle K kat SACC Mall. Gambar ada few je di sini. Itu pun gambar Ashraf dengan Aunty Fiza. Since semua gambar adalah di dalam phone Ninna.

Malam pulak, kami (mie, ashraf and myself) makan kat Subway SA Mall. Thanks Ninna for the advise. Sedap Sedap. Sudah lama tak makan sampai lupa kesedapan dia.. Hihihi. Sampai En Mie terasa nak makan Subway for breakfast. apekah?? Ok, nanti lain kali kita update dengan gambar lebih ye.

Ashraf with Aunty Fiza at S.Recipe


Him alone S.Recipe - aunty Fiza bayar bill

Him at Uncle K

Wednesday, December 16, 2009

Ashraf dan Tangga

Just look at my cheeky son. Bila panjat tangga sangat laju. And when we carry him down, he will panjat again. Har har har. Penat ok naik turun teman dia. Tapi bila tengok gambar ni, aku tersenyum sendiri. He looks Sangat cheeky and happy. That's my boy, and I am proud of him :)



Friday, October 23, 2009

At home with Ashraf

Ashraf muntah 9 kali since 10pm last night. Semua keluar macam air and ada phlegm juga. Tapi pagi ni punya, muntah susu. As a mother, of course I am really worried now.

Mula mula ingat dia muntah sebab apa yang dia makan since 4 muntah yang pertama tu, ada sayur, ada kaler oren kuning semua lah and kahak. Lepas tu kahak sahaja. pagi ni susu sahaja pulak. So terfikir mungkin juga dia muntah ni sebab ada allergy makanan ataupun susu formula. Ye lah, dia baru tukar susu dalam 2 minggu lepas. Tapi kenapa baru sekarang yang jadi macam ni ye? Oh, perasaan adalah amat tidak tenteram pasa masa ini.. Kesian dia, lapar nak susu, dapat susu, and 1 hour later, bluwek..

Sekarang dia tengah tidur dengan amannya. Takpe lah, janji perut dia selesa.

Kalau saya nak tukar susu, susu apa yang korang nak cadangkan? Hari tu ada survey mamil gold tapi macam mak aih harga dia mencucuk ke langit. tapi kalau itu yang d best, harus saya usahakan.

"Hati ibu mana yang tenteram bila anak dia tak selesa"

Update at 4.30pm:
Tadi pagi call neseri cakap Ashraf tak datang sebab cirit, and kakak tu kata Amar and Maria pun cirit sama few days before.. 1st cirit is Kaisara. So kitorang terus jumpa paed. Tanya dia Ashraf ni sebab susu ke allergy ke ape jadi camni.. So doc kata mebi jugak sebab cirit2 tu.. sebab akak neseri pun terima nasib sama semalam. sian dia.. So untuk seminggu, anak bujangku minum susu mamex gold lactose free. dan petang ni no more cirit, just dia muntah sekali lagi.. ayoyo..

Monday, June 22, 2009

Apa??? Botol susu takde???

Hehehehehe... sila pejam mata dan bayangkan situasi ini...

Anda bangun pagi tadi dalam keadaan yang alangkah bestnya kalau hari ini cuti umum. Kemudian anda mandi dan terus bersiap siap untuk ke kerja.. alahai, hari ni hari isnin.. Masukkan barang2 dalam kereta, tukar pampers anak, agah2 dia kejap dan mulakan perjalanan.. Dalam hati anda mula terasa ada sesuatu yang amiss.. hmmm, ape ye? takpe, sila teruskan perjalanan.. Sampai depan nursery anak, anda hantar anak anda kepada kakak tu dan borak2 sikit dan terus byebye muah muah dengan si anak..

Anda teruskan perjalanan ke ofis. Sampai ofis, anda turun bawah beli makan.. Naik atas dan terus makan beramai2 dan berborak2. Lepas makan, duduk semua di tempat anda dan baru tergerak nak tengok telefon.. Oh dah pukul 9am.. Oh ada sms dan miskol.. Check miskol, alamak babysitter call lah.. check sms, sms berbunyi:

Botol susu Ashraf xde...!!!

Ape??? Check time anta, kul 7.59 pagi.. adoi... baru nak menyesal tak check telefon sebelum turun beli makan dan kenapa lupa nak matikan silent mode????

Itu lah kisah aku.. heheheh.. terus jadi F1 driver dan memecut balik umah, amik set botol nursery dan anta..

Fuhh, macam nak tercabut jantung!!!


X.O.X.O

Wednesday, June 17, 2009

Little hero and Rocco d cat

Wahhhhhh... Ashraf sekarang..... hihihii... Boleh? Masa nak anta dia gi school hari Isnin, si little hero ni dah pandai nangis2 takmo gi.. ambik ko!!! bayangkan nangis yang "mama, jangan tinggal daku" dalam suara sedih.. nangis mak!! ingatkan mood hari Isnin kan.. Sekali hari Selasa pun sama you!!!!

Akak nursery tu kata, Ashraf dah pandai membezakan nursery dia dan sanctuary dia.. muehehe, good boy anak mama!! Tapi seksa sikit lah kan.. Hari Selasa kan I yang baik hati ni MC. So hantar dia tu, dia dah nangis2 kan.. Akak nursery dah buatkan susu nak kasi minum, meraung ko takmo.. So Mama to the rescue lah kan.. Elok amik dia, dia diam.. Pastu kasi susu semua, baru dia ok.. Lama2 main ngan dia, baru dia ngam.. Macam mana ye kalau hari2 macam ni??? Erkk...

Hari ni dan esok, ayah dia lak MC. Sakit mata.. So dua hari ni, papa dia lah anta school.. Jap lagi nak telefon lah tanya cemana.. :)

Ashraf pun dah mula kuat makan.. Sekarang kalau makan nestum yang ada perisa buah tu, sekali makan 3-4 scoop.. good boy.. Mama dia tengah tunggu papa dia tangkap ikan salmon.. hahahha.. nak buat bubur salmon.. tabur sket ikan bilis hancur.. yummilicious..

Dan si kenit ni sekarang, kalau minum air masak, harus dalam cawan ok... Dalam botol takde hasilnya.. Dibuat main ada lah..

On Rocco story, hmm.. Semalam masa dia balik, kuar darah banyak kat hidung dan mulut dia.. darah ketul2 lagi.. Kami panik.. Mak aku bawak dia gi VET. VET kata dia kena hit and run lah.. dan tulang rahang dia dah terjongket ke atas.. tsk tsk.. Doctor kata kalau hidung berdarah ni takde harapan dan suruh kami be prepared.. So doctor kasi ubat stopkan bleeding.. Please pray for him ya!! If dia ada harapan, doctor kena jahit balik tulang rahang dia.. Sape yang langgar, masih misteri.. Yang pasti, semalam dia balik, memang bleeding teruk.. :( me cried.. sebab dia lah kucing yang teman aku tidur malam2 b4 aku kawin.. dia dah dok ngan kami since 2000.. dan dia adalah kucing kedua yang lahir dalam umah kami.. :( Aku harap dia kuat semangat.. doa kan dia ye kawan2..


X.O.X.O

Monday, June 08, 2009

Hari Isnin.. Ashraf.. Bercuti

Tiga title yang berbeza.. Hmm, rasa macam banyak benda nak buat right now.. Tapi apakan daya, aku pun tengah kegawatan ekonomi.. Dok tengah tunggu kot kot duit jatuh dari langit.. hehehe..

..Hari Isnin..
Hari ni kan Isnin kan.. Aku pun budget kuar awal pagi ni.. Ye lah, hari ni first day aku bekerja setelah hampir 3 minggu MC kan.. hehehehe.. macam berpantang lah pulak kan... Sekali ambik ko, jalan tak sibuk lansung.. Then it hit me!!! Cuti skolah.. hahaha.. Ciss... Tau aku bangun lambat lagi sikit.. huahahahah

..Ashraf..
Semalam dia dah 8 bulan.. Milestone dia di sini ok. Yang best, dia excited bila dapat hadiah.. yes, we bought him a baby high chair.. Suka dia dapat lepak sesama bila time makan, dia leh nampak kite direct dah kan.. No more looking up Mama!!! hehehe.. ni gambar dia sekeping buat tatapan..

..Bercuti..
Walaupun aku baru je masuk keje kan, aku sebenarnya tengah meronta-ronta nak bercuti!!! Nak tengok laut.. Nak tido hotel!!! Nak tenangkan fikiran.. Rasa serabut je now.. Nape ek?? Gawat kot?? Ntah laa kan.. Nak ajak Mr Suami, dia sure takmo gi PD sebab dekat kan.. Sure dia akan cakap penat kalau balik hari.. Haish!!! Nanti kalo dia ada golf ke apa ke, nak lari lah bawak Ashraf gi beach..

OK, itu saja for now...



X.O.X.O

Wednesday, May 13, 2009

Ashraf Demam

Note: Buat sesiapa yang tak percaya aku tengah bersusah payah menjaga kesihatan dan kebajikan anak aku kat rumah, dan ingat aku sedang berfoya2 di rumah menggunakan alasan anak tak sihat, sila lihat gambar di bawah:


Buat yang kenal aku, mereka tau yang anak aku tidur dalam baby cot.. So bila dia belayar atas katil aku, maknanya dia tak sihat!!

Kalau ye pun ada merasakan aku guna alasan anak sakit ke, agak2 lah.. Kalau betul aku tipu takpe.. Ni aku sendiri kepenatan tak cukup tidur.. Aku tau lah aku kena prioritize between family and job.. Tapi takkan nak tunggu anak aku *touch wood* kena severe sickness or kena sawan sebab demam baru nak pegi family first.. Masa tu tak guna dah deknon oiiii... Takde ubat dah..

Aku rasa aku kena further discuss dengan suami tercinta.. Whether I should stay working or quit my job.. Not fair untuk kompeni yang bayar aku jugak kalau aku selalu takde.. Tapi, anak aku memerlukan perhatian 100% dari aku buat masa sekarang.. Seriously.. Baby sampai umur 10 thn kena jaga demam dia agar tak cecah 40 temperature dia.. Kalau hit, wallahualam.. Berdoalah agar dia tak kena fitz..

Sekarang ni pun, setiap setengah jam aku check temperature dia.. Anugerah Allah ni akan aku jaga sebaik mungkin... bagi aku, tiada galang ganti harta benda dunia ni dengan Ashraf Danial buah hati aku..


X.O.X.O

Thursday, May 07, 2009

Ashraf is 7 months old today!!

My precious darling is growing up!! Dah 7 bulan dah.. Macam tak percaya.. and in few months time, he'll enter his toddler phase.. Ah, dan aku sangat tak bersedia untuk melepaskan dia ke arah itu.. Selfish?? No.. Just tak puas lagi melayan dia as a baby comel.. hehehe.. untuk details milestone dia, kat sini ok

Walaupun aku tak berpeluang untuk mengamalkan 100% natural parenting kepada anak bujangku itu, tapi it doesn't make me feel tak sempurna.. Bagi aku, tak semestinya kalau aku tak amalkan semua yang au natural pada si kecil aku tak sempurna.. I feel complete and proud of myself.. Kalau ada yang rasa tak sempurna tu, jangan la berfikiran macam tu.. Kasih sayang dan perhatian yang kita bagi pada si kecil tu yang penting..

Aku tak dapat nak fully BF anak bujangku itu.. Dari awal, memang sekali sehari dia dapat penyusuan yang kenyang.. lain2 tu, aku kena standby botol kat sebelah.. Lepas kerja pun, sebulan je aku dapat BF dia.. lepas tu, dia pun taknak dah.. dijuihnya aku ada la.. hihhi.. Tapi aku tetap berbangga dengan diri sendiri.. Ashraf membesar dengan sihat dan kuat jugak.. imun dia ok jugak.. So kepada ibu2 di luar sana, tak perlu rasa down and depress ok.. Dapat pregnant and beranak pun satu memori yang indah bukan? So, be positive ok..

Lepas anak bujangku dah 6 bulan, aku kasi dia makan nestle bijiran beras perang.. Ada yang bertanya, "tak buat bubur sendiri?" Hmm, aku buat jugak, tapi weekends saje.. Weekdays aku lebih suka serahkan tin nestle tu pada babysitter.. Lagipun, dalam tu pun banyak nutrisi kan? Mungkin ada yang ingat aku ni malas or moden, but aku rasa tak salah kan? Aku pun mak aku besarkan dengan mende2 ni, ok je.. jadi orang jugak kan?? :) Aku slowly kasi dia rasa makanan yang proper (as certain says) which is masakan mama dia laa.. Ni dia dah 7 bulan, boleh la mix and match makanan dia kan, which i know the main ingredient is still baby rice .. hihihi.. *kecik2 dah rasa fast food ye Ashraf*

On me, aku masih menunggu period ke-3 ku.. Tak sampai2 lagi ni.. Dia transit mana laa kot dulu ni ek.. Rancangnya, datang period ke 3 ni, aku nak guna Jasmine.. Dah beli pun.. tapi bendera merah tu traffic jam kot? hehe..

I am a proud mother of Ashraf.. He's as healthy and as cute and chubby like other babies.. Walaupun belum merangkak, bagi aku, he has his own development phase dan aku berbangga dengan perkembangan dia..

Anak mama sayang,
selamat membesar ok.. Happy 7 months birthday.. Mama pray only the best for you ok.. Besar mana pun Ashraf nanti, you are still my little baby!! :)


X.O.X.O

Monday, April 20, 2009

Vote for Ashraf


Please vote for baby Ashraf!!

Click here and drop a comment there by typing:
BCC_boy's_13_5 bintang

Votings start from 17th April 09 till 23rd April 09.. Results will be post there on 24th April 09!!
Wish me luck ya aunties and uncles :)

Thank you all.. muahss

*****************************************

Sila undi baby Ashraf!!!

Klik di sini dan tinggalkan komen kat sana dengan menaip:
BCC_boy's_13_5 bintang

Undian akan dibuka bermula dari 17hb April 2009 sehingga 23hb April 2009....pengumuman pemenang akan dibuat pada 24hb April 2009....

Doakan saya ye aunty aunty uncle uncle semua :)

X.O.X.O