PAST::PRESENT::FUTURE
By Aieesha.Salleh
Friday, June 01, 2018
Kisah Ramadan
Aku memang sokong apabila solat terawih ni mak ayah bawa sekali anak-anak mereka untuk membiasakan mereka dengan suasana masjid, surau, terawih itu sendiri.
Tapi bila kau duduk dalam komuniti kondo, surau tu kat common area kan. Terawih pun buat 8 rakaat. Selepas tu ada tadarus. So lepas terawih tu, mak mak ayah ayah mula bertadarus. Alhamdulillah. Tapi ya ampun... setiap malam tepat jam 9.30 malam, budak2 semua macam terlepas zon kawalan. Hahaha. Dan berlarutan sampai 10 lebih setiap malam. Main kejar-kejar, panjat meja, lari-lari dekat pool, terjerit-jerit sebab super excited.
Setakat ni, aku biaq pi je. Rilek la setahun sekali. Tapi bila geng mereka dah makin ramai, kena pula semalam aku sakit kepala gila babe, dan memang mencari bantal untuk disorongkan kat kepala aku yang berat berkilo-kilo ni... Sakitnya hati aku Tuhan je yang tahu!
Kalau aku tembak dalam wa group kan, ada pihak2 yang reply, adat la hidup berjiran. Kena la give and take. Tapi.... Aku je ke yang kena ikut adat? Apa salahnya lepas terawih tu mak mak ayah ayah pesan kat anak tu, makan moreh duduk elok2 lepas tu balik rumah terus atau datang duduk balik kat surau tepi mak ayah nya. But again, this is just my personal ramblings, due to my headache. Oh anak aku pun terjebak sekali aritu, soh balik dia kata tak puas main. Silap besar kau tengah periksa, so kau memang cross limit dengan hulkbuster ni. minggu depan ni aku bagi la dia turun hari-hari pun. Hang dah free from books for 2 weeks kan.
Kak Ecah signing out with love
Ramadan Kareem 2018
Assalamualaikum all..
Hari ni adalah hari Ramadan ke 16. Alhamdulillah dah 16 hari kita berpuasa kan. Pejam celik dah setengah bulan.
Tahun ni masih macam biasa, mostly i cooked at home. Kalau nak makan di luar, we will have a light meal then later keluar gi kedai makan. So far we only go to PARAM just to buy some kuih, or ayam percik (which i always wanted to do, but i feel it's so renyah then we decided to just pay RM6 for it).
My favourite food this year which i will always buy without fail whenever i go to param is Takoyaki. Gila kan babe. 5 ketul takoyaki tu just for me alone! Another one is tepung pelita. Tapi tak seteruk last year la membeli tepung pelita kan.
I bet my sugar is sky high kot puasa ni. Asyik cari air manis. Entah bila nak insaf kan? Soon babe, soon.
Ok, this year the mid term exam for Ashraf is during this fasting month. and today is his last paper (Science and TMK). Ya Allah!!!! Dia punya dreaded nak belajar. Mentang-mentang puasa. I'm turning into "mak ko ijau" every single day for the past 2 weeks!! Nangis!! Tapi memang belajar untuk redha with his result outcome. Dia dah la puasa, exam lagi, belum masuk kelas robotik, dan whatever kerja kursus kena buat which carries 40% for his mid term. I almost give up. Nasib baik today last paper.
Kerja kursus.... Apa kes budak baru darjah 4 dah ada kerja kursus nak kena buat? Sampai dua subjek ada kerja kursus. RBT kena buat jambatan. Cousework 4 orang. But workload tak sama rata. And being Ashraf, of course he questioned on the pembahagian tugas. I just told him that for now, since it is just school project, and you are still young, just do it because it will affect your marks as well. Tapi bila kau masuk uni, kalau ada kawan coursework kau buat perangai haram macam tu, sila jumpa lecterur kau dan report. Senang2 goyang kaki ye, lepas tu kau nak score 4.0? Podacit!
Ok la RBT dapat tahu sebulan sebelum midterm. Ample time to discuss, plan and make it happen. TMK?? Exam bermula hari Khamis, dapat tau kena buat scrap book hari isnin ke selasa. Dan kena hantar hari Isnin (during exam). Bayangkan nak suruh mamat tu study Pemahaman Penulisan BM dan buat buku skrap?? Ko ghase??? Last2 I just text in their class wa group, tanya bila due date actually sebab tetiba ada 2 date anak bagitau. Alhamdulillah, finally the teacher said to submit on Monday after exam week. So, dia masih belum merdeka hip hip horay la. Balik petang ni dia kena buat buku skrap TMK dia.. Sebab esok sabtu dan ahad mama dah ada plan nak cari baju raya derang.
Know what? Dia kalau ada kerja ke projek ke.. I never help him. I just provide him with all the things he needs. Gave him some idea whenever he's blur. But i don't do it for him. Cantik tak cantik belakang kira. Sometimes bila presentation, balik tu dia ada masa rasa down cakap dia punya tak cantik macam kawan punya. But he found out kawan tu ada mak ayah abang kakak tolong buatkan. Hmm.. So i just tell him, regardless how nice or how bad his project turn out to be.. I am the proudest mom on earth. Dia tak faham. Tapi kena cakap. I told him that he made that himself. He should be proud of himself too. Tough parenting, no? Ada aku kesah?
Oh, semalam saja2 suruh dia sit for the Permata UKM exam tu. being a typical mom, aku ingat dia tak boleh buat. Sekali dapat sijil penyertaan kau! Memang speechless. Hehe. Nak dapat sijil penyertaan tu ada minimum score. Nak tau dapat ke peringkat seterusnya UKM2 tu, kena tunggu bulan 8 ni baru result keluar. Cross finger. Hahahaha
Ok la, panjang pulak bebelan kak Ecah arini. Sesekali posting kan, tu meroyan.
Signing out.
Tuesday, February 13, 2018
Second month of the year
Wow. It's already mid February. Time flies.
I am still adjusting my daily routines. Oh well, it's for the kids anyway. Korang kalau dah besar panjang ada awek, lepas tu kiasu awek jadi priority, mama hempuk sorang2 biar sel otak berhubung.
Satu pusingan besar di Shah Alam ni aku buat 2 kali sehari. Silap2 3 pusingan. Ini je menyebabkan keletihan melampau. Not including my viewings, trips to office & trip meyimpang 😂
Telefon ni pun skrin dah minta baling ni. Ok stress. Line u-m****le pun sama. Ok jom nangis kuasa dua 😂😂
Monday, November 20, 2017
Hello Monday
Salam Monday buat semua 😍😍
Budak budak bermalasan atas katil.. Kasi can lah, exam pun dah selesai..
Mak budak tengah staring at 1 bakul baju nak gosok. Where's my genie in the bottle?
Bapak budak dah keluar mencari rezeki, dah tu takkan nak duduk rumah ye tak..
Hari ni tiba-tiba terasa nak cat satu rumah warna grey. Lepas tu tukar semua lampu putih. Dalam banyak2 argument kami masa siapkan rumah, lampu yang sampai sekarang masih tak seirama. Aku nak daylight, dia nak warm white. OMG, lampu kuning sangat menyakitkan mata 😣😣
To do list panjang hari ni sebenarnya. Tapi mood ke laut Andaman dah rasanya.
- nak prepare dua tenancy agreement
- nak vakum rumah sri alam sebelum serah kunci kat tenant
- nak pass kain baju melayu kat tailor untuk tadika adam
- baju delicate aku tak kuasa nak basuh tgn so meh masuk mesin
- rearrange bilik budak. No more sleeping with mama, go sleep in your room
Ni lah dulu untuk hari ni. Malas nak fikir banyak2.
Ok, adios all. Sarapan apa ya pagi ni
Sunday, November 19, 2017
Mengikut waktu
Ya Allah, terasa kehidupanku bagaikan sesak di kala ini. Setahun ini, aku pasif. Semuanya tak menjadi. Sehingga begitu drastik, beberapa kali juga aku mula memohon pekerjaan yang kena dengan syarat permohonan. Tapi x berjaya. Mungkin bila kelulusan bidang IT, kena pula sudah hampir 6 tahun tidak bekerja, maka dianggap tidak updated. 😢
Terkejar-kejar menjadi supir anak, bila aku tukarkan dia dari sekolah 1 sesi kepada sek keb & kafa 2 sesi, sebenarnya aku ikut lelah, semput dengan rutin seharian.
Sakit otak memikirkan semuanya. Tapi setiap kali juga aku lawan.
Ya Allah, berikanlah aku satu semangat baru, lapangkanlah hatiku, luaskanlah rezekiku demi keluargaku, jauhkanlah kesakitan dari tubuh badanku.
Alhamdulillah, adik kesayangan mendapat pekerjaan baru. Biarlah janji dia bahagia, & dengarnya boss siap sediakan tempat tinggal. Jimat kos sewa bilik/rumah. Sekejam-kejam dan setegas-tegas aku dengannya, semua untuk kebaikan dirinya. Aku harap satu hari nanti, saat dia lebih matang, dia akan memahami. Selesai satu bahagian.
Aku berharap semuanya akan fall into its place mengikut waktunya. Ikut urutannya. Sesungguhnya DIA lebih tahu...
p/s: hanya mampu berharap, tawakal selepas semua usaha dah dilakukan
Thursday, September 28, 2017
Curiosity kills the cat
Astaghfirullah..
When someone accidentally blurted out the exact amount they charge, but another said that there's no hidden charges, maka terdetik satu perasaan curiosity.. What happen to the differences.
It's not the matter of the amount to pay, but when you know there's a difference, it itches you to know 😂
But knowing how sincere the person is, which is a very nice person, I feel guilty to ask. But it's really tempting to know.. I really want to know the breakdown.. I mean c'mon, it's for the team benefit kan.
RM 10 sebulan, banyak tu. Setahun dah RM120 seorang
Acaner tu?
I think what really triggers me was, that extra should be put to good use. Kids meal for breakfast during events, or transportation if needed one day. Or maybe I am so kiasu and kan chong, that I counted every cent of it? I mean, it's really hard to earn monies nowadays. I struggle to meet both ends, so I think I deserve to know the structure or breakdown don't i?
Again, i am not complaining on the amount to pay. I myself would be pissed off if someone ask me the exact details of how I charge my cakes. But there's akad and you agree to it. Anyway, with all prices has gone up, x untung mana pun weh since i never increase the prices yet.
Cuma bila dikatakan fee sekian sekian, i thought all goes to the trainer, but oh well.... Maybe if there's an admin charges of rmxx, they should declared so those paying x tertanya tanya.
Signing out 😘😘
PS: bahaya bila sesuatu itu menimbulkan syakwasangka.. & bila terdetik, maka syaitan mula memainkan peranan mereka. Astaghfirullah. Semoga Allah ampunkan dosa aku, akibat terdetik perasaan begitu.