Start bulan Ramadhan hari tu, aku dah mula slowly taking orders untuk raya. Memang permulaan yang kecil, but i found out that baking gives me some therapy. Stress-release gitu.
Asalnya cuma untuk kudapan sendiri, bila tetamu datang ada yang cakap buat la, nak beli. Masa tu masih segan lagi. Kemudian, sambutan hari guru 2015. Ashraf request, "Mama, abang nak bagi cookies kat cikgu". So we decided to bake butterscotch choc chip cookies untuk cikgu2 kelas ashraf, dan juga teachers di TASPRO untuk adam. Ok habis di situ, tapi kat rumah masih tiap2 minggu membakar.
Nak masuk bulan puasa, cikgu-cikgu kat taspro tanya, "akak amik order tak?" Me thinking, why not since i won't have any viewings during fasting month. So kita kembangkan sayap ke office pulak.
Alhamdulillah mendapat sambutan. Lepas lah buat belanja raya :)
So now, rasanya nak buat as a side project too. (Market hartanah pun sangat soft tahun ni).
Asalnya masa suka-suka, aku letak #AD_cookies.. Bila dah agak serius ni, aku letak hastag #AD_Bakers.
Dari minggu lepas terasa nak buat personalize sticker. Dan bangun tidur dua malam lepas, terasa sedap pulak kalau letak atas sticker tu ADlicious. What do you think? Catchy ke or common?
Anyway, setakat ni list kami tak banyak. Buat permulaan ni:
- double choc chip cookies
- butterscotch choc chip cookies
- oatmeal chip cookies
- fudgy brownies
- creamcheese brownies
- biskut dahlia susu
- moist chocolate cake with chocolate ganache
No comments:
Post a Comment