Monday, September 09, 2013

Lagi 1 bulan

Cepatnya masa berlalu.. Pejam celik pejam celik, minggu ni dah minggu ke 33..

Minggu lepas masa jumpa physian dan dia kata eh, bulan depan silap-silap awak dah beranak.. I was like "hish doktor ni, jangan la main-main". Sekali kira, eh betul lah. Dah 8 bulan! Hahaha. Memang doktor menggeleng kepala.

Ok bukan tak aware, tapi selama ni kira minggu, bunyi macam jauh lagi.. sekali bila kira bulan.. homaigodddd.. Banyak benda tak uruskan lagi! Antaranya:

  1. Bayangkan, baju baby nasib baik dah keluarkan, tapi belum basuh. Oh ye, tak kuasa nak manjakan dengan basuh tangan mencangkung dalam bilik air.. Dah berat dah badan ni rasa. So, kita masuk mesin basuh ye. Dan kering dalam dryer untuk hapuskan kuman-kuman. Untungnya bila suami memahami, dan mak pun bagai mengiyakan tindakan untuk tidak menyusahkan badan.
  2. Baby cot yang dah dekat 5 tahun berkhidmat kat Ashraf, nak kena dismantle dan pasang balik kepada position baby. Fuhh. Ini plan nak buat masa cuti 1 Malaysia ni. At least cik abang ada kat rumah untuk tolong2 kan?
  3. Set bersalin.. perlu ke? Memandangkan sekarang ni I tidak berpendapatan tetap (cewah), I ignore tentang penjagaan diri sendiri. Sedih kan. Bukan apa, tak sampai hati nak bebankan semua kat cik abang. Tapi bila dah bercakap dengan dia.. betul juga. kena ada. Jadi baru je tadi online purchase tanamera. Kenapa tanamera? Ramai kawan yg dah guna feedback ok. Dulu guna NR, macam tak serasi dengan badan. Boleh lah, set penuh 360 free 1 botol lagi VCO dia kan. (Oh, ni pun beli lepas dah dpt komisen sale baru-baru ni)
  4. Urut bersalin.. Homaigoddddd.... Pening sekali yang ni lah. Mahal juga sekarang kan. Paling murah yang jumpa now: RM120 per day full pakej urut, mandi baby, tungku, bengkung, lulur, masak makanan pantang, basuh baju baby & mak baby.  Kalau basic dalam seratus kot tak silap. Yang penting, dia datang sendiri. Satu lagi makcik ni pun dalam RM95 urut mak dan siapkan baby. Yang ni pun, ingat 3 hari je lah. Tutup nanti 3 hari lagi. *nangis* dulu, amik 7 hari then tutup 3 hari. Kali ni memang sempoi sungguh. Oh hubby suruh amik yang siapkan makan sekali sebab pantang sendiri kali ni. ^_^ kalau orang lain boleh, pasti kita pun boleh!
  5. Tilam untuk urut!!! Hahaha, yang ini sempoi tak beli pun lagi. Tapi, kitorang plan upgrade tilam queen ke king dalam master room. So rasanya urut atas katil pun takpe kot kan? lapik la dengan cadar lain supaya minyak tak melekat bau tu. Gila kentang kepala otak terlampau praktikal. Hahaha. Yang idea baru ni, belum cerita lagi kat dia. Sure dia gelak ni.. Tapi tilam lipat kat tesco ke giant ke tu... nipisnya macam tak payah pakai tilam.. Adoi, tiles adalah keras okay!
  6. Menu berpantang? Dalam mind just ikan tenggiri bakar untuk 2 minggu pertama. Yes, itu menu saya dulu masa Ashraf. Takde la muak, alhamdullillah. So, rasanya kena stock up ikan tenggiri, ayam bahagian dada untuk dibakar, sayur dan sup. Milo banyak lagi.. Oh, biskut crackers yang bukan hupseng *nangis lagi* weetameel ok kot. Dan sah sah jacobs lah tu. 
  7. Barang-barang baby... Hubby risau takut masalah susu macam masa ashraf. Takpe, korang boleh katakan macam-macam kepada saya, saya tak kisah. Hanya saya yang tahu usaha gigih saya untuk susukan Ashraf dulu, dari direct feed, kepada pump 2 jam sekali, kepada sanggup biarkan dia nangis sebab dia tolak miss B sebab tak cukup *triple nangis* bukan rezeki dia, tapi dapat jugak la dia untuk 3 bulan kan.. itu pun campur.. So hubby dok bising nak beli botol just in case. Dan juga dia yang dok remind beli pump letrik. I cakap avent manual tu ada je lagi.. Tapi dia insist untuk letrik, katanya suction letrik tu, kalau paksa kuar jugak kot susu. Hahaha, ini kelakar. Baik bos. Baju memang turun temurun je lah sebab ashraf punya baju semua elok cantik lagi. Kami dah beli towel, kain receiving blanket, apa lagi ye? Haaa, face palm lah i...
Actually, tak lah panik mana. Rasanya kalau ada yang tak mencukupi, online shopping kan ada? :) lagipun, ada 3 kedai baby kat bawah rumah ni.. Alhamdullillah.. Yang penting kami harapkan dan doakan, baby selamat.. Dan juga supaya tempoh berpantang saya adalah stress-free.

Oh, kerja saya sebagai agen hartanah tetap berjalan seperti biasa.. Nanti kalau ada viewing ke apa ke, nanti minta hubby atau partner saya tolong take over. Urusan bertulis memang saya akan uruskan. Yang berpantang cuma badan kan, tangan mulut dan kepala harus ligat seperti biasa. InsyaAllah..

Oh, dan saya tak kira 40 minggu ye.. doktor soh standby minggu ke 37 :) so just dalam 4 minggu lagi????

2 comments:

MAMASUE said...

tak yah nak nanges ye, aku rasa mewah gak pilihan2 yg kau ada.bab masak tu,ikan panggang is the easiest...=)

aieesha.salleh said...

Haih ko nih.. Mewah ke? Yang aku nampak semua recycle saje. Hahaha. Bab masak tu, memang aku standby ikan je. Tapi pelik lah, ikan kembung aku makan sure gatal :( kalau tak murah sikit. oh kedekut sungguh pada diri sendiri. :P