Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan 2013

Ramadhan datang lagi :)


Alhamdulillah berkesempatan untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan lagi tahun ini. Tahun ni kami menyambut bulan Ramadhan di rumah baru. Bezanya komuniti di sini 90% muslim. Tapi kalau tengokkan masa sahur tadi, mungkin saya seorang je kot yang kelentang kelentung kat dapur. Kalau dulu, terdengar juga jiran atas bawah bersilat kat dapur. Kurang sikit takutnya. Hehe. Tapi mungkin juga sebab jiran2 kebanyakannya bujang lagi. Jadi derang beli kat kedai bawah ni kot?

Tahun ni si kecil yang baru nak masuk 5 tahun ni nak belajar berpuasa. Tapi sebab tahu dia takdenya nak bangun sebelum imsak, maka saya sahurkan dia pagi pukul 7. Tapi hari ni dia tak sekolah, batuk dan suara pun dah ala-ala rockers. So dia sahur minum susu pukul 8 kot? Alhamdullillah, ni pukul 1 masih lagi bertahan. Plan saya hari ni cuma nak dia berpuasa setengah hari. So ni tengah panaskan lauk2 untuk dia makan or "berbuka" so called. Esok kita cuba sampai pukul 2 pulak ok sayang.

Untuk saya pula, tahun ni berpuasa dengan ada baby dalam perut. Tahap kesihatan juga agak kurang memuaskan. Ikut nasihat doctor, mereka tak galakkan berpuasa. Tapi kan, jenuh nak ganti 30 hari.. fidyah lagi.. Jadi saya cuba untuk setakat mana boleh bertahan. InsyaAllah kalau niat murni, boleh kot? 2 kali cek paras gula, masih atas 4 lagi. ^_^ kalau dah hit 3.8, no choice.. keselamatan kat dalam ni lagi penting. Yang penting, saya tak mengalah sebelum mencuba. yee haa!

Kami tahun ni nak bersederhana, baik semasa bulan puasa, ataupun persiapan raya. Rasa nak recycle je dari theme last year. Baju pun dah hantar dobi untuk dry clean. Harapnya pinggang masih muat la pagi raya. hehehe. Kalau tak, saya akan berjubah hitam, match dengan tudung mengikut theme colour. Aci lah tu kan?

Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf, kepada semua yang kenal saya.. Atau yang menyinggah kat sini. Mana lah tau, ada kekasaran topik atau bahasa kan. 

Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti buat saya sekeluarga. Amin.

No comments: