Sila tampar diri sendiri. OK noted!
Mati-mati ingat insurance due bulan January. Dan padan muka sendiri, rupanya due bulan ni! Bulan September! What a way to celebrate your birthday ye Aishah ^_^ Ini akibat tak masukkan dalam reminder yang insurance bayar 6 bulan sekali. Padan muka sekali lagi.
So, moh la kita pergi membayar. Melayang lagi fulus-fulus di saat yang konon genting. READ: KONON.
Takpe, bayar esok, then ada lagi 6 bulan nak fikir untuk next payment. Tapi tu lah, padan muka sendiri. Rasanya macam ada save dulu portion dia, tapi mesti dah terguna kat memana. Oh yes, I memang jenis yang kena asing by different banks. (itu lah dah bagitau hb, tapi dia tak caye!!!)
Dan kerana kealpaan sendiri, marilah kita kerja keras untuk tempoh sebulan lagi. WAJIB.
Iklan: Ada sesiapa nak beli rumah? Sewa rumah? Jual rumah? Oh kedai-kedai, tanah, residential, commercial semua saya buat ye..
Bila sebut pasal birthday kan.. homai..... tahun ni dah 31 uolls!! 31!! Hahaha, ada aku kisah. Age is just a number lah. Yang penting, tahap kematangan akal fikiran yang seiring dengan peningkatan usia. Jangan pula nanti bila umur dah 60, perasan dan berperasaan macam masih 30. (luaran ye). Of course masa saya 60, saya nak kalau ketika tu organ dalaman saya berusia bagaikan 30 tahun. So apa lagi, amalkan hidup sihat dari sekarang. Ye, SEKARANG!
**tak salah untuk mula health conscious, walapun kesedaran agak lambat. Muahahaha
No comments:
Post a Comment