Perasan tak kalau bulan May menjelang setiap tahun, panas dan teriknya satu macam kan? Fuhh, sampaikan tiba-tiba terjadi kuat makan. Hai, baru turun sikit, melantaknya macam setahun tak makan! Bukan apa, jemputan-jemputan walimatulurus pun banyak, nak pula bila musim cuti sekolah makin hampir kan. Menu orang kahwin ni biasa lah, nasi minyak, nasi briyani, ayam merah, kurma daging. Fuhh, memang mantap!
Jadi kawan-kawan, memandangkan sekarang ni dah bulan Rejab, mari kita sama-sama, sedaya yang boleh, cuba untuk berpuasa di bulan rejab :) Pahalanya besar berpuasa walaupun sehari dalam bulan mulia ni. Lagipun, dapat kita training perut dan diri kita untuk menyambut bulan puasa nanti kan. Jom kita ramai-ramai!
Selain itu, buat kawan-kawan yang dalam proses window shopping barang rumah, furniture and what not, insyaAllah rumah 9 saya tu nak buat so-called garage sale! Untuk furniture-furniture balinese style, boleh la PM saya kalau berminat. InsyaAllah saya akan post gambar di sini later on ya! Barang semua berkualiti, dari kayu yang berkualiti.
Kalau ada yang berminat nak menggunakan perkhidmatan professional saya sebagai agen harta tanah, tak kira untuk sewa atau pun untuk jual, beli termasuk juga, boleh juga PM saya :-)
Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati dan dijauhkan dari kesusahan sentiasa. Amin.
Tiba-tiba teringat masyarakat majmuk di gathering rumah Mas ^_^ |
No comments:
Post a Comment