Monday, May 28, 2012

Tudung Yuna, anggerik avenue, al-humaira atau bawal?

Macam-macam fesyen baru bertudung kan sekarang? Untuk mereka yang bertudung, tudung jenis apa yang korang suka pakai ye?

Saya sangat suka tudung sarung tu je, selain tudung bawal lama tu. Tapi En Suami kata nampak tak up-to-date. Oh pulak dah. Jadi saya pun cuba tengok kat youtube orang-orang yang pakai tudung style yuna, hana tajimaa, yang belit-belit selendang tu. Fuhh, untuk orang yang hanya mengambil masa 5 minit untuk bersiap, make-up sangat hardly, agak mencabar rasanya! Tapi belajar lah jugak kan teknik2 nya.

Tapi saya jumpa beberapa website yang cantik dan mantap :-) korang cuba lah melawat alhumairacontemporary.com, anggerik avenue, dan ada beberapa lagi yang memikat mata. Jika saya bertudung nanti, saya surely akan grab satu atau dua dari kedai2 ni.. yang lain-lain? Sepupu saya kata, pergi je jalan kenanga, lepas tu beli kodi! betul jugak kan, jimat sikit ^_^

okay kawan-kawan, sila lah ye, survery-survey fesyen tudung raya 2012 ni.. Nanti update sikit kat mak ye :)

No comments: