Semalam kawan lama mengadakan makan-makan menu masakan kampung di rumah dia. pot luck, but being busy the whole morning, saya cuma sempat membeli buah sun melon. Lunch treat sempena meraikan seorang teman lama semasa sekolah, Soh, yang pulang bercuti ke Malaysia selama 10 hari. Kisahnya dia sambung belajar di Jepun, dan akhirnya bekerja di sana. Wah, bertuah badan. Cuti kali ini, dia request untuk kumpulkan kawan2 lama, dan nak makan menu masakan melayu.
Demi memenuhi impian kawan ni, Mas mula lah berputar otak dia kan. Terus menu asam pedas ikan, ulam ulam, belacan jadi menu utama. tapi hasilnya meriah! Mak Mas memang pandai masak. Asam pedas dia pergh! Nasib baik kenal dari kecik, jadi tak ada masalah untuk menambah (memang dengan mak dia dah takde perasaan malu nak tambah). Sedap menjilat jari! Kita harus bertemu begini lagi SOON! Seronok menjamu tetamu, mak mas nak buat BBQ malam tu, tapi kami tak dapat nak join :(
Hari ni pula hubby bawa makan ke Johnny's. Sempena adik bongsu dia yang balik sekejap. Bukan jauh mana pun, cuma dari Segamat. Tapi bukan makan saja2 okay. Mereka 3 beradik ada perbincangan masing-masing. Tak mahu kacau daun, saya melayan Ashraf dalam biliknya - tengok RIO! tapi adik-adik hubby pun, sebelum bincang dengan abang di meja makan, pot pet pot pet jugak dulu dalam bilik :) at least tiada gap yang besar dengan adik adik ipar. Alhamdullillah :) Hope we'll remain this way ya. And Adik, once you're back here for good, let's have a WINDOW shopping session! Harus ditekankan perkataan window!
Rasanya hari ni Juara Lagu, siapa menang ye? Okay, lari topik :)
No comments:
Post a Comment