Entah kenapa, saya terasa sangat MALAS semalam. Bayangkan, pinggan mangkuk dibiarkan saja di dalam sinki, bilik tidur bersepah, anak tak mandi, baju tak basuh. Memang malas yang melampau. Mungkin juga saya memprotes dalam diam, siapa tahu kan? Semasa saya sedang berkira-kira apa yang saya harus mulakan dahulu, seorang kawan lama call. Perbualan yang ringkas,
Dia: Buat apa hari ni
Sy: Kat rumah
Dia: Tak keluar?
Sy: Tak lah
Dia: Aku nak amik M kononnya nak gi kuar makan, nak join?
Sy: Tak kot
Dia: OK, kitorang gi umah?
Sy: Okay, datang lah.
Malas bukan? Tapi dalam masa menunggu kedatangan dia, saya sempat mengemas bilik, membasuh pinggan mangkuk yang penuh dalam sinki (kecuali 2 big bowl), vakum satu rumah, mandikan anak. Cuma diri sendiri yang tak mandi, cukup sekadar salin baju dan cuci muka, gosok gigi. (Okay, ini dah pukul 1pm tau).
Kedua-dua mereka sampai dalam 45 minit kemudian rasanya, terus letak pizza atas meja, dan makan sambil borak. Anak saya memang melekat saje lah jawabnya, pantang ada tetamu, memang berkepit ^_^ Tapi taknak berkongsi dengan baby girl anak M. Hmm, malu saya okay! Sampai baby chair pun dia tak kasi.
Kami berborak agak lama, agak-agak pukul 5 baru mereka balik. Yes, saya akui, I really miss having this kinda moment, and really love to do it again. Rasanya next time it will be my treat! Terima kasih teman kerana sudi datang :)
No comments:
Post a Comment