Walaupun hari ini adalah hari ke 25 buat bulan Januari tahun ini, rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua. Okay, Selamat Tahun Baru 2012 buat semua ya! Semoga kita akan menghadapi tahun 2012 dengan penuh azam-azam baru yang akan dilaksanakan sebaik mungkin! Rasanya sudah beberapa tahun saya tidak meletakkan azam tahun baru. Bukannya apa, tak tercapai. Semangat cuma separuh jalan. Bukankah kita biasanya begitu?
Tahun ini agak berbeza. Saya berazam untuk mendidik anak saya sebaik yang mungkin. Makanya, saya perlu kurangkan jeritan jeritan tarzan kepada si kecil apabila memarahi dia. ^_^ yes, i am a hot headed mother! Cukup cepat marah, terutama sekali bila sedang stress dengan perkara lain. Setakat ini Alhamdullillah, saya semakin kurang memarahinya dengan meninggikan suara, tetapi saya cuba pendekatan lain. Nanti kalau berhasil, saya akan coretkan di sini. Tapi setakat ini, komunikasi kami lebih lembut, manja. Lagipun, dia teman berbual saya, teman bermain, teman tidur dan tengok tv. Bukan papanya? Papanya harus menjadi teman sehati sejiwa sebantal sekatil! Tapi rasanya lately ini saya banyak meluangkan masa dengan si kecil. Penyakit malas berbicara saya sudah bermula.
Saya juga terfikir untuk menukarkan nama blog kepada sesuatu yang lebih bermakna-- nama sendiri? apakah aishahsalleh.blogspot lebih bermakna? Mungkin juga. Tetapi ia akan lebih mudah dijumpai bukan? Hilanglah identiti yang kononnya rahsia itu. Konon, tiada dijual di pasar malam :)
Saya akan mencapai umur 3series dalam tahun ini. Tapi kelakar bila saya masih cuba mencari diri sendiri. Mungkin itu bermakna saya semakin matang? mungkin juga. Berazam untuk memenuhi tuntutan wajib sebaik mungkin! Dalam masa yang sama berharap untuk melangsaikan hutang2 zaman belajar :) Ingatan kepada diri sendiri, kalau boleh anak nanti, biarlah dia dapatkan biasiswa / tanggungan fa-ma sepenuhnya! No pinjaman pelajaran. InsyaAllah.
Semoga kehidupan seharian lebih bermakna, dan sentiasa dirahmati dan diberkati. Yes, nampak saje saya begini, tapi saya mempunyai satu pemikiran yang kuno!
No comments:
Post a Comment