Monday, July 21, 2008

Sudah 6 Bulan...

Pejam celik, dah 6 bulan 3 hari dah aku mengangkut si kecik dalam perut aku..
Dari mulanya tak sedar ada si kecik kat dalam, sampai lah sekarang ni bila perut aku dah membesar.. (tapi maintain cute ok).. hehehe..

Perkembangan si comel ni:
  • Baby sihat alhamdullillah. Pembesaran dan pertumbuhan dia normal.. Saiz pun normal..
  • Dah 6 kali buat scan tapi dia malu nak tunjuk anu dia.. Dia lebih suka tunjukkan muka dia.. Hai, camni sampai bila laa mama ngan papa dia kena cari baju without pink or blue colour.. Tapi girl ok ape pakai blue kan??
  • Mama dia kekadang terlupa nak makan ubat pramilet tu.. opps, sorry ye baby.. Kekadang tu terlupa dah makan ke belom.. tapi selalu mama dia gantikan dengan enfamama bila terlupa tu.. hehehe..
  • Selang sehari, baby dapat enfamama coklat.. :)
  • Baby dah pandai menggeliat kat dalam (rasanya menggeliat laa).. nak kata menendang pun ok gak..
  • Papa dia pun dah pandai dah cakap2 dengan perut besar ni.. heheheh.. kelakar pulak rasa bila tengok En Mie cakap dengan perut.. opps...
  • Bulan depan last checkup kat Klinik Suraya, then 2 minggu lepas tu kena mula check up kat tempat nak bersalin nanti..

Perkembangan Mama and Papa baby:
  • Papa semakin asyik bila window shopping untuk baby.. Favourite item papa suka tengok adalah stroller.. Sampai siap dah tau bezakan stroller traveller ngan stroller sahaja.. hehehe.. it's cute to see his excitements at times..
  • Mama baby pulak suka window shopping (yang terkadang shopping terus) baju2 baby.. suka bila tengok baju baby girl.. tapi itu laa, tak leh beli lagi sampai baby show anu dia.. huhuhu..
  • Baby cot (sleigh design) dah beli dah semalam.. Tapi suruh orang kedai tu simpan dulu and hantar bulan October.. Hantar terus kat umah Shah Alam ok..
  • Emm, baby semakin membesar di dalam perut mama dia.. terkadang mama dia terasa perut tinggi sebelah.. owh, baby juga suka buat gimnastik ye.. esp petang after work..
  • Perut papa dia juga membesar.. sebab mostly, papa dia yang mengidam itu ini.. bagus jugak, so that mama dia tak naik badan :)

I did MGTT at last check up.. Alhamdullillah, my sugar level is under control.. :) Risau takut kena diabetik since both my parents are having one..

To a dear friend, sorry to hear the news. Be strong ok.. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian / peristiwa.. Always here if you need a shoulder to cry on.. Take care..

7 comments:

Wafaa said...

orang kata kalau anu tersorok itu anak perempuan. orang kata lah, aku tak kata hihi

aieesha.salleh said...

aku lain pulak.. bukan tersorok tapi dia takmo tunjuk..

dah tu doctor try carik2 jugak, tapi last month dia kata jantina lain, this month lain pulak.. doctor pun konpius.. hahahaha.. last2 dia soh tunggu besar lagi :)

Wafaa said...

orang kata kalau bird cepat dan senang nampak. orang kata lah. kalau perempuan dah nampak dia punye rahim.

Wafaa said...

eh, kalau dia takmau tunjuk camane doc boleh teka itu jantina apo? konfius makcik

Anonymous said...

si kecik kat dalam ni suka tunjuk muka dia.. yang part bwh tu dia tak tunjuk pun.. aritu doc tu carik2 laa, habis satu perut aku kena scan, hahahaha.. so doc tu main agak2 je laa..

takpe, membuatkan aku nak gi buat 3D scan yang murah.. nak??

Wafaa said...

boleh lak main agak2.

aieesha.salleh said...

itu laa pasal.. doc tu kelakar lah..