Tuesday, November 13, 2007

Comel oh Comel

Hari Isnin petang, aku ngan mak aku pegi kedai haiwan Jingles.. Beli sangkar kucing yang tinggi dia 3 tingkat.. besar lah.. harga pun besar.. hi hi hi.. Kenapa tiba2 beli sangkar? Salah satu sebab, hari aku kawin nanti lah.. takut lah ada kucing aku yang tetiba lari kan.. Tapi sebab utama dia, kucing2 yang umur dia budak2 lagi ni lah.. Suka membuang merata-rata tempat dalam rumah.. kat bilik TV, hall, mana2 ntah lagi lah.. So mak aku dah tak tahan.. Denda dia, dok dalam sangkar sampai pandai ;) hihihi..

Malam tu jugak aku pasang sangkar tu.. senang je.. tapi berat lah.. so memerlukan tenaga 4 orang manusia dewasa ;) Dalam setengah jam, sangkar besi emas itu telah tersergam indah.. ;) pulak dah, rupa2nya kucing2 kenit ni suka sangkar tu pulak.. adeh..

Nak dijadikan cerita, malam semalam maid aku dengar dua kali bunyi gedebuk.. pagi tadi, mak aku bangun and nampak comel tido dipeluk kitty.. sejuk kot.. sangat prihatin kitty terhadap si kenit itu.. ;) well done boy!! si comel pulak, tido dalam bilik TV sampai tak nak kuar bilik.. mak aku risau lah.. call aku kat ofis kul 1pm, citer yang tgn comel sakit.. tak leh pegang.. dia jatuh sangkar, bla bla bla..

So balik keje tadi, aku terus bwk comek ke klinik haiwan section 13 tu.. alaa, garangnye dia.. tak padan kenit.. doktor check temperature dia jerit.. doktor tembak ubat dia jerit.. doktor kata, manjanye dia nih.. hehehe.. elok lepas dapat ubat inject tu (which is definitely drugs), dia leh jalan2 dalam kete.. dan sampai umah terus lari dapur makan.. pastu lari dalam bilik TV.. dah active rupanya.. nanti drugs tu dah habis kesan, mesti dia terduduk balik.. hehehe..

Kesian si comel, kenit2 dah kena inject.. tapi kan, doc cakap dia dah 2 bulan lebih lah.. hmmmm...

No comments: