Monday, November 12, 2007

Kawan Lama ;)

Entah kenapa aku terasa down sekarang ni.. Mungkin antara sebab dia ialah aku tak ada mood untuk bekerja *Sila baca posting sebelum*

Teringat pada seorang kawan lama.. Kami ni baik lah jugak.. Tapi entah kenapa.. Baru2 ni macam ter-renggang sikit. Ye lah, sebahagian besar tu salah aku jugak.. sebab asyik janji nak call balik tapi amik masa bertahun baru call bali.. hehehe..

Dua tiga menjak ni, aku rasa dia ada masalah sendiri.. ;( Tapi aku selalu tak ada masa dia memerlukan tempat luahan *aku rasa laa dia maybe nak aku kot, tapi kalo tak, maka aku silap* Tapi ape lah nasib, setiap kali dia call, aku ada kat luar.. Asal dia call, aku tgh survey barang dengan mak aku or dengan Mr Mie aku.. Well, I only have 8 weeks left.. So aku tak dapat nak melayan dia.. Aku harap dia paham yang aku tak dapat nak cakap ngan dia masa tu, tapi aku tak tau laa kan.. ;) Hope she understands..

Nak baca blog dia pun, aku tak sempat.. Sebab kat ofis, aku tekanan dengan kerja yang ntah apa2 ni.. macam2 lah.. dan aku dah mula bosan.. Terasa nak blah, tapi aku tak ada arah tuju pulak.. ;( So, di sini lah aku menghabiskan sisa2 hidup aku yang panjang ni.. ;( Kat umah, aku asik mendengar bebelan byk benda tak buat lagi.. hihihi.. biasalah, bila dengar 8 minggu, semua freak out.. aku pun sama.. but sometimes i just need a break to be alone sekejap.. hehehe.. So tadi aku baca blog dia, aku tersedar yang byk menda aku terlepas ;( hai... macam mana nak buat nih? sungguh ketinggalan ke belakang lah aku ni.. ;(

Aku hope dia ok dan maafkan aku ye sebab asik tak dapat cakap kat phone ;(

1 comment:

Anonymous said...

.............. aku ke?