Thursday, April 19, 2007

Yummy-licious!!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu???
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.. :)

Pepatah Melayu memang betul.. Aku bangga dilahirkan sebagai seorang Melayu.. Walaupun kadang-kadang aku menulis dalam bahasa asing, tetapi hanyalah kerana aku ingin menajamkan kefasihan aku menggunakan bahasa asing itu.. Jika ada yang perasan, aku cuba menggunakan bahasa asing itu dengan ejaan dan penggunaan frasa kata yang betul (aku rasa dah betul dah).. Semakin hari aku semakin cuba meminimakan penggunaan bahasa pasar dalam blog aku..

Ok, aku sekarang nak menulis tentang tuah dan rezeki manusia..

1. Semalam ada seorang hamba Allah ni, mendapat tahu yang dia dipanggil untuk interbiu.. Satu peluang untuk menukar angin walaupun dalam syarikat yang sama.. Tahniah aku ucapkan kepada hamba Allah ni.. Inilah yang dikatakan tuah manusia.. beserta dengan takdir and rezeki dari Allah swt.

2. Ada seorang mamat ni (user aku laa), bermurah hati untuk belanja ahli kumpulannya, dan menjemput aku dengan satu panggilan telefon, untuk turut serta dalam rencana dan agenda tersebut.. Kami makan tengahari di Secret Recipe.. Brrrppppppp.. Alhamdullillah.. Kenyang aku menikmati Tomyam Spaghetti.. Yummy-licious betul!! Inilah namanya Rezeki.

3. Hari ini buah hatiku MC.. Itu namanya tuah dan rezeki dia.. Sebab tak payah datang kerja.. Huhuhuh..

Owh, adakah anda peminat desperate housewife?? aku pun meminati siri TV tersebut.. :) sangat mengusik jiwa.. Aku suka melihat ketabahan Bree, gaya Gabriel, dan semua watak2 dalam tu laa.. heheheh.. Sesungguhnya aku adalah hantu TV..




Dan juga kartun Totally Spies.. sangat membuatkan aku terasa seperti muda remaja laa.. Dan aku suka dengan gaya clover yang sentiasa perasan cantik, Alex yang sentiasa blur, dan Sam yang bijaksana.. Satu kombinasi menarik untuk menjadi mata-mata gelap.. hehehe..

Kepada yang terkejut, inilah aku yang sebenarnya!! Hahaha.. Sangat kebudak-budakan di hati..
Theee heeee heeee!!!!

3 comments:

AM said...

best betulla latest season of Desperate Housewives ni. puas hati je setiap kali lepas tengok.

oops, lupa nak intro, bloghopping from Wafaa's.

Wafaa said...

Am, cool. blogshopping tu. additional: CSI,Supernatural,House,Numbers,Grey's Anatomy,Heroes,Vegas,ANTM,JD Modeling Agency - nak lawan Tyra kot Janice tu.

aieesha said...

waaa, welcome welcom from wafaa to aieesha.. keh keh keh.. Ya, astro channel 70,72, 17 sangat menarik.. owh, juga channel hallmark.. :)