Haven't been writing anything since.. well, since early this year.
Saya sibuk berpindah dari Damansara Perdana ke Shah Alam Sek 9 pada bulan November 2012. Duduk menumpang teduh (fuhh) sementara waktu di rumah mak. Kemudian pada bulan Febuari 2013, kami berpindah lagi ke Shah Alam Sek 20, proudly ke rumah sendiri. Alhamdullillah, pengubahsuaian kami siap mengikut spesifikasi walaupun ada yang kami kurang berpuas hati. Tapi kami bersyukur. :)
Dalam masa kami menjadi orang nomad, kami mendapat tahu yang well.. ehem ehem.. ada little human being di dalam rahim saya. Fuhh. Sungguh tak jangka. It was unplanned pregnancy ^_^. Kami memang ada niat untuk menambah ahli keluarga tahun ni, tapi rancangannya selepas kami settle down dengan urusan berpindah randah ni. Tapi rezeki Allah, siapa yang tahu kan. Unplanned or not, we are happy to hear the news.
Nasib baik juga kami gunakan mover semasa pindah. Jadi kerja berat dan heavy lifting memang almost tiada. Saya menjadi mandor sepanjang 2 hari berpindah. Barang-barang harian dari rumah mak, saya pack dan hubby yang berulang alik beberapa trip hantar barang. Penat juga dia. Kesian.
Alhamdullillah, walaupun kepenatan melampau dan aktiviti lasak melampau semasa berpindah, tiada apa-apa yang unwanted terjadi. Ada la juga bleeding sikit-sikit, dan cramp perut. Tapi bila terjadi macam tu, slow down dan rehat. ok je sambung balik kerja. Nak buat macam mana, tak boleh manjakan badan semata-mata atas alasan mengandung. Tapi bila doctor dapat tahu, memang kaw kaw kena lecture. Huhu.
So this was few months back. Sekarang kita dah bulan Jun!
Dan tak ramai yang tahu kali ni. Mengandung kali kedua, rasanya senyap pun tak menjadi masalah. Even some family members pun tak tahu. Kalau mereka tahu, tahu lah kan. Tapi tiada yang bertanya. So saya assume mereka tak tahu ^_^
Kandungan pun dah almost 6 bulan. Actually lagi 2 minggu 6 bulan. Phew.. Pengalaman kali ni jauh berbeza dari dahulu. Saya tidak mengalami morning sickness yang teruk. Selera makan memang Ya Rabbi. Asyik makan je kerjanya. Nasib baik berat badan masih terkawal. Cuma saya terpaksa menghadap dua orang doctor. :) gynae dan physian. Gula dalam darah tak cantik. Takpe la, janji saya dan kandungan sihat walafiat kan. Dan untuk kali ini, selain pemeriksaan di hospital swasta, saya tetap buat pemeriksaan di klinik kesihatan. Mana lah tau, tak termampu nak ke swasta ke kan? Kata dah tak kerja kan.
Dan, saya pun dah lupa.. Apa nak prepare, apa keperluan baby yang kena ada. hehehe. So buku nota sentiasa ada.. ingat je tulis.
Jantina? Kami tak kisah. Kami bersyukur je dengan mana-mana jantina. Janji sihat. Senang kan. Dah nama pun itu ketentuan Allah ^_^
5 comments:
wah tahniah :) seri la kita yer..baby 2013 kan :) dah la dulu baby 2008 :P
ceh. baru update.
Rahsia bocor kat rmh aku hr tu. Kena la update. Hehe..
eliss: ye ke sama. waa, ada saing la anak kita eh. Kali ni ko check kat DEMC lagi ke? Aku masih berkira2 nak ke sana. Takut csect mahai.. huhu
ajan & jaja:
hahaha. tu la, agaknya laki aku ingat aku dah announce kat blog kot. selamba je. huhu.
eh btw kan jaja, ko csect kat demc berapa ek? aku masih lagi check up kat sana. contemplating on nak beranak mana je.. opis laki aku masih lagi limit 2k untuk delivery regardless normal or belah. kawan aku baru beranak 3 bln lepas, dia kata bill dia 10k.. seriau aku!
ajan, laki aku lepas tgk kimi and hadi, baru la konfiden nak terima satu lagi ni. dia dok takut nanti ashraf kekurangan kasih sayang. hahaha
Post a Comment