Tuesday, October 23, 2012

Ayam Kalio

Akibat terlalu bosan makan masakan kurma / sambal, semalam bermula lah sesi mencari resepi di mr google. Selepas mengodek-godek 2-3 resepi, finally decided to cook this for dinner. Resepi ni dapat dari resepi.net je. So, since semalam kena ambil incik suhaimi di ofis, maka sebelum bergerak ambil dia, meh la sediakan barang-barang dulu.. opsss, serai lak habis.. takpe, seb baik ada kedai mamak kat bawah ni ada jual fresh sayur.

so, ini la resepi dia.. mudah, senang, dah tak berkecah la dapur.. i like!



halia dalam 1 cm macam tu
serai 2 batang
bawang merah 4 biji (i used bawang besar yang medium sized)
bawang putih 3 ulas (i like to use smoked garlic)
cili kisar dalam 3 sudu (me? of cos lah cili boh puteri tu je, mood rajin tiada ok)
kunyit dalam 1 tsp, nak kasi warna cantik je (tak kisah la hidup ke serbuk)
asam keping 1 cukup
daun limau (semalam tak ada, so tak letak)
ayam ikut suka
santan 1 cukup kot (saya guna MS je 1 kotak kecik tu)
cili padi kalau nak lagi pedas

So step dia:
  1. halia, bawang merah, bawang putih, kunyit  blend sekali (i blend serai sekali terus)
  2. Tumis bahan yang dah blend tu dengan cili boh sampai wangi. Then masukkan ayam, santan dan tutup periuk sampai ayam masak. (kalau  guna kuali, tak tutup pun takpe, tapi kalau tutup cepat sikit masak, jimat gas) hahaha.
  3. Masukkan asam keping, garam, cili padi. Nak wangi boh la daun limau 2-3 cukup. Then pandai-pandai lah adjust rasa okay!
  4. Siap untuk dihidang.
Ayam kalio ni resepi orang minang. Maybe sebab tu saya suka kot. Maaf la gambar ayam tinggal seketul. Semua kelaparan sampai habis semua baru ingat. Sedap memang sedap, kalau tak takde lah incik suhaimi belasah sampai 3 ketul ayam kan? hehehe. Ok la, tapi kalau makan selalu cepat muak kot, macam masak lemak la..

We recycled this for lunch today, dan minum petang meh cicah roti dengan kuah dia :)

No comments: