Sunday, September 09, 2012

Petrol station dan handphone, apa hubungannya?

Hi semua (if still ada yang membaca)

Agak lama juga saya pendamkan pandangan saya terhadap isu ini.. Tapi apabila melihat ada manusia yang ignorant malam semalam, saya terpanggil untuk menyuarakan juga.. dan tanpa bertangguh lagi:

Semalam kami bertiga (berapa lagi kan kalau bukan bertiga ^_^) bercadang untuk ke Cheras, nak ambil dulu barang2 keperluan adik memandangkan hari ni cadangnya berjumpa di Rawang je terus. Dia dapat sambung degree in accountancy di Seri Iskandar Perak. Mana lagi, UiTM di hatiku la :) Ok back to the story, memandangkan minyak tinggal suku je lagi, we stopped at Shell station to fill up dan top up touch and go kami. While En Mie masuk ke dalam kedai, kami berdua lepak lah dalam kereta kan. Then i notice something with the car in front of our car.

Seorang lelaki, berusia dalam 30an, sedang mengisi petrol. Ok, ini adalah normal kan?
Sambil berdiri di sebelah tangki tu, dia sedang ber-sms dan mencuba untuk calling someone. Ini tidak normal! Dan selepas habis mengisi minyak tu, dia masuk kereta dan sambung berborak di handphone dia selama 10 minit!

Then i started cursing him in the car, dan Ashraf telah mendengar all those words! Ye lah, agak bodoh untuk pemandu *yang agak hensem tu* untuk mengisi petrol sambil main handphone.. Terang-terang dah ada signage no handphone kan? Kalau kereta dia terbakar ke meletop ke, tak ke menyusahkan orang lain? Dan lagi, kami ni betul-betul belakang dia kan.. Dah tentu lah kami akan terkena sama tempias dia. Haih.. Handsome guy, tapi otak kat lutut agaknya..

Seriously, kawan-kawan semua. Tak rugi untuk kita ikut arahan / peringatan yang dah ditetapkan tu. Bukan lama sampai satu hari pun dia isi minyak kan? max 5 minutes kot.. lain lah kalau tangki kapal terbang ke kan. ini tangki kereta sedan 1.6L je! Let us all, follow the warning signs okay. no harm in doing so kan. Better safe than sorry.

Rugi rasanya tak ambil gambar lelaki tu. kalau tak boleh hantar kat the star ke, malay mail ke..

No comments: