Thursday, March 18, 2010

Petua untuk.... panjangkan bulu mata baby

Petua ini saya jumpa dalam majalah, tapi tak ingat pulak dalam majalah mana. Itu pun dah lama dulu sebelum pregnant lagi. Bila Ashraf lahir, memang bulu mata dia pendek macam bulu mata mak dia. Tengah saya ralit tengok anak saya yang baru beberapa hari umur dia, teringat petua ni. Lagi pulak, mak bidan urut pun ada cakap pasal petua ni.

Ok, cara nak panjangkan dan lebatkan bulu mata baby anda adalah:
  • Ambil sedikit air susu ibu dan calitkan / sapukan pada mata baby. Kiranya sapukan pada tempat bulu mata tu lah ye. Calitkan dari hujung dalam ke hujung luar (bahasa senang dari hujung mata dekat dengan bahagian hidung tu ke luar)
  • Amalkan petua ni sekerap mungkin. Tak silap saya, saya buat ni dalam 4-5 hari. Hasilnya, sekarang memang bulu mata Ashraf panjang. Sampai ada yang ingat dia ni girl sebelum ayah dia botakkan dia.
  • Jangan lupa pula pastikan sapuan tu rata untuk mata kiri dan mata kanan ya. Takut pula lebat sebelah nanti :)

Cubalah petua ni mana tau menjadi kan. Tapi untuk orang tua ni tak tahu lah menjadi ke tak. Have yet to try. Tapi nak guna susu siapa pulak :P

8 comments:

aS_c0mei said...

kalau org tua nak buat jugak,pakai susu kawan2 pon boleh.muahahhahaahha

Lin Ghazale said...

huish. susu kawan2...aku jual kat ko nak aishah? ekekeke.

petua ini bole jugak diaplikasikan kat kening ye..supaya kening lebat dan cantik..

tapi aku tak buat la..:P

Wafaa said...

Iman takde petua. Tau2 bulu mata dah panjang. Nangis pon melekat2. Tu ikut bapak dia bulu mata panjang & lentik. Kecik2 dulu selalu orang kata Iman tu girl

aieesha.salleh said...

As: Ekeke, kalau kawan ada susu lebih boleh cuba.. ekekeke..

Roza: Kening pun sama ye.. Bagus-bagus.. Nanti anak kedua leh cuba.

Wafaa: Tu laa, ayah Iman bulu mata pun panjang macam Iman kan. Mak Iman pun.. Macam aku ni, dua-dua bulu mata pendek. ekekeke

Anonymous said...

boleh try ni utk next anak. hehehe...

aieesha.salleh said...

Zam: Itu laa, sila cuba ok. Memang berkesan. hihihi :) Orng kata susu ibu banyak khasiat. Untuk sakit mata pun boleh guna gak.

Bali Tour said...

Terima kasih atas informasinya :)

BaBy Alisya FyFy said...

Thanks infonya sis.. 😘😘😘