Thursday, March 18, 2010

Apa yang akan anda lakukan bila....

...doktor kata anak anda ni ada ciri-ciri asthma? Gosh, I memang macam di persimpangan dilemma sekarang ni.

Buat pengetahuan, my son was admitted to DE*MC on last Friday due to broncapneumonia. At first, I thought it was nothing since there were 15 other kids admitted at the same time and most of them will have nebulizer treatment and percussion and suction physio as well.

Semalam, Ashraf batuk sampai muntah. Dan dia punya nafas.. hadoi kuat gila bunyi ok. So kitorang memang lah tak tidur (note: Kitorang = ashraf and me). Papa dia dah penat sangat so mama dia zass bawa dia naik tidur kat bilik Olma.

Kebetulan pagi tadi memang ada follow-up checkup dengan paed. Paed checked him and bagitahu kami yang Ashraf memang ada ciri-ciri Asthma since selepas saje neb, dia dah ok sikit. And doctor pesan supaya jangan lah ada carpet/ bulu kucing/ debu/ habuk dan sewaktu dengannya. Dilemma saya di sini adalah:
  • Saya tinggal dengan mak lagi sekarang ni. Dan mak saya ada 2 ekor kucing. Walaupun dah advice banyak kali supaya kucing tak boleh masuk rumah, dia tetap kasi kucing dia curi2 masuk bila kami takde. So bulu kucing tu bersepah-sepah.
  • Dan rumah mak saya memang carpet banyak. So combination of bulu kucing + carpet = health Ashraf. Macam mana ni ye? Ashraf pula kalau memberontak suka lah baring guling atas carpet kan.
  • Kalau macam dulu ada maid untuk hari-hari mop lantai takpe. Sekarang takde ok. Dan semua pun tak larat nak kemas rumah tu. Penat jugak la kalau hari-hari kena mop semata-mata sebab bulu kucing
Macam mana saya nak cakap kat mak saya ye? Tadi dah call dia bagitahu suruh panggil kakak yang datang kemas tu datang untuk clearkan semua dan simpan carpet dalam stor. Mak boleh cakap dia buat sendiri lah sebab susah nak dapatkan kakak tu petang2 ni. Tunggu esok. Saya jadi emo sebab this is my son we are discussing about. The one who was born healthy. I don't want him to be diagnosed with asthma. Mungkin sebab dalam phone, so dia cakap pun macam relax mode je. Lagipun, takkan saya nak suruh mak saya yang dah nak masuk 58 tahun tu buat kan?

Kalau nak pindah adalah sangat akan menimbulkan kecil hati pihak dia. Sebab kami kan tengah dalam project #1 which if everything is ok, it will be settled by end of the year kan. Nanti sure dia kata kami ni tak sabar nak keluar pulak. :(

Siapa ada idea bernas untuk saya?


10 comments:

Wafaa said...

Project #1 tu M@hliG@! ke? Akhir tahun ni ke? I tot asap.

Hmm the combination tu lead to asthma ek? Ada orang kata, kecik ada besar takde. So, mari doa acap cure cepat2

aieesha.salleh said...

Wafaa: Emmm, gedebak gedebuk nak boleh masuk tu hujung tahun jugak rasanya.. Bak kata En Mie, kalau dapat puasa dalam tu kira bernasib baik dah :)

Harapnya laa. Aku sekarang ni down sangat ko. Sedih sangat rasanya

Eliss said...

aduhai dilemma jugak..diluah mati mak, ditelan mati bapak.nak tak nak, ko kena avoid laa ashraf dr berguling atas karpet dan main kucing.nampak annoying tapi lama2 sure mak ko faham ur situation rite now.moga lil ashraf ok pasni :)

aieesha.salleh said...

Elismie: Tu laa, kena gunakan cara halus ni.. sekarang ni pun dah halang dia gi karpet bagai, kena lah pulak condemn kan, konon tak kasik anak explore.. sigh. Rasanya hari minggu ni memang aku akan menggulung carpet nih. hehe.. thanks for your wishes aunty eliss :) *from ashraf

aS_c0mei said...

siannya...aku xleh byg klu kena kat aku camni...:(

sian ko tersepit...sabar k.ada hikmah semua ni.sbb ni berkait ngan mak sendiri pon,dia suka kucing kan,klu halang nnt,mak kecik ati,lg laaa rs berdosa...:(

insyaAllah,sama2 doa ashraf cpt sihat & bukan asthma tu...amin.

aieesha.salleh said...

As: Itu lah ko. Aku senyap je and cuba control sendiri sekarang. Tapi mak aku pun alhamdullillah paham. Siap kemas and simpan carpet lagi. Bila kucing masuk memang dia soh keluar. Tapi kalau aku nampak, memang aku kejar kucing tu.. Ekekeke.. Nampak kejam, tapi terpaksa :( Seb baik kucing-kucing pun macam memahami.

Wafaa said...

Hari tu masa Iman pegi sana, dia nak bergolek2 dgn budak 2 ekor tu. Takut je aku kena cakar. Iman bukannye reti benda tu ada kuku tajam.

aieesha.salleh said...

Hahaha.. Nasib baik lah budak 2 ekor tu pesen manja, and jarang keluar kuku.. Tapi now takpe, derang nampak budak kecik, derang lari dulu.. ekekkee.. sebab Ashraf suka kejar.. cuma aku monitor takut ashraf usik perut.. pantang dua tu org main perut dia

Wafaa said...

Ha, perut kucing adelah kesukaan Iman. Selepas mata & hidung. Kadang2 dia suh kucing kiss. Apekah??

aieesha.salleh said...

maknanya, Iman tak jeles ngan kucing kot? Jeles ngan baby lain je.. hihihi.. Main takpe, jangan dia gi babab kucing tu je.. itu yang takut kucing tu nanti cakar kan