- Bila anak sedang tantrum, jangan amalkan tabiat memberi apa yang anak mahukan setiap masa. Sekali sekala takpe. Kalau setiap masa, nanti anak akan terbiasa dan tahu itu cara untuk dia mendapatkan sesuatu yang dia inginkan
- Saya suka amalkan cara membiarkan saja dia tantrum sendirian. Dulu selalu pujuk tapi lama-lama jadi cepat angin satu badan kan, jadi cara paling sesuai biarkan saja dia memberontak. Untuk kali pertama, saya masukkan dia ke dalam babycot, bagi dia toys dalam tu dan saya akan baring atas katil buat-buat tidur. Lama-lama dia tengok kita tak layan, dia akan senyap dan mengalih perhatian kepada toys keliling dia
- Bila tidak berdekatan dengan babycot, saya akan letak atau baringkan dia (dengan perlahan je kawan-kawan especially masa dia suka nak lentikkan badan) atas lantai dan biarkan dia di situ. Lepas tu cuba la pergi jauh sikit dari dia. Kejap lagi, mesti dia akan bangun dan berjalan ke arah kita sambil menangis dan membebel dalam bahasa dia dan peluk kita kuat-kuat. Selalunya masa ni saya akan pep talk kat dia, why he cannot do the thing he did earlier.
- Saya tak kejam ye kawan-kawan. Ada masanya saya layankan juga apa dia nak, bergantung kepada keadaan dan apa yang dia point masa tu.
- Anak kecil ni senang untuk kita distract dia. Kalau kita taknak dia buat A, kita distract dia dengan B. Tak semestinya kena bagi jugak kan. Contoh: Dia nak sangat puting dia tu. Kita nak cuba hentikan dia dari melekat je dengan benda tu kan. Masa dia dok nangis-nangis nak puting tu, cuba distract dia dengan burung-burung kat luar ke, cartoons ke, nyanyi ke.
- Yang ni dia yang ajar saya ^_^. Bila saya nak sesuatu dari dia (contoh botol air dia), dia akan point sesuatu yang dia nak sebagai barter trade. hihihi.. Jadi, saya terbalikkan semula taktik tu kat dia.
Untuk ignore tu, memang kita kena keraskan hati. Sampai mak saya kata saya tiada perasaan pun ada. Tapi, kalau nak melentur, biar dari rebungnya kan. Kalau dia dah mula nak guling dalam kedai baru nak pukul, tak guna.
Setakat ni, saya mengaku kadang-kadang taktik ni berjaya, kadang-kadang tak. Pandai-pandailah tangani situasi tu ya.
2 comments:
Ye. Aku pon apply distract trick tu. Lagi satu, katakan dia nak main remote. Kau buat2 berebut benda lain dgn dia. Kalau berjaya, dia akan nak benda yg ko tak bagi tu :)
Wafaa: Ya betul. Sekarang ni kitorang suka guna buku cerita dia tu. Macam dia belek - belek then dia biar je buku tu and nak mende lain. Aku ngan mie terus amik buku tadi tu and konon-konon concentrate baca.. Kejap lagi ada lah tangan kecil nak buku tu.. ekekeke
Post a Comment