Monday, December 21, 2009

Macam mana nak handle situasi ini?

Ok, adalah sangat bengang bila ada situasi-situasi yang memerlukan kita sentiasa mengawal reaksi muka, suara dan sewaktu dengannya sebab orang yang komen tu kawan mak ayah kita dan seangkatan dengannya.

Contoh lah kan, dulu time aku pantang, aku pantang makan betul-betul 2 minggu. Lepas dua minggu tu aku mula makan ayam, daging semua masih tanpa minyak. Lepas 44 hari tu, aku masih makan berpantang tapi tak ketat sangat lah. Kesian mak aku nak masak asing. Dalam 1 minggu lepas beranak tu, aku dah mandikan anak aku sendiri. Dan dalam 2 minggu tu, aku dah mula jemur baju sendiri. Kalau kena bongkok, aku bongkok lah perlahan-lahan. Even mak bidan pun kata boleh tak ada masalah tapi kena perlahan-lahan. Cukup 44 hari pantang tu, kira macam hari ke 48 macam tu, aku dah drive kereta ke ampang. Mak aku tak larat sangat nak bawa kereta and dia teringin sangat nak jumpa nenek aku time tu. So aku bawa lah kereta tu kan, bukan susah pun tekan pedal tu, kereta auto.

Bila ada sorang kawan mak aku ni tau, dia cakap "Eh tak boleh lah, 100 hari pertama tu nak gi mana-mana kena orang lain drive kan. Nanti rahim jatuh yadaa yadaa yadaa.." Ok makcik, aku terfikir dia tau tak yang maternity leave pun cuma 60 hari sahaja. Agak-agak kalau anak dia nanti, dia nak ke drive hantarkan? Hmmm.

Dan semalam lagi satu kes, aku dan suami gi makan luar petang semalam, Mie order air nescafe ais, dan aku order air sirap. Bila air sampai, Ashraf nampak air sirap tu dan nak. Aku bagi lah sikit, tumpah atas baju dia.. It's ok. Alah, kadang-kadang ke rumah orang kawin pun, ada air sirap kan, so bukan lah kali pertama aku bagi dia. Dan bila balik, makcik yang sama ni ada di rumah mak aku kan.

Bila dia nampai baju Ashraf ada kaler merah sikit, dia tanya ape tu. Aku pun jawab lah, air sirap tumpah. Dan komen dia "Hish kecik-kecik dah bagi anak minum sirap. Tak elok lah. yadaa yadaa yadaa". Aku senyum je. Lantak ko lah.

Dan tetiba keluar satu siri soklan dari dia:

Makcik: Apasal pipi kamu merah ni? Kamu pakai produk apa?
Mak aku: Pipi dia memang natural macam tu
Aku: Kalau panas kat luar, pipi memang senang merah. Tak pakai special product pun, nivea cuci muka tu je
Mak: Anak dia pun sama, pipi natural merah. Dia ni mekap pun malas, rasanya dia cuci muka and moisturizer tu je. Tu pun moisturizer olay total effect je
Aku: Ha ah.. Tak buat apa apa pun
Makcik: Ke ada darah bergumpal dan tak jalan kat pipi tu. Bahaya tu kena gi check doktor.
Aku dan mak aku: ?????

Apekah???? Aku tak tahu nak react apa masa tu. Terus aku blah. Pastu siap boleh suruh aku cuba pakai tudung dia nak tengok. Aku peluh peluh panas panas baru balik ni. Takmo lah kan. Aku kata kat dia, takpe lain kali.. Hahahah

6 comments:

Wafaa said...

mmg susah tu. nak buat muka suka tak boleh. buat muka takde perasaan aje la. mebi makcik tu terlebih caring, kot. hehehe

aieesha.salleh said...

wafaa: hahaha.. mungkin jugak. tapi aku rasa makcik tu macam terlebih busybody jugak. takpe, aku nak tunggu dia ada cucu nanti.. ekekek

Jaja® said...

bole ade blood clot kat pipi ke?!?!

aieesha.salleh said...

jaja: hahaha, itulah pasal. confuse sekejap. Ni kena tanya Doc Ee ni.. hehehe.. btw, Danny boy sihat?

zamnzara said...

makcik has obviously crossed the line bila diagnose darah bergumpal tu. am laughing now but damn sure my face wud change if she was actually said that to me. selamba mak bapak dia je kan. tu la dlm islam dia ckp if xde benda baik nak ckp, baik diam aje.

aieesha.salleh said...

zam: itu lah pasal. memang cross borderline sungguh bila dia kata darah tak jalan tu. nasib baik muka maintain senyum je, tapi dalam hati ni, Allah je tau.