Waa!! Seronok seronok. Isnin ni kita semua cuti sempena Nuzul Quran. Isnin lepas cuti sempena merdeka kan?? Dua minggu berturut ni kita cuti 3 hari termasuk Sabtu Ahad.. Apa plan korang ye cuti panjang minggu ni?
Hmm. Hari Sabtu, tak ada planning lagi nak buat apa.. Yang pasti, petang tu kami (Aku, En Mie dan Ashraf) akan berbuka puasa di section 13 apa ntah nama tempat tu yang ala ala gazebo tepi pantai yang indah tu. So berangan ada pantai saja lah ye. Kami akan berbuka dengan geng geng skolah rendah aku. Nasib baik ada yang En Mie kenal. So masalah kekok insyaAllah tak timbul. Boleh lah mak meronggeng berborak sakan dengan kengkawan yang dah lama tak jumpa kan.
Ahad pun sama. Belum ada specific planning lagi. Tapi kami akan berbuka di WMaju dengan MIL. Hmm, tak pasti beli ke, masak ke, makan luar ke. Apa apa pun, I planned to see Tiha after iftar, nak minta penasihat makeup untuk cari 2 way foundation baru. Terasa nak cuba Revlon pula lepas ni lah. Nak beli BBrown, mahal pulak rasanya since jarang tepek muka kan.
Isnin adalah hari bersantai di rumah dan settlekan kerja rumah. Rasa macam nak buat egg tart untuk Ashraf. OK ke?
Oh, semalam Ashraf makan bubur lambuk yang office distribute kat staff. Bubur lambuk KgBaru rasanya. Berselera sungguh anakku itu. Baru mama tau yang anak bujang tu suka makan.. ekekeke.. kalau ikan tenggiri bakar (without kunyit and only sangat sikit salt), dia makan satu keping tu dia je.. mak aih!!
X.O.X.O
3 comments:
Aku ada 2 way foundation Revlon. sangat best ok. saaaaangat best. tapi aku jarang tempek kat muka. murah je tu. RM50 lebih kot. tapi aku suka!!!
lorrr.. ko taktau ke Ashraf suka makan? ekeke.. takpe Acap, nanti suh Mama masak banyak2.
tak penah lagi berbuka diluar ni sebab my hubby susah sket makan kat luar..huhuhu
wafaa: tu laa, aku tingin nak beli revlon sebab murah kan.. yang mahal2 belum tentu best.. revlon macam dapat good feedback lah.. bukan tak tau ashraf suka makan, tapi terkejut bila bubur lambuk tu dia sangat suka sampai 2 mangkuk.. selalu dia distracted time makan.. suka main tarik laci.. ekekke
eliss: waaa.. jimat jimat.. kitorang ni pelik sikit.. nak nak macam2 mende si suami nak makan.. susah sangat, beli dan bawak balik makan.. ekekeke.. tapi kalo weekend ngan MIL, kekadang dia dah masak, tinggal beli kuih saje..
Post a Comment