Wednesday, March 11, 2009

Kenapa laaa kan....

Kenapa laa kan.. Lelaki ni kadang-kadang tak boleh nak faham apesal atau apa dia yang perempuan fikirkan / mahukan / lakukan.. Kadang2 sensitiviti mereka terhadap sesuatu perkara pun macam tak exist je.. Haish.. Kenapa ek, kekadang tu, jadi perempuan ni macam sesuatu yang berat je kan.. Berfikir secara rasional pun perempuan kena buat, emosi secara over pun perempuan, shopping macam orang takde hari esok pun perempuan, mempuanyai sensitiviti terhadap sesuatu perkara pun kaum hawa macam aku jugak yang rasa.. Contoh kes orang buang anak.. Kite yang perempuan ni boleh rasa marah kat orang yang buang tu kan.. Tapi lelaki cuma tau geleng kepala ish ish ish je.. Hampeh tol.. Yang nak menjaga hati keluarga, mak ayah, adik beradik, kawan2 pun perempuan kan?

Lepas tu, kalau part nak ikut sunnah nabi, yang satu tu je laa lelaki tau kan.. Kawin 4.. Tapi tanggungjawab di sebalik kawin 4 tu derang taknak pulak tau kan.. Wahai lelaki, ketahuilah.. Bila kamu kawin lebih dari satu, bukan saja kena berlaku adil dari segi kewangan and persediaan nak "itu" waktu malam je.. Tau tak, kalau salah seorang bini tercalit sikit rasa cemburu, atau terasa yang kamu tu layan sorang lagi tu lebih, or terguris hati akibat perbuatan kamu atau madunya pun, berdosa besar tau.. ni nak kebas yang syok je.. yang tak syok buat diam.. adoi laa...

Lagi satu sunnah nabi / zaman nabi.. Mana ada dera isteri or suruh isteri buat itu ini.. Isteri tak disuruh bekerja, dan tak juga disuruh buat semua kerja rumah.. Si suami siap sediakan pembantu rumah lagi.. Tapi jika si isteri buat kerja2 tu, dan si suami balik rumah dan rasa senang hati, pahala untuk si isteri.. Tapi tak laa dipaksa kan?? Tugas isteri memang untuk "melayan" suami.. Bahagiakan suami.. Kan..

Ohooo, kisah2 ni or luahan2 ni tiada kena mengena dengan hidup aku.. Cuma terpengaruh dengan novel2 dan baru lepas tengok citer ayat2 cinta tu.. Nak nak pulak, hari minggu hari tu, masa makan, terserempak dengan 2 couple Arab ni.. Isteri2 derang dok tunggu kat meja.. Suami2 pergi beli makan, hidangkan, siap potongkan lagi ayam/daging untuk si isteri.. Si isteri tinggal sumbat je.. ehehehehe.. Meriahnya laa hidup derang ek?? Who knows... tapikan, ada juga dengar cerita, pak*arab ni leh tahan gak barannye ek?? ohooo, touch wood lah..

As for me, I'm thankful for what I have now.. Amin....

4 comments:

Rozalinda Ghazale said...

aku jumpa lain...keluarga Arab...si suami, tunggu kat meja (dah la gemok mcm tong belal)...dengan anak2...
wife amik kat makanan2. Pastu laki dok sumbat2222.
ANak die biar je, tanggungjawab isteri gak..

tuan blog said...

tu aaa.. kekadang terasa cam letih, walaupun cuma bila tgk orang lain.. hehehehe..

nina said...

pe skalipon ..

jangan mencari alasan ntuk hidup
& hidup jangan asyik mencari alasan

:)

aieesha.salleh said...

yezza betul... hehehee.. fuhh, berfalsafah ko arini ek na.. huhuhu...