Tuesday, November 27, 2007

A Year Ago

Tarikh ni, setahun yang lepas, merupakan hari yang agak gloomy buat En Mie dan aku jugak..

Dalam sejarah, tarikh ni ayah En Mie pulang ke Rahmatullah.. Sedar tak sedar, genap setahun kan..

Semalam En Mie ditanya oleh sorang kakak kat ofis dia, apa yang dia rindui sangat2 kat arwah? En Mie terdiam, then dia jawab.. "Sementara ada, jagalah orang tua kakak baik2.. Lagi satu, sedih sebab ayah tak sempat tengok saya kawin".. Sebak jugak bila dengar En Mie re-story kat aku.. Takpe lah En Mie, ayah saya kan ada.. Dan bila rindu, ziarah2 lah kubur ayah k.. ;)

Dan, hari ni Pak Teh buat doa selamat dan tahlil kat rumah dia.. En Mie pun akan join sama sempena setahun pemergian orang yang paling disanjunginya.. Nak bawak ape ek? Takkan berlenggang kot?? Rasanya, mungkin nak tempah kuih2 lah.. Pak Teh memang baik dan tak pernah layan orang macam orang luar.. ;) Dan En Mie nampaknya boleh sesuaikan diri.. So hari ni, kami akan ke tahlil orang2 yang bermakna dalam hidup kami.. Dan juga doa selamat sempena rumah baru Pak Teh dan Induk yang nak berangkat ke Jeddah (transfer ke sana pulak dari Brunei)..

InsyaAllah, doa aku: Semoga majlis petang ni diberkati dan dirahmati.. Dan doa2 kami sampai kepada arwah2.. Amin..

2 comments:

Anonymous said...

arwah ayah Najib meninggal masa dia kat UM. dia pernah cakap 'terkilan, ayah tak sempat tengok dia pergi Jepun, dapatkan ijazah'. dia rapat sangat dgn arwah. maklumlah, anak lelaki sorang.

Anonymous said...

itu lah kan.. en mie pun sangat rapat dengan ayah dia.. takpe lah, Allah lebih menyayangi mereka.. Al-Fatihah