Tuesday, September 26, 2006

SeLaMaT MeNyAmBuT RaMaDhAn!!!

Alhamdullillah,
Bulan Ramadhan datang lagi.. Bulan di mana selalunya ramai yang mendapat ketenangan jiwa, ramai yang membersihkan hati mereka, ramai yang melakukan sunat Tarawih di masjid2 dan surau2. Bulan di mana masjid dan surau sentiasa penuh dengan umat-Nya. Berbeza sekali dengan bulan-bulan yang lain, yang mana surau2 dan masjid2 cuma penuh sampai keluar pada hari Jumaat sahaja. Bulan untuk "detoxification" dari segi fizikal dan juga rohani.. Bukan setakat nak kurus atau turun few pounds untuk nampak cantik berbaju raya. Bulan di mana kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi kite juga menahan diri dari segala perbuatan yang biasa dilakukan seperti menggunakan bahasa kasar, menyakiti orang lain, dan macam2 lagi laa..
Bulan di mana si Kaya bersedekah dengan ikhlas dan banyak sekali.

Dan bagi sesetengah pula, bulan ini laa yang membenarkan dia pulang awal ke kampung untuk menyediakan persiapan untuk raya, si ibu2 tua kat kampung akan rasa bahagia, hilang sakit badan, bila melihat anak dan cucu memenuhi ruang rumah, main bunga api.. Nenek tak marah sebab cucu2 jarang pulang ke kampung.. ini laa realiti kehidupan..

Kadang kadang kite terlalu sibuk dengan kehidupan di kota2 batu, sampai tak punya masa untuk pulang ke kampung halaman tercinta.. iye ke? atau alasan semata2? Ibu2 rindukan anak2 mereka, tapi anak sibuk tak dapat pulang selalu.. Si ibu memahami.. Tapi tidakkah hatinya berdetik, "Terlalu sibuk hingga tak punya masa untuk telefon??" Entah laa.. Kadang2 aku sebagai cucu pun, aku rasa sangat bersalah sebab tak telefon nenek aku.. tapi, tak tau nak cakap apa.. ^_^ selalunya, "wo sihat? dah makan ke? tadi makan apa? ubat dah makan?..." Kenapa jadi macam tu? Aku rasa sebab aku tak mengasingkan sedikit masa untuk pulang menziarah.. Tapi aku bernasib baik sebab nenekku sering turun ke KL.. Macam mana dengan nenek2 yang taknak turun lansung ke kota batu ni? Alasan mereka, "ayam itik takde sape nak tengokkan.." hehehe, kelakar bila fikir doirang lagi risau ayam itik diorang.. tapi hakikatnye, sebenarnye, diorang mati kutu kalau datang rumah anak menantu.. tak tahu apa nak buat.. keje nye makan tengok tv dan tido.. sebab rumah orang.. kalau kat kampung, mereka tak betah duduk diam.. itu laa realiti hidup..

Kita juga sering ke bazar ramadhan untuk melihat dan membeli juadah berbuka mengikut selera masing2.. tapi selalunya kite membeli lebih dari mencukupi = pembaziran. Ibu dan ayah sering pesan, jangan membazir. Ingat lah pada orang2 yang kebuluran, kelaparan, yang sedang mengalami peperangan. Lebih mendalam, bila dipesan, tak payah tengok negara orang, tengok negara sendiri pun cukup.. kenyang ke perut peminta sedekah, anak2 yatim yang susah, fakir miskin, dan orang yang "weng" merayau2 di tengah ibu kota? itu laa nye, hakikat dan realiti kehidupan.

Cebisan realiti ini aku tulis kat blog aku, untuk mengingati kawan2ku semua, hayatilah bulan Ramadhan ini. Kurangkan laa pembaziran sebab ramai yang memerlukan, hubungi laa mereka yang patut kite hubungi... rasanya yang nak tukar langsir baru, sume nak baru sebab nak raya, tak payah laa.. kesederhanaan kan lebih menjimatkan.. (chewahh).. tapi buat seorang sahabatku yang baru berpindah, selamat bershopping pekakasan rumah ya.. dia lain, dia perlu membeli.. =)

No comments: