Salam all :) Sebelum terlambat, selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua ya. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita kan.
So, macam mana sambutan Ramadhan korang? Setakat ni, kami masih makan di rumah lagi :) Alhamdullillah. First puasa kami berbuka potluck/masak2. Tmpt berkumpul as usual lah. Altho lauknya simple, tapi kami puas hati dapat spend quality time together. Esok sahur tu recycle je lah kan.
Sahur hari kedua, kami berjalan juga ke pasar ramadhan di taman tun, masyaAllah, macam lautan manusia! Tapi kan, harga memang agak tidak reasonable! Sepatutnya bulan puasa ni peniaga kena lah lebih ikhlas berniaga, dan bukan ala-kadar kan. Bayangkan, Mie beli popiah, tak boleh beli sikit2. Orang tu main jual set! Satu set = 5 ketul - RM5. Sebab teringin, dia beli popiah basah dan goreng. Yang basah tu sedap lah juga. Yang goreng tu, tak tau lah dia goreng pagi ke apa ke, sebab tak boleh dimakan lansung! Rangup tapi liatnya. Mau tercabut gigi weh. So kami membazir RM5 untuk makanan yang tak boleh gigit lansung tu. Bukan rezeki nak makan goreng punya. Nasib baik apam balik marvelous!
Tapi as of today, teringin nak air kelapa, kuih akok, dan ke pasar ramadhan stadium. gerai tepung pelita tu harus singgah! Hari pertama tu, adik bawa kuih caramel beli di pasar. Hmmmm, tak berasa apa-apa. Sudahnya, jadi makanan tong sampah. :( Rugi-rugi. Peniaga-peniaga ni tak fikir ke, kalau berniaga ala kadar macam ni, orang akan cuma beli sekali sahaja kan. No 2nd time!
Menu buffet? Setakat ni kami tak ada planning lagi. Tapi sabtu ni birthday mama. So akan berbuka di Shah Alam. Kemudian sabtu depan birthday adik mie, zyan. Jadi kami akan berbuka di cheras. Maybe sabtu tulat tu akan berbuka di wangsa maju pulak :) lengkap perancangan untuk setiap sabtu. Ahad seperti biasa hari melesar di rumah. Weekdays adalah yang paling mencabar..
Oh, dan cabaran terhebat.. sesi menyuap anak makan di kala diri sendiri berpuasa. Menari-nari je nasi, ayam goreng, sayur dalam pinggan tu.. Ha ha ha. Memang tabik kepada nursery centre and babysitter di luar tu. Ya, tahun ni pengalaman pertama menyuap anak time bulan puasa untuk 30 hari berturut :)
1 comment:
Selamat Hari Raya aisha!!!
Post a Comment