Kisah ni berlaku semalam. Atau lebih specific, malam tadi.
Sure korang dah tau aku sekarang bukan lagi kulikutif di syarikat GLC. Tapi cuba untuk bekerja dari rumah menjadi seorang R-E-N. Sambil-sambil tu boleh lah nak menjaga dua2 mak aku nih. Tapi, dalam Malaysia nih, without a car, semua plan dan niat baik kita boleh hancus! :) harapan tertentu untuk aku bertanggungjawab seperti seorang full time housewife ala-ala wisteria lane tu, dan aku boleh menjana pendapatan tu ada juga timbul. tapi, kalau aku nak menjana pendapatan tu, aku kena fulltime - maknanya hari2 masuk ofis juga la kan. tapi aku limited dari segi resources. sebab, i am car-less. sigh.
So aku betul2 harap cepatlah pindah shah alam, biar senang aku bergerak. Sekarang kat sini, aku kalau nak guna kereta, kena bangun pagi2, keluar pagi2 sekali, dah silap2 kerja aku tu mula karang tengahari. Nak balik rumah, tak berbaloi. Nak balik kampung 9, kadang2 tak terasa. Nak masuk ofis awal, ya aku buat jugak yang ni kekadang. Sebabkan kita nak masuk bulan puasa, aku cutikan anak aku dari nursery. ye lah, biasanya bila bulan puasa, bukan aktif mana pun. Maka as a training, ini kisah semalam..
Aku ada kerja di SA, so pagi-pagi aku keluar sekali lah sebab nak guna kereta kan. Lepas tu, aku ke kampung 9, sebab nak mandikan anak segala. Masuk ofis, dapat tau cek untuk abort deal tu tak siap lagi. Dah tercongok tak tau nak buat apa. Laptop tak bawak sebab ingat kejap je kan. So, kami balik rumah. Pukul 2 cek ready, kami pegi balik ofis. Oh, macam kerja bodoh tapi sebab buyer tak jadi ni cayanunalip, agak kanchong di situ. Nak cek dia asap!.So aku collect cek tu pukul 3.30 petang, dan bank in mana patut. Lepas tu pukul 5.30 dah nak amik other half.
Nasib baik time aku balik kejap tu, aku dah standby barang2 nak masak char kuew teow. So sampai rumah dekat kul 7 tu, kelentang kelentung kat dapur. Then kami makan ramai2 depan tv, tengok citer slot pukul 7 tu. Habis makan, kemas-kemas, mandi dan terus aku masuk nak tido. Penat!. TQ other half sebab tolong mandikan anak, dan melayan main PS2.
Pukul 11 malam, anak datang moody. Aku terpisat2 tanya nape, dia kata papa tak dengar cakap, nak susu papa takmo buat. hahahaha. budak kecik! So bila aku keluar bilik, aku tengok papa dia dok bancuh susu. So aku pujuk2 dia. Dia dengan tantrumnya, buat perangai. Aku half tido, terus buat bo layan dan masuk tido. Tiba-tiba aku dengar dia kata "you boleh tidur balik?". Erm, aku mula sakit hati di sini. Terus aku amik anak, bawak minum susu dalam bilik, tapi dia takmo tido der. nak tengok tv dengan papa. lantak lah korang!
So bila aku masuk bilik balik tu, aku mula berfikir - more of mengomel alone. Selalunya bila dia yang balik lambat, penat, mandi dan tidur, aku boleh je melayan anak nak macam-macam sampai tengah malam. Then bila anak kacau pukul 2-3pagi nak itu ini, aku jugak bangun melayan. sebab aku tau dia penat. sudahnya aku tak boleh tidur, dan bangun pun haram lambat. tapi, bila aku baru tido dulu, macam-macam jadi! memang macam ni ek. aku rasa ye la. *Nangis* Yang anak pun, bila cuma salah satu je dengan dia, baik gila. Bila dua2 ada dengan dia, mula macam-macam perangai keluar.
Aku pun bersalah jugak, sebab mengharapkan ayah dia boleh melayan sampai tengah malam macam aku selalu layan. tapi entah macam mana ntah, aku penat gila semalam. Niat suci aku nak tido awal, then nak bangun awal sebab nak siapkan breakfast, semua ke laut! sebab, tak tau logik ke tak, tapi aku perasan, kalau tidur aku terganggu dalam 3 jam pertama, aku akan definitely overslept esoknya. Tapi bila bangun, tengok anak, aku lupa kisah semalam. Aku eager nak melayan dia hari ini. Aku rasa itu lah mak kot. Macam mana pun, takleh nak harapkan orang lain untuk melayan derang. Time off? Mana ada time-off, cuti, MC dari duty menjadi mak ni.. Orang yang bercakap tu mungkin tak tau.. Atau dia mendapat seorang suami yang sangat-sangat mithali. Hehehe..
No comments:
Post a Comment