Friday, August 26, 2011

Penjagaan bayi semasa berpantang - Part 2

Post kali ini untuk mummy and baby ok. Dan ada juga info dari orang-orang tua macam nenek-nenek sedara aku, makcik-makcik aku, pakcik-pakcik aku lah.

  • Semasa aku berpantang tu, ada masanya yang hubby aku balik dalam keadaan kepenatan yang amat. Anak pula apa yang tak kena dia akan menangis. Biasa lah baby kan belum pandai cakap. It's their way of telling us he wants something, or something is wrong. Jadi, dalam keadaan-keadaan macam ni, hubby aku akan lari tidur kat bilik atas, while aku akan maintain di guest room dengan anak. Kalau kat rumah sendiri, boleh juga kalau baby meragam, kita lari ke hall untuk comfortkan ke kan. Hubby pun, kalau terjaga, kena lah faham dan cuba lah tidur semua instead of being super cranky. Mummy tu nak handle baby issue, tak kuasa dah nak handle daddy issue. Kalau tak boleh nak accept terjaga malam, the other way you can try is..... sleep in separate room for few months lah. At least bagi can kat baby untuk adjust time dia, dan untuk parents memahami rentak dia.. So daddy sleep in master room, mummy and baby tidur lah kat bilik lain. Kalau mummy tu dah habis "pantang 100 hari" tu, kalau daddy terasa nak "bermanja", mummy masuk lah bilik daddy kejap.. hehehe.
  • Penggunaan cot pun sesuai untuk baby. Ajar dari baby untuk sleep in different bed. Lagi pun, baby akan tahu dan rasa cot tu tempat dia, so other than sleeping on mummy/daddy at daytime, dia tahu he has another comfort zone :)
  • Kalau baby lelaki, kebarangkalian kena angin pasang tu ada. So, kalau nampak telur baby besar sebelah ke hape ke, boleh cuba petua ni.. Ambik daun sirih tu, layurkan kat api / lilin, kemudian perap kat telur baby tu. Kalau boleh, biarkan je daun tu kat dalam pampers tu for 1 hour ke.. Kalau baby tak selesa, buat masa nak tukar pampers lah.
  • Dari kecil pun sesuai untuk bagi baby merasa banyak tangan, supaya tak takut / pilih orang. Tapi aku dulu, selective jugak lah. hehehe.. Dan biasakan baby dengan suasana bising (pasang tv ke ayat Quran ke). Bukan apa, nanti tak lah dia kekok ke takleh tidur ke kalau suasana bising sebab dah biasa.
  • Apa yang ibu cakap tu adalah satu doa untuk anak, so kena banyak bersabar ye. Marah macam mana pun kita, cuba untuk cakap bertuah betul lah, atau apa-apa lah yang elok-elok ye. Masa pantang ni mak pun senang stress. So takut terlepas perkataan yang kurang elok ok.
  • Don't ever miss the baby check up sessions with Paed. Ini adalah penting untuk monitor perkembangan baby ok.
  • Siapa kata time pantang mummy ni tidur je? So NOT... Banyak yang kena buat kat rumah ok. Jadi, untuk kaum ayah ni, dah tau bini tu bersusah payah keluarkan zuriat kamu, bersimpati lah sikit. Tak salah kalau kamu tolong basuhkan baju, jemurkan, vacuum dan apa yang patut ye.
  • Urut badan ni ada kata 3 hari, ada kat 7 hari. dan last 3 days sebelum cukup 44 hari. Aku urut time 7 hari pertama, hari ke 20, dan 3 hari terakhir tu. Rasanya kalau 3 hari je, tak cukup la yang. Sebab badan masih penat dan longgar2 urat tu.
  • Mummy kalau makan benda angin, takut baby pun angin.. So mummy boleh makan anything (ikut doctor), cuma orang tua-tua pesan.. kangkung, bayam - angin banyak. Air teh, kopi pun boleh trigger angin. So sayur tu makan la sayur sawi ke, kekacang ke.. Kalau kobis tu, aku dengar VJJ takut 'basah' je.. Aku memang bukan hantu sayur.. so aku stick ke kacang panjang, kacang buncis and sawi je.. ekekeke.Nenas, cuka orang tua-tua kata tajam pulak. So aku stop for 6 months. Air batu, air sejuk pun tak boleh jugak. ada yang stop for 6 months, ada yang stop for a year. Depends ok.. Lain dari tu, banyakkan minum air halia madu ke, barli ke.. (tetiba teringat, hubby buatkan aku Ribena suam.. terus merajuk sebab Ribena haruslah sejuk baru nyaman kan)
  • Aku tak lah berpantang ketat, taklah berpilis bagai.. :) tapi aku rasa, inilah yang aku ingat.. Kalau ada lain, aku tambah lagi.. Masa sesuai, korang boleh cuba ye 
Ok, take care kengkawan.. Muax.

No comments: