Friday, August 14, 2009

Updates

Hoh.. Sudah lama tak menepek posting di sini.. Skema sungguh ayat kan.. Rasa macam kepala ni numb.. tak tau nak post apa.. padahal banyak citer2 hangat sensasi terkini dan thoughts and feelings yang nak pour out dalam ni.. hmm, sudahnya membebel dalam hati dah cukup.. ekekeke..

Ashraf dah cecah 10 bulan aritu masa 7 ogos tu.. Waaa, sangat sihat semangat anak bujang tu.. aritu belikan dia kain nak buat baju melayu johor tu kan, orang kat kedai kain tu cakap kena beli satu setengah meter.. hohoho.. badan mak aih, macam budak umur setahun lebih tu.. tapi tu laa, tengok makpak dia sama.. hahahhaha...

Kitorang paranoid gak dengan virus HsatuNsatu ni.. hahhahaa.. bosan dok sebut h1n1.. sampaikan bila ashraf tak sihat je, terus angkut jumpa paed.. takde dah ngadap MO dulu.. gila demanding nih makpak nih.. bukan apa, risau kan.. banyak baby and budak bawah 5 thn jadi mangsa.. Mak budak lak, asik demam selsema.. pergh.. nak nak pulak, bila bawak si kecik ni amik neb, queue dia mak aih!!!! macam nak masuk warehouse sale!! heheh.. ok, ada tokoktambah sikit di situ..

pasal keje?? Hmmm, mak masih menanti bila en suami nak kuarkan memo bonus berenti keje.. takde mood seh.. lagi sayu and sebu bila every morning anta si kecik, dia nangis2.. hahahaha.. kekdahnya, mak pun masuk nursery sama memain toy dulu baru gi keje.. dan juga, merah sentiasa atas punchcard tu.. ok, terbukti mak tak makan saman ok..

Gambar.. hmm, byk nak tepek sebenarnya.. tapi mood kureng laa.. penyakit MALAS dah menular kot kat mesia ni.. kalau ada bantal ni, konpem sanggup lompat terjun gi rebut.. hahahaha..

ok, sekarang masa untuk berfikir tema dan acara nak buat bday celebration mr kecik bulan 10 nanti.. ada idea tak sesapa?

X.O.X.O

No comments: